Pages

Friday, November 27, 2009

dooms day

Sedang kita diasyikkan menanti tayangan filem 2012 di pawagam, ada cerita disebaliknya yang kita (MUSLIM) tidak mengetahuinya... Tolong sampaikan pada saudara seIslam kita... semoga menjadi peringatan dan kita kembali pd jalan yg lurus...amin



Cuba lihat kalendar di bawah untuk tahun 2012... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 July hari Jumaat,jadi 3 August 2012 bersamaan 15 Ramadan jatuh juga hari Jumaat.Sama dengan hadis Nabi pasal huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadan di bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika ada beritahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas di bumi)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja Maha Mengetahui.. ......... .. cuba kita tengok Hadis Nabi di bawah ini dan kenyataan pasal Kalendar Islam 2012





Nu ' aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum ' at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum ' at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum ' at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".



UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES

2010 Calendar
Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)
Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 - September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 - November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 2010

2011 Calendar
Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)
Aashura: December 16, 2010
Ramadan: August 1 - August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 - November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 2011

2012 Calendar
Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 - August 18, 2012
Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 - October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012

Monday, November 23, 2009

beberapa gambar semasa program sembelihan pada 4 november 2009. 7 kumpulan dengan 10 org ahli setiap kumpulan, ayam lebih kurang 8 ekor dikorbankan untuk program. ada yang sembelih sampai putus kepala ayam terlebih semangat sembelih. peristiwa paling kelakar . sakit perut ketawa. Thanx to 3 amanah yang menyertai. harap2 lepas ni pandailah sembelih sendiri ayam. Tahun depan kita buat lagi program sembelihan ni and pertandingan memasak lak ayam tu kepas sembelih. tahniah kepada kkumpulan yang menang dalam pertandingan memasak. Yang tak menang tak apa janji dapat makan gak kan hasil masakan tu. kesian gak lapar nak tunggu makan. next year kena sarapan dulu la. Tiga amanah tak menang tak apa ilmu dapat. thanx semua.





















aksi nakal






memang nakal depa ni

Saturday, November 21, 2009

21 disember 2009

salam sayang buat semua,

perkembangan terkini awak semua tak la sangat coz sekolah dah cuti. dah tak bersama awak semua lagi. semalam hari jumaat Erni dan Nizam ada la datang jumpa saya hantar kad derma surau. Afnan kirim ngan nizam. Erni lak kabarnya dah hilang kad tu. erni kena buat report polis ye. jangan main-main. kad tu berdaftar. nanti org salah guna awak kena saman. YB pun sama. Buat tak endah je. Perkara ni penting. jangan sampai awak kena saman dah. nombor siri kad tu ada dengan saya, so awak yang kena bertanggungjawab apa-apa hal yang verlaku kat kad tu. saya harap awak faham perkara ni.

semalam coz hari terakhir persekolahan so kelab guru minta guru-guru bawa makanan ke sekolah so apalagi, penuh la bilik guru ngan makanan. Kekenyangan. keje tak siap lagi tu. he he. apa-apa hal makan dulu. ada nasi goreng ada, laksa kari, ada laksam, ada kuih muih. saya bawa kuih je tadi tak sempat masak, ngantuk sangat malam tadi. tidur awal.

Ada kek coklat..nyum..nyum sedapnya. ada cocktail lagi. wow pesta makanan. ada buah anggur, tembikai, epal macam2. sedap sungguh sedap. saja je buat korang terliur. heh heh.

saya rindukan awak semua. sangat-sangat. Tak sabar nak tau result PMR. nak tau capai tak target saya utk kelas saya. Rasa cam nak peluk awak semua.

tahun depan semua guru diwajibkan memilih utk masuk badan beruniform. so saya masuk Kadet Polis. saya rasa tak teruk sangat ghasanya kalau masuk kadet polis dari KRS. so Haqeemi, luqman, syey, syasha and erni jumpa awak semua dalam Kadet polis tahun depan. Chief haqeemi: R U Ready? hmmmm memang ada capability jadi chief inspector. garang. bahasa kasar buat org sakit hati dgr, tapi tu la sensitif lak. memang tak makan saman nyer.

saya tak masuk Puteri islam sebab dah lama sangat dalam puteri islam so nak tukar angin la pulak.

apa agaknya awak semua buat musim cuti ni. saya akan balik kg may be on 25 disember. Adik Ipar saya nak kawin on 30 disember. mak nak buat korban masa hari raya utk mak dan utk Arwah ayah. saya balik sini may be on pertengahan disember coz pendaftaran sekolah anak. nak beli buku sekolah, baju sekolah, kasut sekolah macam2. nak daftar tadika anak bongsu yang 4 tahun tu. dah jadi mak ni memang la sibuk menguruskan anak2.

Siapa agaknya yang akan dapat 8 A PMR tahun ni kelas awak ye? saya agak la may be YB, Ridzuan. yang lain tak leh nak jangka la. tgk dari result percubaan tu...nanti lah tunggu result keluar. tak suka sangat sebenarnya nak jangka2 ni.

oklah, takat tu je utk hari ni. nanti jumpa lagi di alam maya.
bye-bye . miss u all babeh

Tuesday, November 17, 2009

dah lama tak upload16 nov 2009

Tuesday, November 17, 2009

dah lama tak upload16 nov 2009

assalamualaikum, cetusan buat anak didik, maaflah dah lama tak upload bog tiga amanah ni. bukannya apa dok khusyuk layan myspace dan facebook tak de semangat lak nak menaip kat blog. so hari ni saya cuba upload lah.

saya harap awak semua sihat wal afiat, cuti sekolah ni khabarnya ramai yang ambil peluang cari kerja. apa yang saya harapkan janganlah kerana dah merasa seronok dapat cari duit sendiri awak semua jadi malas utk belajar. coz tahun depan dah naik ting,4 then SPM bakal menjenguk diri.

& hb bulan saya, syey, luqman, YB, nadhir, habib, Zufar, Wan, Erra, dayah, pegi wetworld. saya bw anak sy yg 6 thn n 3 thn. seronok depa main air sampai kecut kulit. kawan awak yg 8 org ni pulak seronok main gelongsor air dgn pelampung.

kenangan paling seronok bila kitaorng buat keteapi ngan pelampung, ramai la pulak yang tak tau suku sakat mengekor kat belakang jadi panjang keteapi pelampung tu. yang jadi tukang tariknya Nadhir and Zufar.

Tak sangka Zufar boleh menyelam dengan agak lama masa kitaorg bertanding sapa menyelam paling lama. caya la zufar. tapi cuaca panas sangat. Yb dah tak sanggup nak pegi main kat wet world lagi coz takut kulit gelap nanti hilanghandsome hah hah. gurau je YB, jangan marah ha. apo citer awak ngan Balqis. kronik kes. tak sesuai pun lagi. saya rasa tak ada CHEMISTRY.

hampir kul 4 baru kitaorg pegi PKNS utk solat. lama tunggu cik mek-cik mek salin pakaian. 2 kali trip saya angkut., sian nak suruh jalan kaki dah letih main air. then solat zohor n asar sekali kat surau PKNS.

lepas solat kitaorang pegi makan nasi ayam, syey , dayah, erra n wan makan mee kari. Boys makan nasi ayam. mak syey belanja. saya tambah sikit je yang mana tak cukup.

Tiket masuk wet world rupanya dah naik RM10.00 sorang, kanak2 RM8.00. Then Luqman n nadhir minta izin nak cari CD games. cik mek -cik mek lak nak cari apa saya tak tahu. anyway thanxs la saya ucap banyak2 kat YB coz tolong dukung anak sy yg tidur. May Allah bless u. saya tak minta dia dukung tapi dia yang minta nak tolong saya. Good Boy. keep it up. Menghulur sebelum dipinta, sukar nak cari org yg bersifat seperti ini zaman ni. coz sekarang ni semua nak kena suruh baru buat, tak suruh tak buat.

Then lamanya menunggu kakak yang bawa boys. dekat 6.30 baru dia sampai ngan kete wiranya. Coz member tak cukup so tak jadi naik van kakak zaiton tu bawa kete dia.

Sampai sekolah dah maghrib dah. begs boys punya dalam kete saya. depa sampai dulu so terpaksa la tunggu gak coz saya sampai lambat sikit. Then Ayah YB dtg amik, n nadhir sedara dia dtg amik. erra and Dayah saya yg hantar. solat maghrib kat surau Al-fALAH KAT Simpang subang bestari tu.

Saya tersentuh dengan kata2 Erra. Walaupun dia dalam keadaan sakit dada terkena semput sebab terkejut dgn boys yg suka jatuhkan dia n dayah dari pelampung. Dia tak pandai berenang. mana tak takut dibuatnya. Boys ni memang nakal. pantang tengok kawan dok atas pelampung mesti ada yang tolak sampai jatuh terbalik pelampung.

erra ucap terima kasih banyak2, dia kata dia rasa seronok sangat dan dia tak pernah rasa seseronok itu sebelum ni. Dia terlalu jujur dalam berkata-kata. sebak saya dengar dia cakap macam tu. insya Allah kalau ada peluang kita buat plan lagi ek. tapi tu la, awak semua dah tak jadi anak2 saya lagi dah tahun depan. susah sikit la nak merancang, mesti ramai yg akan pindah sekolah, atau pun kalau tak pindah mesti dah duduk kelas lain-lain.

semasa tunggu girls salin pakaian tadi tu saya terima panggilan dari mak saya bagitau ayah makin tenat. saya tak tenang hati. tapi saya kena selesaikan hal awak semua dulu. Then bali ke rumah bincang dgn suami saya nak balik kg tengok ayah. suami saya nak tangguh dulu coz dia ada annual lunch sekolah.

Esoknya. AHAd 8 Nov 2009, 12.30 sepupu call bagitau ayah saya dah pergi buat selama-lamannya. saya tak terkata, flight lak kul 6 ptg je ada. so terpaksa tunggu gak. tapi mak saya tunggu saya balik dulu barulah jenazah ayah saya dimandikan dikafankan dan dikebumikan selepas isya'. Saya sempat lah mencium dahi ayah buat kali terakhir. Seronok saya tgk wajah ayah bercahaya dan mulut dia tersenyum manis sangat. Semmoga Allah menempatkan ruh ayah di kalangan ruh org 2 yg beriman. AMin.

Saya bercuti seminggu buat tahlil utk arwah ayah. setiap malam ramai jemaah dtg ke masjid bertahlil utk ayah. seratus lebih setiap malam. hari jumaat tu mak saya korbankan lembu ayah utk buat tahlil.

Then saya kembali ke sini pagi sabtu flight kul 8.50 pagi. sampai sini kul 10 pagi. dalam flight terjumpa dgn guys kawan UIA dulu. sempat senyum je.

saya hajat nak buat bacaan Yasin member kelas awak semua kat surau sekolah tak sangka lak sekolah dah cutikan awak semua. so tak sampai lah hajat saya, tak ada rezeki. tapi saya harap awak semua akan hadiah kan bacaan yasin utk ayah saya malam jumaat ni.

16 Nov susun meja kerusi utk hari terbuka form 4, 1 , dan 2. dan meja utk SPM dan STP

17 Nov: hari terbuka utk form 1,2, dan 4.

18 Nov Spm dah mula.

20 Nov kad sumbangan utk projek surau diserahkan.

21 Nov : sekolah mula cuti akhir tahun.

PMR may be akan diumumkan pada 29 dis atau 30 Dis. Semoga keputusan awak semua adalah cemerlang.

saya memohon ampun dan maaf andainya sepanjang saya menjadi guru kelas awak saya ada melakukan kesilapan. Apa yg baik datang drpd Allah apa yang kurang baik itu datang dari kelemahan diri saya sendiri. Namun bersama dengan awak semua adalah kenangan terindah dalam hidup saya. Terlalu byk kenangan manis bersama awak semua. Saya akan rindukan awak semua, dan saya maafkan awak semua.

Semoga kita akan diketemukan lagi tahun depan, InsyaAllah. sekian dulu buat kali ini. jumpa lagi

salam sayang penuh kerinduan dari saya:

Wan Zainab Wan Abdullah.
o19-3071021

do contact me if u need me, my help. I'll be there for you. wassalamualaikum.

Sunday, November 1, 2009

main boling




GENG FARAH,SYEY,ERNI, AYU ,WAN AMIRAH SEMPAT LAGI PERGI MAIN BOING KAT THE CURVE