Pages

Tuesday, August 2, 2011

KELEBIHAN SOLAT TERAWIH

fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadan:

Malam 1: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3:
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy' supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi'raun dan Hamman.

Malam 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam 10:
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15:
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.

Malam 16:
Allahsubhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17:
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18:

Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19:
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23:

Allah subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27:
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30:
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar".

Friday, July 29, 2011

ANTARA TANDA-TANDA KIAMAT

Tanda Kiamat: Orang Dungu Menjadi Pemimpin

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: Apabila engkau melihat orang yang tidak berterompah, tidak berpakaian (orang yang miskin), yang tuli,bisu dan buta menjadi penguasa dibumi, maka itulah tanda-tanda kiamat. (Hadis Riwayat Muslim)
Imam Nawawi yang mentafsirkan Hadis ini meyatakan bahawa yang dimaksukan dengan orang yang tidak berterompah, tidak berpakaian (orang miskin) dijadikan pemimpin itu ialah orang yang miskin ilmunya dan miskin akhlaknya.
Miskin didalam hadis ini bukanlah bermaksud miskin dari segi wang ringgit dan harta tetapi miskin disini lebih bersifat tersirat yakni bermaksud miskin jiwa.
Bisu, tuli dan buta didalam hadis ini pula sama maksudnya dengan Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat ke 18 iaitu : Bisu, tuli dan buta. Maka mereka itu tidak akan kembali lagi ke jalan kebenaran ( sesat). Maka yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis ini adalah manusia yang sesat itu dijadikan pemimpin (antara tanda kiamat). Mereka tidak menggunakan panca indera mereka untuk menilai dan menerima kebenaran seolah-olah pancaindera yang dikurniakan kepada mereka tersebut telah hilang dan tidak ada gunanya lagi. ( Juz 1, bab Asyratuss'ah Shahih Muslim Syarh An-Nawawi)
Musibah kehadiran pemimpin-pemimpin daripada golongan yang dungu ini akan semakin bermaharajalela pada masa-masa terakhir usia dunia ini dan akan dihilangkanlah oleh mereka ini amanah (amanah rakyat) kerana pekerjaan atau tugas-tugas kepimpinan tersebut telah diserahkan kepada orang yang tidak layak untuk memimpin manusia (rakyat jelata). Sedangkan syarat-syarat untuk menjadi seorang pemimpin didalam Islam adalah seseorang tersebut perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan berkemampuan dalam bidang Ilmu Syariah yang akan dapat menjadikan pemimpin tersebut berijtihad dan menggunakan kebijaksanaan fiqh dalam pentadbiran.
Selain itu seorang pemimpin juga disyaratkan untuk bersifat adil bukan bersifat fasik. Adil yang dimaksudkan disini bermaksud adil dalam semua aspek pemerintahan, tidak berdusta dan tidak memakan harta yang bukan merupakan haknya, tidak melakukan penyelewengan wang kerajaan dan tidak mengamalkan gaya hidup rasuah serta banyak lagi.
Seorang lelaki Arab awam telah bertanya pada Rasulullah S.A.W, " Ya Rasulullah, bilakah kiamat itu akan terjadi?"                  
Baginda S.A.W menjawab , "Apabila amanah telah disia-siakan maka nantikanlah kemunculan kiamat"                                       
Lelaki itu bertanya lagi, "Bagaimana yang dikatakan amanah yang disia-siakan?                                                                            
Baginda S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan yang penting diserahkan kepada yang tidak layak untuk memangkunya, maka nantikanlah kemunculan kiamat" (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Renung-renungkanlah sabda-sabda Nabi Muhammad S.A.W dan Firman Allah S.W.T .. sudahkah musibah seperti ini terjadi?

Tuesday, May 17, 2011

SALAM RINDU BUAT MU

Dah lama tak update blog 3 amanah ni, terkadang rasa rindu pada anak2 murid 3 amanah 2009. kenakalan, kemesraan...iya..masih dalam ingatan..nama2 yang tak akan padam dari ingatan. Tahun ini mereka akan mengadapi peperiksaan yg besar..SPM..harap2 semuanya akan berjaya dengan cemerlang...memang bunyi agak mustahil kalau aku sebut nak 10 A semuanya, sebab usaha masing..tak sama. yang mana berusaha lebih akan dpat lebih..insyaAllah akan ku doakan kejayaan mereka di hadapan kaabah nanti. Apapun kalian haruslah ingat usaha saja tak cukup, kena taat perintah Allah..jaga solat, berdoalah kepadaNYA....tanpa rahmatnya tak mungkin kejayaan dapat kita kecapi. best of luck to all of you. love you all.

Tuesday, March 1, 2011

FREEDOM (MAHER ZAIN)

Maher Zain - Freedom ( Official Lyric )

Gathered here with my family
...My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, women or man
We're here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we're not backing of
Oh God we know you hear our call

And we're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

Friday, February 11, 2011

MENCORET KATA

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh,
Dah lama benar saya tak update blog 3 amanah nih...bukan tak ada cerita cuma tak ada mood ..hehe sebab geng 3 amanah 2009 dah tak bersama lagi semuanya...Apa pun masih ramai juga yang saya masih ajar..yang belajar di kelas 5 aktif dan 4 bakti...Syey, luqman, Asyraf, anita, Firdaus, Tehah, Rashdan, Zufar, Ismail, Adam, Izzat, Fikry,hafizi., Ayut..tu je la rasanya...kalau ada yg tertinggal minta maaf yer...


Buat yg saya tak ajar tu coz dok kelas lain..saya tetap rindukan awak semua..Wan dengan lawaknya, Farah yang rajin gak ikut aktiviti reunion...YB, Nadhir yg comel,Fareez yg committed,  Aiman yang semakin slim, n firdauz yg tak tetap ngan gaya chief inspectornya...sheera, fika,Syafiq,Anas, Ridzuan mmmm sapa lagi ek..

Buat yang ikut reunion kat D curve main bowling tu..terima kasih banyak2 walaupun yang boleh main separuh jer coz lane tak de kosong. Saya nak booking awal2 coz tak ada yg confirmkan ngan berapa orang...tapi saya seronok coz ramai yang hadir n yang dari bukan ex 3 amanah pun ada...Muiz..thanx for join the club n asyraf...Really love n miss u all guys. saya main ngan hubby n my kids...Anyway big thanx to Anas yg tunggu saya kat d curve..rasanya kalau saya pergi sendiri tak sampai kut kat CC tu.. haha coz saya bukan tahu sangat jalan kat situ. boleh sesat  dalam bangunan...terserempak lak ngan budak kelas C...apa ka  nama budak tu..hmmm dating ngan makwe..mak aih...sekolah tak lulus sibuk dok bawa anak dara orang kesana kemari...tak suka ..tak suka...yg pompuan lak senangnya la nak dibawa ke hulu ke hilir...rasa seronok tapi lupa rendahnya nilai harga diri...fikir2 kan ya anak2ku sayang.

Yang tak ikut ..tak apa lah..InsyaAllah lainkali kalau ada rezeki..jumpa lagi.

Ada sapa 2 yg confirm pegi rumah dayah tak ??? mak dia buat akikah adik dia kat saujana utama...saya tak tahu lagi coz esok ada majlis jamuan perpisahan utk guru yg berpindah tahun lepas..majlis tu buat kat sekolah gak dari pukul 3.00 petang...kalau sempat InsyaAllah saya pergi lah...

Anyway ..ada lagi berita tertinggal..nak ucap terimakasih kat luqman coz jemput saya masa perasmian restoran mak dia kat Shah Alam. Sedaaappp nasi berianinya. Ayamnya memang menyelerakan. Tak ada kesempatan lagi nak bawa family saya pegi makan kat sana...InsyaAllah Luqman ya..tgk la kalau hari minggu time bawa anak jalan2 saya singgah kat restoran tu. Rasa kelakar bila ingat peristiwa Acap n Zuraidie sesat, ingatkan naik kete..rupanya kapcai,,,he he...jangan marah ha Zuraidie...:) smile...

Sebelum saya tangguhkan update untuk kali ni saya doakan semoga awak semua belajar bersungguh-sungguh dan semuanya berjaya dalam SPM nanti..kalau boleh biar semuanya dapat 10A...tak mustahil kalau Allah kehendakkan..tapi dengan usaha dan doa awak semua lah. Saya dan guru2 lain hanya membantu awak semua agar lebih faham tentang apa yg dipelajari.
Seperti biasa..pesanan saya..JAGA SOLAT LIMA WAKTU...BACA AL_QURAN, DOA banyak2...Taat perintah Allah dan Rasul, Taat perintah Ibu Bapa selagi perintah mereka tidak bertentangan dgn syariat, taat dan hormati para guru...Doa mereka sama seperti doa ibu...berkat mereka kerana menyampaikan ilmu...
BE  SOLEH N SOLEHAH students...
I LOVE YOU ALL..,

IsnyaAllah will see u all again on wednesday

coz  pagi isnin sekolah off utk pelajar pagi..MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH n On tuesday CUTI SEMPENA MAULIDURRASUL SAW

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL 1432H..MAY ALLAH BLESS US ALL