Pages

Thursday, October 29, 2009

dipizza



Bersama penolong ketua kelas


bersama Shasya

Tuesday, October 27, 2009

HANTAR BUKU TEKS

ASSALAMUALAIKUM,
DEAR BELOVED CHILDREN OF 3 AMANAH

UNTUK PENGETAHUAN ANDA SEMUA PELAJAR TIGA AMANAH DAN [PELAJAR TINGKATAN TIGA YANG LAIN YANG MELAYARI BLOG INI TARIKH HANTAR BUKU TEKS UNTUK TINGKATAN TIGA IALAH PADA 3 NOVEMBER 2009 INITU PADA HARI SELASA DEPAN. SO JANGAN LUPA DATANG SEKOLAH SELASA DEPAN DAN BAWA BUKU TEKSNYASEKALI.

KALAU ADA YANGHILANG KENA ISI BORANG DAN DIMINTA GANTIKAN DENGAN BUKU JUGA, SEBAB SEKOLAH TAK MENERIMA DUIT, SEBABNYA LAGI, SEKOLAH AKAN MENGALAMI KEKURANGAN BUKU TEKS JIKA BUKU YANG HILANG TERSEBUT TIDAK DIGANTIKAN DENGAN BUKU JUGA. HARAP MAKLUM.

today 27 0kt 2009
Yang datang sekolah hari ni cuma 14 org. asyraf, fareez, buat pertama kalinya after exam adan(rasydan) dtg sekolah. nasib baik datang sebab saya nak bagi kad kutipan derma tabung surau tu. hafizi, zufar dtg lewat, syarif, farah, wan, ayu, sheera, erra, tehah, anas. n pedot. yang lain mesti membuta je kat rumah kan? saya faham kalau datang sekolah pun tak de buat apa. boring je. qadha la tidur time PMR ari tu kan?

saya la ni sedang check paper agama form 4 punya. so tak relax juga. tapi tak de semangatnya coz dah lepas PMR ni n awak semua tak ada semua. Tak best la. sunyi rasa.

Nasib hari ini ustazah zakiah buat majlis makan-makan kat rumah dia. bukan rumah terbuka saja je la buat majlis asalnya untuk guru2 panitia agama tapi ajak lah juga guru2 lain. makan pulut kuning dengan rendang ayam. hmmmmms sedaaaaaaaaaaaaappppp. cuci mulut lak lompat tikam. hhhmmmmm sedaaaaaaaappppp juggak. then adalah sampingan mee hoon goreng. pun seddddaaaaaaaaaaaaappp jugak. saja je buat awak semua terliur. heh heh.

esok ada jamuan lagi kat sekolah. jamuan dari guru2 india dan kristian depa buat deparaya, Depavali n krismas. Tapi dijamin halal coz ordernya dari kantin sekolah jugak. so no need to worry.

Tadi ada pegawai dari persatuan buah pinggang buat pemeriksaan kidney untuk guru2. saya pun buat jugak check Blood pressure, alkohol. nampak gaya kandungan gula dalam darah saya tinggi nak kena kurang manis ni, tapi belum serius, sederhana. yang lain alhamdulillah OK, cuma nak kena turunkan berat badan sikit. Heh heh. yang ni susah sikit coz bab makan ni memang susah nak kawal, cuma sy krgkan mkn nasi waktu malam. Dah turun lah sikit. banyakj nak kena usaha lagi. kalau slim balik asal rasa susah juga, byk godaan. ha hah hah perasan pulak. balik macam anak dara dulu 53kg...wow...bila la agaknya. harap2 la. coz umur pun dah makin berusia ni memang nak kena jaga berat badan tak nak nanti penyakit datang. penyakit ni punca utamanya ialah makan so nak elak penyakit kena jaga pemakanan. cakap memang senang kan kan kan? tapi bila tengok kek coklat, nasi beriani waduh...mana tahan...ngap la jugak kan. konon lepas tu niat nak puasa...jadi tak jadi, jadi tak jadi...hhhmmmmm entahlah., inilah rencah kehidupan.

esok sapa lak yang datang sekolah. Syey dah confirm tak nak dtg, luqman pun tak dtg, erni juga, hmmm tak apalah. PMR pun dah selesai cuma tunggu result je nanti maybe kuar on 29 or 30 dis.may be lah kut. tunggu aje lah. saya tak sabar juga naj tengok siapa kah anak2 saya dikalangan awak yg 38 ni yg dapat 8A. sapa yang dapat 8A memang saya nak peluk. perempuan je la. yg laki tah niah je la ek...jgn jealous. he he.

well, I think that's all for tonite. insyAllah I will continue next time. nak belek face book kejap. bye bye, salam sayang buat anak didikku tercinta. I love u all. Ma'a ssala mah.

Saturday, October 24, 2009

sweet memories




NI ANAK BONGSU antara YAng Bongsu AbduLLah SYafiq, Kat atas TU FeDoz yang selalu Buat nakal dan buat ORg GelAK, ALaaaa cubbyNya Nadhir, paliNG Comel, Wan dengan SENYUman Paling Mahal, he he jangan marah ye wan, LooK Man at LUQMAN, the smart boy at class, tinggi sungguH SaYa puLak yang TerleBIH Rendah RAsanya.





Ayu dengaAN JeliNgan Yang MAnja, Alaa pak Su Izzat dengan suarA RomanTIknya taPi tak Rasa RomanTik La h Paksu he he, jangan meraJuk Ye pAk su,

Adam yang Comel, jangan lah selalu meraJuk Ye Adam tak Macho la, Asyraf jangaN Dok meleKat je, Tak elok Buat Dosa, bawak bersAbar samPai tunGGu mAsa yaNg AllaH TentUkan Ye!!!Fareez Tima KAcih Sebab ToloNG uStazah Cat papan KenyataAN kat belakang KelAs tu ye.Memang Ada bakAt seNi mengHias ruMah. Nanti boleh jadi pakaR Hiasan Dalaman.

Wednesday, October 14, 2009

Jamuan akhir tahun di PIzza
















Assalamualaikum,
harap semuanya sihat walafiat selepas meratah pizza tadikan. siapa johan makan pizza tadi? Mesti ANAS sampai 3 potong...huah huah huah. dan saya rasa ADAM ialah orang pertama yang akan baca update saya untuk hari ini coz dari tadi dia asyik dok suruh saya updatekan. don't worry Adam., I will ...sy nampak wajah awak tak ceria sangat la hari ini. Erni pun sama, cam bad mood je, tapi Erni kata dia OK je, so saya kira OK lah tu.

Geng kasut Baru...wow/// tabik lah, saaaaayyaannnng kome, afnan, Aiman, n look man ubah ejaan skit,coz with the kasut baru people will say"look man" .,gurau je. jangan marah haaa...

Saya memang seronok dgn awak semua ni, wah tehah n nita siap bawa gitar nyanyi lagi...alamak! apa liriknya yer..dah lupa, tak hafal actually, but I feel the meaning. thanx,,,so sweet. siapa yang bawa lap top tadi tu yer? sampai bawa lap top datang jamuan, caya lah...tapi kalau hilang saya tak bertanggungjawab. yang bertanggung jawab ialah..tuan punya laptop...haaaaa

nak masukkan gambar tapi belum copy lagi dari facebook LOOK MAN. nanti jap lagi saya copy, sebab saya nak tunai janji ngan adam dulu utk update blog kan, so saya mengarang dulu kat sini.
ADAM r u happy sweetheart? mestilah kan. cerialah sikit.

Balqis lak sakit kepala, pening. sampai tidur je kat jamuan. alaaaa tak best la, baru semalam dia sms kat saya dian n nita nak buat persembahan., tup tap tup tak jadik, tehah n nita la yg buat. cian Balqis. lepas majlis tadi saya, zufar n Look Man htr Balqis balik, then saya htr Look man then lastly Zufar coz dia tinggal kat seksyen 7.

BALQIS, take rest, n take care. please jgn berjaga malam, please tell ur mom the problem that u r having, u have too. Ok. Do Not just keep it in ur heart. It won't solve the problem. may be it will become more worst. believe me honey. U HAVE TOO!!!

Saya tengok gaya NADHIR hari ini. ya ada GAYA. mcm Yang Berhormat, Dato' lak. InsyaAllah mana tau suatu hari nanti kan..yang berbahagia Dato' Nadhir . cei wahhhh. So la ni ada dua org YB kat kelas 3 amanah. Tapi YB tak nampak happy sgt hari ni. kenapa YB. Diam je. Pasal pedot panggil awak dengan panggilan yg tak elok tu, saya memang tak suka dengan panggilan tu, tak baik PEDOT tau. OOO PEDOT. please do not called YB that name anymore. Dah lah dia baru dtg nak kenal cara hidup kat sini, awak pula panggil dia macam tu. Saya rasa mesti dia rindu nak balik at kolej lama dia, n nak balik MIRI. .Sabarlah YB.

kalau saya di tempat awak pun saya akan rasa perkara yg sama. So please member of 3 amanah be empathy to ur friend. OK! put urself at his place. u will feel the same. So hurt Ok. I can feel that. I always put myself at ather people's place that why I try to make all people happy. but sometimes we cannot satisfy everybody, n we actually do not know what the real feeling of others. kadang kita fikir lain, org fikir lain dan kita rasa org fikir sama dgn apa yg kita fikir sedangkan org tak fikirpun apa yg kita fikir,kerana sesungguhnya fikiran kita memang berbeza, jadi cuba lah fahami apa yg org akan fikir adakah sama dgn apa yg kita fikir???jika sama fikirnya Alhamdulillah jika tak sama maka terimalah apa yg org fikir yg memang tak sama dgn apa yg kita fikir. ha ha hahhahhh....rasa nak tergelak...

Anyway saya memang nak ucap terima kasih banyak-baaaaaaaaaaaaannyaaaaaaaaaaaaaaaaaaak kat awak semua sebab merealisasikan majlis ini. tanpa kerjasama semua ianya tak mungkin terjadi. saya memang respek dgn kerjasama awak semua, yang 2-3 orang tu itukan bilangannya kecil aja. Bisa di atur. biarin enggak usah ambil pedulik ya? alahai jadik mek indon la pulak.

ESPECIALLY KAT SYEY YG RAJIN KUTIP DUIT W/PUN KDG TENSION coz ada yg tak nak bayar. Then kat ERNI yang memang kerja keras juga utk majlis ni. beli kan hadiah cabutan bertuah, yg ni paling best antara yg best sy nak citer. masa saya n Syey , n Erni kat OU, aiman sms sy tanya kat mana, saya cakp kat OU. Aiman n LOOK MAN, n afnan n habib, n firdaus, n PEDOT sapa lagi yer....depa pegi the curve beli kasut baru, Aiman, afnan n Loqman baeli kasut baru...wow!! caya lah... then sy belilah donut 6 biji , saya n erni n syey n nita makan kat restoran Sri melayu. tup tup Norman KRU sampai n terus masuk kat Restoran tu...depa ada press conference...tak heranlah, kalau solat cukup lima tak apa...

kami order air je kat restoran tu, RM 4 satu gelas. mak oiiiii, mahalnya. then makan donut kat situ. sy htr msg kat Aiman kalau nak mkn donut free dtgler ke OU.

Saya tak sangka saya tengah turun tangga tiba2...brum brum kat belakang. Astagfirullahal Azim bebudak ni dah muncul kat belakang saya. Eh! jauh tu darii d Curvre nak ke OU. Naik apa ? cepatnya sampai diorang ni. so PEDOT tuntut donut free. ada baki 2 lagi tu depa sapu bagi licin bagi sikit2 sorang. Kelakarnya geng ni. Then saya n anita balik. Syey n Erni ikut depa shopping nak beli apa lagi tak tau.

Saya n anita pegi surau, bungkus hadiah cabutan bertuah. alamak tak cukup kekrtas minyak, tak apalahnanti sy beli kat sekolah punya book shop bungkus yg mana tak cukup tu.

so segala kekurngan mohon dimaafkan. ok lah, sy sambung semula lak. ngantuk ah...

Wednesday, October 7, 2009

semarak raya2








Tuesday, October 6, 2009

SEMARAK RAYA 09







Glamour raya,,, yang lain pi mana laaa... puas ustazah cari nak amik gambar nak letak kat blog pakai baju raya ni kan,,,tapi tak nampak batang hidung la. ini je la yg dapeknya...bukan apa kenangan terakhir sebelum tahun 2009 ni berakhir, kenangan saya dengan anak-anak yang comel-comel dan cute miut ni kan...harap-harapnya jadi lah anak-anak yang soleh dan solehah.a PMR tu jawab betul2, jangan panik, baca soalan biar faham apa kehendak soalan baru jawab, elakkan gopoh tak bertempat tu, ya...saya harap sangat paling kurang 18 orang ustazah target 8 A ni...tak sabar nak tengok result hujung tahun ni...try ur best ok? love u all soooooooooooooooo much...

YA ALLAH LAPANGKANLAH HATI ANAK-ANAK DIDIKKU, TERANGKAN HATI MEREKA AGAR DAPAT MENJAWAB SOALAN PMR DENGAN TENANG DAN TEPAT, KURNIAKANLAH HIDAYAH DAN KEJAYAAN UNTUK MEREKA SEMUA. JADIKANLAH MEREKA HAMBAMU YANG TAAT MENJALANKAN PERINTAHMU DAN MENJAUHI LARANGANMU...AMIIN YA RABBAL ALAMIN.

Sunday, October 4, 2009

gambar gempa di sumatera



IKTIBAR gempa indonesia

PERISTIWA INI HAMPIR SAMA DENGAN APA YANG BERLAKU KEPADA KAUM NABI LUT YANG DITELAN BUMI. MAKSIAT APAKAH YG MEREKA INI LAKUKAN SEHINGGA ALLAH MENENGGELAMKAN MEREKA TERMASUK MASJID...

Berita ini saya petik dari BERITA HARIAN 4 OKTOBER 2009

400 hilang ditelan bumi ketika gempa di Padang

JAKARTA: Kira-kira 400 orang yang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi berkekuatan 7.6 pada skala Richter di Sumatera Barat pada 5.16 petang rabu lalu.


Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung itu yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid, iaitu merupakan struktur tertinggi di situ, juga sudah tidak kelihatan.

"Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan longsor (tanah runtuh)," kata Ketua Pusat Penanganan Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S Pakaya, yang dipetik Detikcom hari ini.


Sambil menyebut bahawa pasukan mencari dan menyelamat tidak mungkin menggali sedalam 30 meter untuk mengeluarkan mangsa, beliau berkata dengan tenggelamnya kampung itu, proses mencari dan menyelamat sangat sukar untuk dijalankan walaupun pasukan pencari masih berusaha.


Tragedi di kampung itu adalah satu daripada beberapa kejadian serupa yang mula mendapat perhatian setelah sistem komunikasi dan jalan raya mulai dapat berfungsi semula.

Di Kota Padang sendiri, televisyen tempatan menyiarkan visual pelbagai usaha mencari dan menyelamat yang giat dijalankan pihak berkuasa termasuk tentera di beberapa buah hotel dan bangunan lain seperti pusat tuisyen, ketika bau mayat dikatakan sudah mulai menyengat.

Kira-kira 100 mangsa pula dipercayai terhimpit di celah runtuhan lantai, bumbung dan dinding Hotel Ambacang manakala 50 murid masih tertimbus akibat tanah runtuh yang menenggelamkan sekolah mereka di Desa Tandidek, Pariaman.


Kira-kira 200 orang lagi masih hilang, juga dipercayai tertimbus dalam runtuhan dua buah bukit di Petamuan, Padang Pariaman.

Setelah masuk hari keempat yang dianggap sangat genting bagi pasukan mencari dan menyelamat untuk menemui dan mengeluarkan mangsa yang masih hidup, para pegawai pihak berkuasa berkata keluarga mangsa terutama yang tertimbus harus ikhlas merelakan kepergian keluarga mereka. - Bernama

ambillah iktibar dari pada apa yang berlaku ini, jangan sekali-kali kita melanggar syariat Allah, jangan setelag bala daripada Allah turun baru kita nak menangis meraung.

Bala daripada Allah tidak akan turun melainkan krn maksiat yang dilakukan oleh manusia. pergaulan bebas lelaki perempuan yang berlaku dikalangan pelajar sekarang ini amat membimbangkan saya. hentikanlah, saya nasihatkan tumpukan kepada pelajaran kamu, tak perlu fikir tentang bercinta, kerana itu mengundang dosa dan kecelakaan. Dengar dan taatlah. jagalah maruah agama kita.

Fahamilah setiap dari kita yang beragama Islam membawa maruah agama, apa yang kita lakukan akan dikaitkan dengan agama kita. JAGALAH MARUAH AGAMA KITA JANGAN LAH BIARKAN ORANG KAFIR MEMANDANG HINA KEPADA AGAMA KITA DENGAN SEBAB AKHLAK KITA SUDAH HAMPIR SAMA DENGAN MEREKA YANG KAFIR YANG JAHILIAH. TINGGALLAH AMALAN JAHILIAH. RASULULLAH TELANG DATANG MEMBAWA ISLAM 1430 YG LALU KENAPA KITA MENGULANG SEJARAH JAHILIAH SEBELUM ISLAM??? FIKIRLAH ANAK-ANAKKU.

teguran ini adalah untuk kamu dan saya sendiri. Semoga Allah memberikan kita pertunjuk dan hidayahnya dan dijauhkan dari segala bala bencana.

Thursday, October 1, 2009

hayya ala ssolah


lihat dan renungkan video klip tu, itulah yang sering berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari, sering melewatka perintah Allah s.w.t. Wal hal bukannya susah setakat nak solat lima minit ke sepuluh minit, tinggalkan sekejap urusan dunia. Tapi kita tak berapa mengambil berat. adakah kita nak menunggu saat maut kita datang menjemput, dan ruh kata melihat segala perbuatan kita yang lampau, dan menangis kerana tidak mengendahkan solat. mungkin dengan menyaksikan video ini akan menimbulkan sedikit rasa keinsafan dalam hati kita utk menyegerakan solat. dan bagi yang tak solat, dan yang tak cukup solat lima waktu bertaubatlah, kerana kesempatan hidup yang diberikan pada kita tidak lama. benar sabda Rasulullah s.a.w. solat itu amat berat untuk dilakukan. godaan syaitan yg sentiasa cuba menjauhkankita dari Allah s.w.t. Ruginya kita seandainya membiarkan hidup kita berlalu tanpa mengendahkan perintah Allah taala.

HAYYA 'ALA SSOLAH....!!! HAYYA 'ALA SSOLAH!!! HAYYA 'ALA SSOLAH!!!
SOLATLAH KITA SEBELUM KITA DISOLATKAN...

renungan solatlah kamu