Pages

Thursday, July 2, 2009

cth PMR 2000

PENDIDIKAN ISLAM PMR

CONTOH SOALAN ALA PMR 2000

ARAHAN : KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI LIMA SOALAN. JAWAB SEMUA SOALAN BERIKUT:

SOALAN SATU (TILAWAH AL-QURAN)

Firman Allah S.W.T (Surah Ali – Imran ayat 103)

Maksudnya: Dan berpeganglah kamu sekelian pada tali Allah (Agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai…

a) Dalam ayat di atas, terdapat suruhan supaya umat Islam berpegang teguh pada tali Allah S.W.T.

i) Terangkan konsep sebenar berpegang teguh dengan tali Allah. (2 markah )

ii) Nyatakan dua kelebihan bagi umat yang bersatu padu. ( 4 marklah)

iii) Nyatakan dua tanggung jawab utama manusia terhadap Allah S.W.T ( 4 markah)

b) Firman Allah S.W.T. surah al-A’raf ayat 179.

Maksudnya : Sesungguhnya Kami menyediakan untuk neraka Jahannam ramai jin dan manusia, yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami (ayat-ayat Allah) dengannya, mempunyai mata tetapi tidak melihat dan mempunyai telinga tetapi tidak mendengar dengannya.

i) Nikmat pancaindera adalah antara nikmat Allah S.W.T yang tidak ternilai kepada manusia.

Tuilis nikmat pancaindera yang ada pada manusia. ( 2 markah)

ii) Bagaimanakah cara manusia mensyukuri nikmat pancaindera tersebut. ( 4 markah)

iii) Huraikan cara yang betul menggunakan nikmat pancaindera bagi seoarang pelajar. ( 4 markah)

SOALAN DUA (AKIDAH)

a) Hukum mempelajari ilmu akidah adalah fardhu ain bagi tiap-tiap individu muslim.

i) Nyatakan dua kepentingan mempelajari ilmu akidah. (4 markah)

ii)Terangkan tiga contoh amalan masyarakat Islam hari ini yang boleh merosakkan akidah.

( 6 markah)

b) Antara sifat Allah S.W. T ialah Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

i) Jelaskan perbezaan antara Maha Pemurah dan Maha Penyayang. ( 2 markah)

ii) Kemukakan dua bukti yang menunjukkan sifat Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

( 4 markah)

c) Nyatakan dalil naqli yang menunjukkan bahawa Allah Maha Bijaksana. ( 2 markah )

d) Nyatakan dalil aqli yang menunjukkan bahawa Allah Maha Adil. (2 markah)

SOALAN TIGA ( IBADAT)

a) Sertu dan samak mempunyai hikmah yang tertentu.

i) Nyatakan dua hikmah sertu dan samak. ( 4 markah)

ii) Mengapakah kulit binatang perlu disamak dengan benda yang bersifat tajam seperti kapur.

(2 markah)

b) Tulis dua perkara yang membatalkan tayammum selain perkara yang membatalkan wuduk.

(4 markah)

c) Solat Jumaat mempunyai hikmat-hikmat tertentu kepada individu dan masyarakat.

i) Terangkan dua hikmat solat Jumaat kepada Masyarakat. ( 4 markah)

ii) Nyatakan hukum dan alasan bagi masalah berikut:

- Amri mendirikan solat Jumaat pada waktu asar.

- Johan mendirikan solat Jumaat bersendirian di rumah. (4 markah)

d) Nyatakan nama puasa bagi masalah berikut:

- Maznah berpuasa sebulan pada bulan Rejab

- Zaiton berpuasa setelah lulus cemerlang dalam peperiksaan PMR ( 2 markah)

SOALAN EMPAT ( SIRAH NABAWIYAH)

a) Nabi Muhammad s.a.w. digelar al-Amin sejak kanak-kanak lagi.

i) Mengapakah Baginda memperolehi gelaran yang sedemikian? (2 markah)

ii) Senaraikan tiga sifat peribadi Rasulullah s.a.w yang menjadi contoh. ( 3 markah)

b) Pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w ketika berdakwah menghasilkan kesan yang positif.

Nyatakan tiga pendekatan yang digunakan oleh Baginda ketika berdakwah. ( 6 markah)

c) Pembinaan masjid adalah pemulaan kepada pembentukan negara semasa kepimpinan Rasulullah s.a.w.

i) Nyatakan dua peranan yang dimainkan oleh Masjid. ( 4 markah)

d) Abd.Rahman bin Auf merupakan ahli korporat yang berjaya.

i) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan beliau dalam perniagaan. ( 4 markah)

ii) Ceritakan secara ringkas riwayat hidup Abdul Rahman bin Auf ( 3 markah)

SOALAN LIMA (AKHLAK ISLAMIAH)

a) Khasyatullah ialah perasaan takut dan kagum akan kehebatan Allah s.a.w.

Bagaimanakah seseorang Islam dapat menanamkan sifat tersebut dalam diri. (6 markah)

b) Huraikan tiga cara untuk mengeratkan hubungan silaturrahim. ( 6 markah)

b) Zaharah baru saja melahirkan cahaya mata yang pertama.

i) Apakah yang perlu di lakukan oleh Zaharah dan suaminya sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. ( 4 markah)

ii) Nyatakan kelebihan orang yang bersyukur terhadap nikmat kurniaan Allah S.W.T.

( 4 markah)

No comments:

Post a Comment