Bicara kata hati berbisik
senandung lagu rindu di angin lalu
Jiwa terpanah renungan asmara
hati berkata kita kan terluka
Pada sang kekasih ku kirim bicara
Pada sang rembulan ku sampaikan maknanya
pada sang bintang jiwaku berkata
Aku rindu sampaikan padanya
Sang bayu membelai jiwa
membisik kata rindu kepada dia disana
Usah ragu usah gusar
Cinta dipadu KeranaNYA jua
Alam menjadi saksi
Pertemuan antara mata dan hati
Bertaut kasih suci nan abadi
Tersimpan kemas di sudut sanubari
Mulut membisu tiada bersuara
Hanya Hati menyimpan rahsia
ceritera cinta antara dua jiwa.
Nukilan :
MilnaHayati2009
Dahsyat sungguh... hangpa jgn dok salah guna sajak ni yer.
Ni private tak boleh copy , diharamkan print sama sekali. Hak cipta terpelihara.
sesekali jiwang menggisi masa lapang. dah minat sastera, idea tu memang ada tersedia, Allah punya Kuasa.
jangan bertanya bila berjumpa? diam membisu seribu bahasa, kelak hamba tidak mahu menjawabnya. terkunci dihati tiada pembuka...
bebenornya baru lepas baca novel klasik...so idea pun klasik la jugak. nak mengubat jiwa nan terseksa...pening kepala memikirkannya. pelik bin ajaib pun ada. susah nak cerita...
apa mende mengarut ni...he hehe...bebudak tiga amanah baca saja no...... jgn bagi komen lak kat sekolah. kat sini cukup...
sekali sekala idea nak merapu dalam kepala , nak lepas tension...tak tension pun sebenarnya...tak tahu nak kata apa,, nak menulis novel tak de mood la pulak so bersajaklah kat sini.melepas rindu dan dendam yang terpsak dijiwa nan lara...aduihhh sastera lagi...susah nak buang ...dah jadi meleret lak...sapa-sapa yang baca jgn dok pening ye? buat-buat pening tak pe. ni sapa dok merindu ni...? jgn dok ambik sajak tu. baca kat sini cukup. bahya...ooooo bahya....
kes naya....nanti jadinya...tak terkata tak terjawab hamba pada yang bertanya...kelu lidah tak boleh nak bersuara. hati membeku tiada terbaca, segala makrifat terlindung jua oleh rahsia di dalam rahsia. maka tersimpanlah rahsia selama-lamanya hingga di buka oleh sang sapurba dari mana entah datangnya.
maca cerita klasik la pulak...boleh buat novel klasik nanti ni...
saja suka-suka sebenarnya...tangan saja nak mencoret rahsia. Rahsia puteri melur mewangi....
ok lah tu...dah melalut dah. ketemu lagi di lain masa dan ketika.
salam rindu ku hulur buat semua. rindu yang terpendam sekian lama
di sudut jiwa nan lara.
Ku simpan kasih ku simpan cinta
buat sang perindu dan sang pencinta
Jangan pula lupa pada qada' dan Qadarnya
Hidup berkat pasti BAHAGIA.