Pages

Sunday, October 4, 2009

gambar gempa di sumatera



IKTIBAR gempa indonesia

PERISTIWA INI HAMPIR SAMA DENGAN APA YANG BERLAKU KEPADA KAUM NABI LUT YANG DITELAN BUMI. MAKSIAT APAKAH YG MEREKA INI LAKUKAN SEHINGGA ALLAH MENENGGELAMKAN MEREKA TERMASUK MASJID...

Berita ini saya petik dari BERITA HARIAN 4 OKTOBER 2009

400 hilang ditelan bumi ketika gempa di Padang

JAKARTA: Kira-kira 400 orang yang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi berkekuatan 7.6 pada skala Richter di Sumatera Barat pada 5.16 petang rabu lalu.


Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung itu yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid, iaitu merupakan struktur tertinggi di situ, juga sudah tidak kelihatan.

"Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan longsor (tanah runtuh)," kata Ketua Pusat Penanganan Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S Pakaya, yang dipetik Detikcom hari ini.


Sambil menyebut bahawa pasukan mencari dan menyelamat tidak mungkin menggali sedalam 30 meter untuk mengeluarkan mangsa, beliau berkata dengan tenggelamnya kampung itu, proses mencari dan menyelamat sangat sukar untuk dijalankan walaupun pasukan pencari masih berusaha.


Tragedi di kampung itu adalah satu daripada beberapa kejadian serupa yang mula mendapat perhatian setelah sistem komunikasi dan jalan raya mulai dapat berfungsi semula.

Di Kota Padang sendiri, televisyen tempatan menyiarkan visual pelbagai usaha mencari dan menyelamat yang giat dijalankan pihak berkuasa termasuk tentera di beberapa buah hotel dan bangunan lain seperti pusat tuisyen, ketika bau mayat dikatakan sudah mulai menyengat.

Kira-kira 100 mangsa pula dipercayai terhimpit di celah runtuhan lantai, bumbung dan dinding Hotel Ambacang manakala 50 murid masih tertimbus akibat tanah runtuh yang menenggelamkan sekolah mereka di Desa Tandidek, Pariaman.


Kira-kira 200 orang lagi masih hilang, juga dipercayai tertimbus dalam runtuhan dua buah bukit di Petamuan, Padang Pariaman.

Setelah masuk hari keempat yang dianggap sangat genting bagi pasukan mencari dan menyelamat untuk menemui dan mengeluarkan mangsa yang masih hidup, para pegawai pihak berkuasa berkata keluarga mangsa terutama yang tertimbus harus ikhlas merelakan kepergian keluarga mereka. - Bernama

ambillah iktibar dari pada apa yang berlaku ini, jangan sekali-kali kita melanggar syariat Allah, jangan setelag bala daripada Allah turun baru kita nak menangis meraung.

Bala daripada Allah tidak akan turun melainkan krn maksiat yang dilakukan oleh manusia. pergaulan bebas lelaki perempuan yang berlaku dikalangan pelajar sekarang ini amat membimbangkan saya. hentikanlah, saya nasihatkan tumpukan kepada pelajaran kamu, tak perlu fikir tentang bercinta, kerana itu mengundang dosa dan kecelakaan. Dengar dan taatlah. jagalah maruah agama kita.

Fahamilah setiap dari kita yang beragama Islam membawa maruah agama, apa yang kita lakukan akan dikaitkan dengan agama kita. JAGALAH MARUAH AGAMA KITA JANGAN LAH BIARKAN ORANG KAFIR MEMANDANG HINA KEPADA AGAMA KITA DENGAN SEBAB AKHLAK KITA SUDAH HAMPIR SAMA DENGAN MEREKA YANG KAFIR YANG JAHILIAH. TINGGALLAH AMALAN JAHILIAH. RASULULLAH TELANG DATANG MEMBAWA ISLAM 1430 YG LALU KENAPA KITA MENGULANG SEJARAH JAHILIAH SEBELUM ISLAM??? FIKIRLAH ANAK-ANAKKU.

teguran ini adalah untuk kamu dan saya sendiri. Semoga Allah memberikan kita pertunjuk dan hidayahnya dan dijauhkan dari segala bala bencana.