Pages

Wednesday, September 30, 2009

coretan selepas raya



"Saja,,,he he dah lama tak bergaya... dengan baju raya...

Assalamualaikum!
buka sekolah bila dah lepas cuti ni rasa...alahai bercintanya nak pegi sekolah...sabar je...malasnya nak bersiap, kalut ngan anak lagi, bila dah ke sekolah tu tau sajalah, keje menimbun sedang menanti, kertas exam gerak gempur tak siap check lagi...betapa malasnya....hilang semangat nak check dah tambah lagi bila awak semua dapat markah purata B je...

kan dah cakap buka je sekolah memang sedia dah keje menanti. hari Jumaat ni nak buat program khatam Quran, saya ajk pengurusan peserta. lepas rehat, jadual program bermula. kul 6 petang lak ada solat hajat perdana kat masjid Kota Damansara, utk kelas peperiksaan, gabung ngan seksyen 4. Nasib baik saya tak masuk jdi ajk, tapi kena juga buat keje utk solat hajat. dahnya pengetua minta tolong . tolong je lah. perkara baik tak leh berkira coz yg dapat pahalanya kita. betul tak? tak kisahlah ada nama ke tak de nama ke jadi ajk. yg penting kita tolong org buat kebaikan. itu memang prinsip hidup saya. buat baik selagi hidup, sebab nak cari redha Allah. kalau dah mati tak leh wat pe dah. tunggu balasan yg kita buat masa hidup atas muka bumi ni lah.

Then hari isnin depan lak ada program semarak raya, saya jadi ajk sediakan tikar kat dewan terbuka, sebagai tempat bermain permainan dalaman. siapa nak tolong saya, saya belanja minum kat kantin. Tikar tu nak hamapar kul 8 pagi. siapa yang nak tolong saya esok bagitau saya ok.

Tadi saya dgn syey dan Adam pegi Pizza hut nak survey camana nak but majlis perpisahan nanti. so nampaknya game tak ada, tapi kita buat cabutan bertuah. mula kul 11, tapi awak semua kena pegi 10. 30 la pagi la. hari sabtu 17 oktober. boleh sambut besday saya sekali. walaupun dah belated. nanti saya bawa kek sebiji. makan ramai2. ok lah tu.
belanja la adam n syey makan pizaa yg utk satu orang tu...he he. ikut budjet tu dalam RM 500 gaknanti makanan tu. tapi semua akan dapat buah tangan special. duit awak semua gak kan. anyway yang belum byr duit kelas tu tolong bayar ye...Fazera!!! please bagi comittment.

lama gak kat Pizza hut, bersembang ngan adam n syey hal kelas pun ada. segala gosip keluar. saya tukang dgr n tukangbagi komen. kul 3 pm baru pegi htr adam n syey balik. SAYA AKAN RINDUKAN AWAK SEMUA.... tahun depan tak tahu leh sembang macam ni lagi ke tidak. pastinya dah tak sama. awak dah tak jadi anak2 jagaan saya...kalau ada yang tak pindah n pegi MRSM ke SBP ke mungkin boleh lagi sembang. cuma masa la yg tak sama dah.,

PMR buat Yang Terbaik !!! Please...Saya nak tengok awak semuaaaaaaaaaaaaannyaaaaaaaaa dapat A. harap sangat ni....kelas yg lain tu saya tak letak harapan tinggi tapi kelas awak...memang sy target. please do not dissapoint me... ok

suami saya nak guna lak PC ni. menulis novel awal remaja. so saya kena stop dulu lah...ok.. bye. study smart not just hard. I BELIEVE ALL OF YOU CAN DO IT. CONFIENT WITH YOUR SELF. Bye...tata titi tutu. assalamualaikum...good nite n sweet dream.

Sunday, September 27, 2009

ceritera raya

assalamualaikum,
jumpa lagi anak didikku semua,
pastinya semuanya seronok berhari raya dengan kisah masing2.

nak tau cerita saya...ada sedih ada suka, tapi tetap seronok punya...
saya balik kg hari khamis lagi lepas sekolah saya htr YB balik, tapi sebelum tu ajak dia pegi hantar sumbangan hari Raya kat rumah Shahril pelajar tiga cekap, anak yatim, tinggal ngan makcik kat seksyen 7. kesian tengok dia, tersentuh hati masa pegi htr sumbangan tu, so YB tolong htr sekali naik tingkat 4.kesian gak kat YB coz dia tak sahur, dok sorangkat rumah, mak n ayah dia balik johor nenek dia msk ICU. tak apa lah YB ye. besar pahala tolong anak yatim.

Then lepas htr Yb terus balik rumah berkemas, baru sampai rumah kak jalilah kerani call biskut yg saya tempah baru sampai, alamak! nak pegi sekolah balik jauh tu...aduuuhhh. nasib baik jalan nak balik kg lalu kut kota damansara, so pesan kat kak aisyah kerani sekolah tolong simpan nanti singgah amik. kul 3.30 baru turun rumah then singgah amik biskut kat sekolah...nampak sedap je. tapi tengah posa...tengok je la.

Ber buka kat highway. kul 12 malam baru sampai rumah mak mertua kat setiu terengganu, saya ni biasalah kalau balik kg mesti suami balik ghumah mak dia dulu. alasan tak best balik ikut gua musang. sajalah lah tu anak mak...saya ikut je lah., dah immune dah ngan perangai suami. tapi first day raya rumah saya.,. .tu yg best. coz tahun lepas dah raya kat rumah suami. baru adil kan...
so tengahari sabtu balik pulak ke rumah saya di bachok kelantan. tak sampai dua jam jarak dari rumah suami ke rumah saya. sapa-sapa yang ada sedara kat kelantan kalau pegi bachok singgahla kat rumah mak saya, kat kg pauh sembilan, rumah mak saya belakang masjid kg pauh sembilan. tanah masjid tu tuk ayah saya wakafkan utk masjid. so senang rumah dekat ngan masjid. naik tangga turun tangga je.

petang lepas zohor saya pegi shopping sorang2 je kat Kota Bharu beli persiapan utk masak. menu tahun ni, satay ayam 4 ekor, nasi himpit, kuah kacang, lemang, rendang ayam sekor je.

lemang tu wan (panggilan utk ayah) saya yang teringin sangat nak buat. tak pernah hayat hidup dia buat lemang tup tup raya tahun ni dia nak buat lemang, siap cari buluh dah. Mak saya rendamlah pulut ngan santan. nasib baik raya diumumkan esok, lepas maghrib baru nak di bakar lemang, tu pun nasib baik abang saya yang no 4 tolong bakar, ayah saya tak jenguk pun, macam biasa lah dia tau cakap je tapi yg buat orang lain...saya dah faham sangat perangai ayah saya ni.

Ayam utk satay adik bongsu saya yg lelaki tu tolong siangkan, kakak saya yg kedua buat bahan perap. then malam nya suami saya bakar satay ngan adik bongsu saya n dgn abang saya yg ke enam. dia pun raya kat rmh mak saya tahun ni selalu kat rumah bini dia. tak tahu mimpi apalak tetiba nak beraya kat rumah mak. so saya minta dia sponsorkan ayam utk satay, yg lain sy sediakan.

lepas masakkn nasi himpit, saya buat kuah kacang, dekat kul 3 baru siap.saya sorang buat semua tu, nasib baik ma saya teman kan. kak ipar saya dua org semua dah terlena,, abang ngah saya yg bakar lemang sebab dah mengantuk sangat dia tinggalkan lemang tu, lemang memang lambat nak masak...so nak tahu apa jadi...ni yg kelakar ni...

pagi esoknya...lemang tu yang boleh makan adalah dua batang je, yang lain tu hangit, kalau dah hangit tu jadi apa..keras macam batang buluh tu la, buat pukul kepala pun boleh pecah kepala. punya keras.. saya apa lagi ketawa terbahak-bahak la... lemang of the year, impian wan...tak tercapai. tu la wan...tak pernah buat nak buat, lepas tu harap kan orang lain yg handle...wan awal-awal dah tidur. Ayah saya ni dah 71 umurnya, dah tak larat tapi semangat masih muda. dia dok rasa dia tu gagah macam org muda lagi...nak buat bendang la, nak ternak lembu la, nak ternak biri2 la...macam 2dia nak buat. saya memang kesian kat ayah saya tapi tu la dia tak nak dgr cakap anak2. mak saya la yg jadi tukang urut malam2.


duit raya??? memang nak kena sedia banyak. anak saudara saya je dah 26 org, belum lagi anak-anak murid mak saya yg belajar mengaji, ngan anak2 sedare belah suami...memang....kira...alamak la...poket time raya ni.

anyway seronok raya coz meriah kumpul ramai2. satay , nasi himpit, rendang semua licin. puas hati saya masak. ketupat tapai mak saya tak pernah buat tapi selalu tak habis nak makan coz anak2 murid yang mak saya ajar mengaji quran selalu bagi ketupat ngan tapai. penuh peti sejuk ngan tapai. ketupat daun palas manis saya memang suka, lagi pulak bila dah goreng. lagi sedap... hmmmnyam nyam...

yg tak syoknya, makan tapai pulut banyak sangat sampai ceret beret. he he. makan lak kenduri sana sini biasalah cuti sekolah kenduri kahwin banyak. abang ngah saya pun kena ceret, suami saya pun sama...cuci perut la...dah makan macam-macam.

yg lagi tak syok petang raya tu jugak suami ajak balik ghumah dia, saya nak qadha tido pun tak sempat. ngantuk ooi kul tiga pagi baru tidor, penat tak hilang lagi. so buat merajuk gak la...saja je. tapi suami saya ni memang tak makan saman...tak de perasaan buat tak reti je...raya rumah mertua tak best...coz suami sy tak bw saya n anak2 pegi rumah sedare mare dia. melepak je saya kat rumah n layan tetamu yg datang. rasa mcam nak balik rumah mak saya balik....isy isy isy.

Hari Rabu raya keempat baru balik ke rumah saya balik. syok nye, singgah beraya kat rumah mak sedare, bapa saudara kat besut...on the way balik rumah saya. saya apa lagi ambil la peluang minta derma untuk surau sekolah ngan mak sedara n pak sedara saya. he he. sedekah jariah. besar pahala tu...

petang jumaat raya keenam balik lagi ke rumah suami coz nak balik ke Shah Alam ikut highway LPT. selalu macam tu lah bila balik kg. boleh kata suami saya tak pernah nak lalu ikut jalan gua musang.

so semalam.. Sabtu.. kul 11 pagi baru bertolak then kul 11 malam gak sampai rumah kat puncak perdana. penat nya mak ooiiii. Dah sampai ...rebus lak ketupat daun palas yg mak mertua bagi yg belum direbus. ngantuk nye, tapi itulah...org pompuan penat camana pun mesti buat apa yg patut kena buat, cuci kain lagi, sidai kain lagi... pukul 2 pagi baru saya dapat tidur. badan dah terlampau penat apa lagi...ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ tidur la....

itu la citer raya saya tahun ni. ada seronok ada tak seronok... apa pun raya bagi saya tetap seronok kerana masih ada ma dan wan (mak dan Ayah)utk beraya bersama. I LOVE U BOTH. especially MA. maafkan anakmu andai ada salah dan silap. Moga kalian berbahgia di hari Raya.

Well buat anak didik di kelas 3 amanah, hargailah ibu dan ayah, jangan sekali disakiti hati keduanya. buatlah jasa yang boleh membahagiakan mereka sementara mereka masih bersama kita. jangan berkira bila mereka minta pertolongan. besar pahala bila seorang anak meringankan beban ibubapanya.

Bye. salam bahagia di hari raya.!!!

Monday, September 14, 2009

PANTUN RAYA



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

SALAM DIHULUR DI HARI MULIA
TANDA HUBUNGAN KASIH DAN MESRA
DALAM BERGEMBIRA MENYAMBUT RAYA
JANGAN LUPA PMR BAKAL MENJELANG TIBA

PERGI KE KEDAI MEMBELI ROTI
ROTI DIBELI BERSAMA KAYA
ADUHAI ERNI JANGAN LEKA LAGI
DOA SAYA AWAK AKAN BERJAYA

SEPULUH JARI KUHULUR PADAMU
MEMOHON AMPUN ANDAI TERSALAH
WAN AMIRAH JANGANLAH JEMU
SAYA TAHU AWAK TAK AKAN MENYERAH KALAH

MENGAIL IKAN DI TEPI TASIK
SEDANG MENGAIL HUJAN PUN TURUN
WAHAI NIZAM JANGAN DOK ASYIK
NAK BERJAYA KENALAH PULUN

AIDIL FITRI HARI BERGEMBIRA
SETELAH SEBULAN LETIH BERPUASA
AIMAN, FITRY JUGA ZUFAR AZRA
FOKUS PADA PELAJARAN ELAKKAN BERANGAN SAJA

SYAHDU SUNGGUH BUNYI IRAMA
LAGU RINDU MENDAYU-DAYU
SYASHA DAN AYU AGAK DAH SEDIA?
PMR NAK BERTANDANG JANGAN TERMANGGU.

KETUA KELAS JAWATAN DISANDANG
NOMBOR SATU MEMANG DIA YANG PEGANG
ITULAH YB EMPUNYA GELARAN
MUKA MIRIP ALA SHAH RUKH KHAN

JALAN-JALAN CARI MAKAN
DI BAZAAR RAMADHAN MEMBELI TOM YAM
ADUHAI LUQMAN PMR NAK MENYERANG
SUDAH KAH BERSEDIA MANYAHUT CABARAN

MENCARI KEPAH DI TEPI LAUT
KEPAH DIMASAK BERSAMA CILI
ALAHAI SHARIFAH-SYARIFAH JANGAN DUK KALUT
SAYA YAKIN 8A BAKAL DIRAIH NANTI

SENYUM INDAH D PAGI RAYA
MELIHAT TELATAH SI KECIL BERMAIN
TRIAL PMR MACAM TAK PERCAYA
FEDOZ BUKTIKAN, AWAK TAK MAIN-MAIN.

selamat berpantun. dahngantuk lah idea pun dah kering nanti sy sambung semula lak.yg lain nama tak sebut jgn jealous nanti sy sambung . ok. bai-bai.wassalam alaikum



Sunday, September 13, 2009

SELAMAT HARI RAYA


Saya memohon sejuta kemaafan seandainya selama saya mengajar awak semua ada salah dan silap. Apa yang baik itu datang dari Allah jua apa yang kurang itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri sebagai hamba Allah yang Dhaif.

salam sayang di Aidil Fitri, Moga disambut dengan kemeriahan dalam keberkatan, namun jangan lupa pertarungan dengan PMR yang akan kalian lalui 7 Oktober nanti. Bergembira sambil beringat.

kalian sentiasa ku maafkan. Doaku semoga kalian berjaya di dunia dan di akhirat. Semoga Allah merahmati hidup kita semua. Amin ya Rabbal Alamin.

SALAM SAYANG LILLAHI TAALA DARI USTAZAH BUAT ANAK DIDIK YANG TERISTIMEWA.

Ramadhan, pilunya berpisah denganmu



Cepatnya masa berlalu, tak sedar Ramadhan sudah hampir ke penghujung, ada yang gembira ada yang bersedih. Yang bergembira kerana hendak menyambut Hari raya, Yang bersedih kerana bimbang apakah mungkin akan bertemu lagi dengan Ramadhan di tahun depan.

Bagi orang-orang yang beriman berakhir nya Ramadhan diiringi dengan seribu kepiluan, kesedihan dan pengharapan. kalau boleh biarlah Ramadhan berlaku sepanjang tahun, kerana terasa ruginya jika membiarkan sesaat yang berlalu dalam ramadhan dengan pahalanya yang berganda, apatah lagi dengan adanya Lailatul Qadr yang kelebihan beramal di malamnya menyamai seribu bulan.
buat anak didikku yang tersayang, gunakalan sepuluh malam yang terakhir ini sebaiknya. berdoalah, beristighfarlah, mohonlah kepada Allah dikesempatan yang mungkin tidak akan datang lagi .. Rasakan di hati bahawa Ramadhan ini bagaikan Ramadhan yang terakhir buat kita agar kita penuhinya dengan kesungguhan dalam beramal ibadat, agar ikhlas hadir di dalam jiwa kita. Ikhlas itu adalah rahsia ALLAH hanya dikurniakan kepada hambanya yang terpilih sahaja.

PMR ,memang tak sampai sebulan saja lagi, walaupun begitu janganlah buat alasan study takut tak sempat sehingga terawih tidak buat, Al-Quran tidak baca, percayalah anak didikku sayang sekuat mana pun kamu belajar tanpa izin Allah tak mungkin kejayaan itu akan menjadi milikmu. Selagi kalian menjaga amal ibadat kepada Allah selagi itulah Allah akan menjaga kalian dan memberi anugerah kejayaan.

Ramai manusia berfikiran tak cukup masa sehingga meninggalkan ibadat solat akhirnya tidak kemana, kerana mereka lupa yang memberi rezeki itu adalah Allah, bukan bergantung kepada usaha kita semata-mata.

Kalian Wajib yakin dengan Allah. itulah kunci kepada kejayaan hakiki. berusaha itu memang dituntut, namun apa yang disyariatkan wajib ditunaikan barulah usaha itu diiringi dengan keberkatan. Apakah kalian tidak percaya dengan berkat dan rahmat Allah. sesungguhnya Berkat dan Rahmat Allah lah yang membuatkan kita masih boleh menyedut udara yang segar. melihat keindahan alam dan malam nan indah, mendengar alunan pengubat jiwa, dengan rahmat Allah lah kita masih menyedut nafas. sesaat Allah tidak izinkan kita tak mungkin merasa kelazatan menyedut nafas menyambung kehidupan.

Di kesempatan Ramadhan sepuluh yang terakhir ini carilah Lailatul Qadr. Siapa tahu kalian termasuk dalam golongan yang beruntung dianugerahkan AL-Qadr. Tiada siapa tahu untung nasib seseorang kerana ianya tersimpan dalam rahsia Allah. Kerana itu berusahalah untk mendapatkannya. Allah hanya akan menganugerahkannya kepada hambanya yang benar-benar ikhlas dan berusaha.


mungkinkah kalian berfikir bahawa kalian masih muda maka tak perlu kejar dulu, nanti bila dah tua buatlah amal ibadat. Itulah kesilapan yang terdidik dan tertanam dalam kepala kita orang melayu sejak dulu. sebenarnya masa muda inilah peluang yang sepatutnya digunakan untuk beramal ibadat kerana belum lagi di selubungi kesibukan tanggung jawab, otak masih cerdas, ingatan masih kuat, lidah masih lembut. badan masih sihat. kalu dah tua semua itu sudah hilang, dan yang paling utama apakah kita tahu kita ini matinya bila.? kesempatan ketika hidup inilah nak digunakan, kerana mungkin sesaat lagi kita dijemput TUHAN yang menciptakan kita.

Nasihat ini adalah untuk kita semua, buat diri saya sendiri dan buat awak semua tanda kasih dan sayang nya saya pada awak semua. bukan kasih ertinya seandainya tidak mengingatkan kepada akhirat. bukan sayang maknanya sekiranya saya membiarkan awak semua terleka dengan kealpaan remaja yang jiwanya sedang memberontak mencari identiti diri. Identiti tak perlu dicari kerana kita adalag muslim. Maka Identiti kita adalah muslim. Kenapa mengikut identiti barat yang lari dari Islam. jangan kalian cemari agama Islam yg kalian anuti dengan melanggar apa yangtelah disyariatkan Allah.

Bila solat kalian tidak tunaikan, islam kalian telah goyah, bila aurat rambut , badan kalian dedahkan iman kalian telah goyah, kerana saat itu kalian tidak ada tanda yang kalian adalah Islam. pada pandangan mata, kalian tidak ada beza dengan orang kafir. Bila kalian mula berduaan dengan lelaki dan perempuan berduaan disitulah syaitan berperanan, kalian telah melanggar syariat Allah dengan melakukan dosa besar. hentikanlah. sebelum dosa itu berlanjutan.

"Ya Allah ampunilah pelajar2ku, berilah mereka petunjuk."

Dunia akhir zaman ini terlalu banyak fitnah yang berlaku. Hindarilah kami dari fitnah itu.

" Ya Allaaaaaaaah , sesungguhnya aku amat takut akan azab seksa api nerakamu. bantulah aku, berikan aku kekuatan untuk menghadapi godaan dunia kealpaan akhir zaman ini. Yang Allaaaaaaah aku merayu dan merintih memohon keampunan dan redhaMU dan rahmatMU. Hanya dengan IzinMu aku mampu menghadapi semua dugaan ini. Berikan aku kekuatan untuk membimbing anak didikku, agar mereka menjadi hambamu yang soleh, berikanlah aku kekuatan untuk saling mengingatkan agar kami terhindar dari alpa dan leka dari mengingatiMU.

"Tunjukkan kami jalan yang lurus yang membawa kami hampir kepadaMU , dikesempatan hidup ini, hanya hidayahMU yang membimbing kami meneruskan kehidupan mencari redhaMU. "

"Dikesempatan ramadhan yang sudah hampir ke penghujung ini ku memohon diberikan kekuatan untuk melaksanakan amal ibadah, yang akan mendekatkan diriku kepadaMU" Kosongnya jiwaku seandainya berjauhan dariMu. Biar airmata ini menangis kerana dosa yang telah dilakukan, biar hati ini merintih kerana kealpaan dari mengingatiMU, biar bibir ini bergetar merayu keampunan darimu. Kerdilnya aku dihadapanMU ya Rabb. hinanya aku disisimu oleh dosa-dosa, Ya Ghafur ya Rahim Ampuni dosaku, kasihani diriku. Apakah yang lebih bernilai dalam kehidupan ini selain dari mendapat keampunan dan rahmat dariMU.Amin ya Rabbal A-lamin"


Wednesday, September 9, 2009

Sunday, September 6, 2009

Friday, September 4, 2009

sambutan kemerdekaan

assalamualaikum,
awalnya sy tak de semangat dah nak buat persembahan coz ramai benar ahli kelas yg tak datang. sampai 20 org. alahai anak-anak ku. kenapa malas nak datang . nikan sambutan kemerdekaan. sejak semalam berdebar semacam nak buat persembahan.

byk kali sy training tu. Yb dtg gak ingatkan tak datang coz mlm tadi sy tanya dia kata sakit mata bengkak, sy suruh dia bw camera untuk ambik gambar boleh masuk kat blog.

farah lak tak nak datang. pelajar perempuan cuma 3 org je yg datang. Hmmmm. bulan puasa sama kut syok lagi kalau tido kat ghumah kan.
pelajar lelaki yg datang td YB, luqman, firdaus, fikry, adam, asyraf, ridzuan.

apa komen persembahan saya? sy rasa nak tergelak je, kelam kabut je. bukan praktis sgt pun sj nak suka suka. time sy nyanyi semua senyap je. khusyuk ke ape? time pn Lim nyanyi meriah sambutan, best dgr dia nyanyi lagu klasik mandarin tu. gau shan Ching, Ali shan di qu niang... sy belajar lagu tu masa kat UIA dulu amik kelas bahasa mandarin.

Time praktis lain, time persembahan lain lak jadinya. kah kah kah...Adam , YB, luqman apa komen, agak boleh buat album tak, he he. Nanti tak laku lak album siti norhaliza. pn aezjah siap rewind lak senikata. kertas tak nak tengok konon hafal dah tu lupa. ayas pentas segala macam boleh jadi. tapi ianya memang menjadi kenangan manis sy di SMKKD 10 ini.

Then hujan lebat lak turun. agaknya sebab kita orang nyanyi tadi tu kut. sedap sangat sampai langit pun menangis. sadis...sadis... ha ha. then sebelum pulang amik gambar ngan YB, luqman, asyraf, ridzuan n tehah kat atas pentas dewan terbuka. amik peluang bergambar utk kenangan. Ye lah tahun depan dah tak bersama lagi kan...so boleh lah simpan dalam blog.

Thanx YB coz bw camera. balik ghumah apa lagi, qadha lah tido yg tak cukup. bw kete time balik nasib tak terbabas coz terlelap. bahye...bahye... banyak kali lak tu. kalau tidak ...Innalillah...Umur masih panjang. Ibadat tak cukup lagi nak jadikan bekal. Allah masih bagi peluang...
kalau sy tak de, awak semua hadiahkanlah Al-Fatihah yer...rasa semacam lak. ..


tiba-tiba rasa sedih...

sayu

hiba

mencengkam dada...

mungkinkah ini ramadhan yg terakhir buat ku???

sebagai hamba, kita seharusnya berfikir seperti itu utk mendapat ibadat yg khusyuk. bagaikan solat yg terakhir. hari ini bagaikan pertemuan yg terakhir. maafkan saya andai ada terkasar bahasa, tersilap kata, pada kalian. maafkan sy andai ada sesuatu yg saya lakukan mengusik jiwa kalian. Saya juga insan biasa, tak dapat lari dari melakukan kesilapan. maafkan saya. saya sayangkan awak semua. belajarlah rajin-rajin dan bersungguh-sungguh. utk bekalan dunia dan akhirat. Hanya ilmu dan kasih sayang sj yg sy dapat beri pada awak semua. gunakan ilmu untuk mencari kebenaran. dan jadikan kasih sayang saya sebagai kekuatan dan sokongan untuk berusaha bersungguh-sungguh mencari ilmu membina kejayaan hidup. Biar mungkin nanti antara kita hanya akan tinggal kenangan sahaja. Jadikan kenangan ini kenangan yang terindah dalam hidup kalian. Mungkin andai ada saat duka menjengah kenangan ini akan menjadi pengubat dan penyembuh luka dan bisa membuatkan kalian tersenyum ceria.

SEGALANYA HANYA SEKETIKA. JADIKAN SAAT SEKETIKA ITU SATU SAAT YANG PALING BERMAKNA DALAM HIDUP KITA. PASTI KITA AKAN RASA BAHAGIA.

KENANGAN ini bagaikan Ramadhan yang datang membawa seribu kerahmatan dan keberkatan.

salam sayang dan rindu untuk kalian. kemaafan ku dambakan. moga kehadiran Aidil Fitri nanti akan membawa sinar kejayaan dalam hidup kita semua. amiin. jumpa lagi...assalamualaikum.

markah percubaan


SY dah dpt markah trial, cuma tinggal KH je belum sbb tak jumpa ngan cikgu yg mengajar nye nak minta markah. Saya letakkan di sini markah awak semua ek. Ramai lak yg gagal math.11 org semuanya. kena usaha lebih ni, nampak gaya markah agama je paling tinggi nih. 23 org dpat A

NAMA ..........BM/ BI/ MT/ SN/ SJ/ GE/ PI/ KH


  1. syafiq.... 72 + 61+ 36 +60+68+ 52 +79+ =3B 3C 1E
  2. fareez.... 77 +72 + 48 +80+72+ 85 +86+ = 3A 3B 1D
  3. aiman ... 70 + 73+ 51 + 61+67+ 60+70+ =4B 3C
  4. fareed ... 71 + 62+ 35 +66 +53+60+80+=A 2B 3C 1E
  5. fikry .......71 +73 + 64 +76 +60+58+80 + =1A 3B 3C
  6. anas .......66+74 +49 + 70 +70 +82+69+=1A 5B 1D
  7. luqman ..66 +62+ 65 +66 +60+72+95+73 =1A 5B 2C
  8. YB ..........80+ 82+76 +78 +92 +65 +93+ =4A 3B
  9. fedoz ......80 +76+ 73+ 72+ 62+ 58+ 83+ =2A 3B 2C
  10. habibul ..66+ 57+ 49+ 55+ 40+ 58+ 78+ = 2B 3C 2D
  11. hafizi ......67+ 60+ 31+ 46+ 45+ 50+ 89+ = 1A 1B 1C 3D 1E
  12. rasydan . 66 +69+ 66+ 70+ 67+ 70+ 72+ =7B
  13. firdaus ....53+ 74+ 37+ 55+ 53+ 68+ 74+ =3B 3C 1E
  14. nadhir .....67+ 82+ 71+ 57+ 58+ 60+ 77+ =1B 3B 3C
  15. nizam ..... 68+ 54+ 60+ 62+ 52+ 62+ 83+ =1A 1B 5C
  16. adam .......58+ 53+ 23+ 58+ 53+ 62+ 74+ =1B 5C 1E
  17. afnan .......65+ 64+34+ 61+ 48+ 58+89+ =1A 1B 3C 1D 1E
  18. izzat .........71+ 67+ 31+ 54+ 52+ 63+ 83+ = 1A 2B 3C 1E
  19. asyraf .......56+77+ 59+ 65+ 37+ 50+ 89+ =1A 2B 3C 1E
  20. ridzuan..... 71+ 62+86+82+ 82+ 77+ 87+ = 4A 2B 1C
  21. zufar ........ 61+ 81+49+75+ 55+ 55+ 80+ =2A 1B 3C 1D
  22. sharif ........57+ 68+67+69+55+ 60+ 62+ =3B 4C
  23. anita......... 77+ 83+ 64+77+60+ 65+ 74+ =1A 4B 2C
  24. einur ........69+ 80+ 62+72+57+ 67+ 73+ =1A 4B 2C
  25. erni .......... 75+ 61+ 62 +70+50+70+ 87+ =1A 3B 3C
  26. farah .........69+72+ 50+65+ 58+75+ 84+ = 1A 4B 2C
  27. Shasya ......65+ 67+ 34+62+ 68+50+ 78+ =4B 2C 1E
  28. fazera ........72+ 67+ 32+67+52+68+80+ =1A 4B 1C 1E
  29. afiqah .......73+ 56+ 40+ 51+ 53+th+68+ =2B 3C 1D 1th
  30. balqis........ 75+ 70+ 76+ 58+ 57+58+93+ =1A 3B 3C
  31. erra ...........69+ 74+ 45+ 70+73+63+87+ = 1A 4B 1C 1D
  32. dayah ........67+ 73+ 44+ 51+ 55+58+86+ = 1A 2B 3C 1D
  33. sheera .......63+ 80+ 29+63+52+67+83 =2A 1B 3C 1E
  34. tehah ....... 70+ 78+ 52+ 65+ 65+67+73+ =6B 1C
  35. aysya........ 66+ 78+ 47+ 68+ 52+ 45+78+ =4B 1C 2D
  36. Ayu.......... .77+ 71+ 29+ 52+ 62+ 73+ 90+= 1A 3B 2C 1E
  37. Syey ......... 76+ 70+ 68+ 68+45+ 57+95+ =1A 4B 1C 1D
  38. wan ..........82+ 79+ 71+ 57+ 60+ 72+ 85+ =2A 3B 2C
Nanti selepas dapat markah KH ustz update lagi ok. kalau awak dah tahu markah KH update sendiri pun tak apa tak pun bagitau shout mix tu, nanti sy update. result rasanya yg dpt no 1 YB kut coz dpt 4A 3B no 2 Riduan kut. keputusan sebenar nanti next week la yer. hari selasa sy dptkan mark KH. then Yb and erni sy nak minta tolong masukkan mark kat bilik komputer. hari selasa ok YB n erni. time rehat.

Thursday, September 3, 2009

ALKISAHNYA RAMADHAN 2.

Assalamualaikum!
ku sambung bicara sepi saat jam 12.51 minit pagi. ketika insan lain sudah melelapkan mata aku masih disini mencoret nota dengan tinta tak berdakwat. (sebab pakai lap top so tak de dakwat, kalau pakai pen mesti ada dakwat...ha ha ahhah) hilang mood sastera...

sambung semula...
mungkin kalian semua sudah memejamkan mata. Apakah yang kalian mimpi di malam 13 Ramdhan ini. Mungkinkah mimpi tentang baju raya?atau kasut raya? atau kuih raya...? puasa belum habis bagaimana bisa kalian mimpi tentang hari Raya? enggak bisa...harus habisin puasa nya duluan. (alamak masuk bahasa INDON la pulak)...isy isy isy...hilang lagi mood sastera...hmmmm
Inilah akibatnya kalau org tidur tapi tangan ni dok menaip lagi. Otak dah rojak dah jadik nya.
oooiiii bangunlah oooii temankan saya...sekejap je... tak pelah nanti awak semua tak bangun sahur lak kang , naya esok nak puasa. saya ni tidur pukul berapa pun kul 4 pagi memang kena bangun. kewajipan seorang isteri dan seorang ibu wajib ditunaikan utk menyediakan juadah bersahur dan mempersiapkan keperluan persekolahan.

sambung semula jiwang sastera....
Seharusnya di pertengahan yang sepuluh ini, kalian banyakkan istighfar memohon keampunan dari Allah agar segala ilmu yang dipelajari senang diingat. Apabila dosa sudah terampun, jiwanya pasti bersih, kalau jiwanya sudah bersih maka...naahhhhh segala ilmu bisa masuk ke dalam hati. kekal dalam ingatan. betul??? ya pasti betul.

PMR membilang hari saja lagi. Saat saya menyambut hari lahir yg ke 38 kalian bertarung dgn peperiksaan. Waduuhhh bisa gawat ini. gimana saya bisa gembira saat kalian berkeluh kesah dan berdebar menghadapi peperiksaan. waduhh si enggak bisa. ..enggak bisa sama sekali. selera saya pasti nya mati memikirkan gimana kalian menjawab soalan PMR. Bisa atau enggak bisa menjawabnya. munngkin saya harus menangguhkan dahulu sambutan birthday saya, ke hari jamuan akhir tahun kita di Pizza Hut selepas PMR. IYa... bagus juga kalau di bikin begitu ya.. okeylah. saya postpone sambutan birthday saya ke hari jamuan akhir tahun kelas nanti. semua setuju??? pastinya semuanya setuju.

Hari selasa selepas rehat, sy baru je sampai kat meja. Luqman n luqman datang , ingatkan nak tanya markah rupanya nak ambil bendera utk dipasang kat kelas. Coz malamnya saya dah sms kat depa n yg lain2 yg sy ada nombor tu minta tolong pasang bendera kat kelas. Thanx luqman n luqman and all those yg help sy gantung bendera. Ada ganjarannya tolong menoilong sesama kita. saya bersyukur awak semua memberikan kerjasama, satu sama lain. I LOVE U ALL GUYS. sronok melihat kesatuan antara kita .

Esok hari Khamis sept 2009 ustazah ada menganjurkan tadarrus Al_Quran tapi hanya pelajar lelaki sahaja, sebab senang nak buat majlis khatam. So Izzat, Abdullah Syafiq dan Zufar, jangan lupa masa rehat pegi ke surau untuk tadarus. semua 30 org campur kelas n tingkatan. Baca satu juzuk seorang. senang nak habiskansemua sekali gus. Then boleh lah buatmajlis khatam

okeylah sy dah ngantuk esok la pulak sambung.
wassalamualaikum...