Pages

Thursday, July 2, 2009



wajah idola ku,
Dalam tenang mentadbir sebuah negeri
Dalam tenang menyampaikan ilmu duniawi dan ukhrawi
Dalam tenang merendah diri
Dihadapan Ilahi Rabbi

Semoga Allah merahmati dan melimpahkan barakahNYA padamu, Permata yang tak ternilai di akhir zaman.Yang tiada galang gantinya.
Adakah insan yang selayaknya menggantikan tempatmu bila kau tiada. Ya Allah, kalaulah ...dan kalaulah...

Sayunya hati bila memikirkan,
seandainya DIA mengambilmu
akan berterusan kah berkat dan rahmat di bumi tanah kelahiranku.
Ya ALLaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh..........

cth PMR 2000

PENDIDIKAN ISLAM PMR

CONTOH SOALAN ALA PMR 2000

ARAHAN : KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI LIMA SOALAN. JAWAB SEMUA SOALAN BERIKUT:

SOALAN SATU (TILAWAH AL-QURAN)

Firman Allah S.W.T (Surah Ali – Imran ayat 103)

Maksudnya: Dan berpeganglah kamu sekelian pada tali Allah (Agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai…

a) Dalam ayat di atas, terdapat suruhan supaya umat Islam berpegang teguh pada tali Allah S.W.T.

i) Terangkan konsep sebenar berpegang teguh dengan tali Allah. (2 markah )

ii) Nyatakan dua kelebihan bagi umat yang bersatu padu. ( 4 marklah)

iii) Nyatakan dua tanggung jawab utama manusia terhadap Allah S.W.T ( 4 markah)

b) Firman Allah S.W.T. surah al-A’raf ayat 179.

Maksudnya : Sesungguhnya Kami menyediakan untuk neraka Jahannam ramai jin dan manusia, yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami (ayat-ayat Allah) dengannya, mempunyai mata tetapi tidak melihat dan mempunyai telinga tetapi tidak mendengar dengannya.

i) Nikmat pancaindera adalah antara nikmat Allah S.W.T yang tidak ternilai kepada manusia.

Tuilis nikmat pancaindera yang ada pada manusia. ( 2 markah)

ii) Bagaimanakah cara manusia mensyukuri nikmat pancaindera tersebut. ( 4 markah)

iii) Huraikan cara yang betul menggunakan nikmat pancaindera bagi seoarang pelajar. ( 4 markah)

SOALAN DUA (AKIDAH)

a) Hukum mempelajari ilmu akidah adalah fardhu ain bagi tiap-tiap individu muslim.

i) Nyatakan dua kepentingan mempelajari ilmu akidah. (4 markah)

ii)Terangkan tiga contoh amalan masyarakat Islam hari ini yang boleh merosakkan akidah.

( 6 markah)

b) Antara sifat Allah S.W. T ialah Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

i) Jelaskan perbezaan antara Maha Pemurah dan Maha Penyayang. ( 2 markah)

ii) Kemukakan dua bukti yang menunjukkan sifat Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

( 4 markah)

c) Nyatakan dalil naqli yang menunjukkan bahawa Allah Maha Bijaksana. ( 2 markah )

d) Nyatakan dalil aqli yang menunjukkan bahawa Allah Maha Adil. (2 markah)

SOALAN TIGA ( IBADAT)

a) Sertu dan samak mempunyai hikmah yang tertentu.

i) Nyatakan dua hikmah sertu dan samak. ( 4 markah)

ii) Mengapakah kulit binatang perlu disamak dengan benda yang bersifat tajam seperti kapur.

(2 markah)

b) Tulis dua perkara yang membatalkan tayammum selain perkara yang membatalkan wuduk.

(4 markah)

c) Solat Jumaat mempunyai hikmat-hikmat tertentu kepada individu dan masyarakat.

i) Terangkan dua hikmat solat Jumaat kepada Masyarakat. ( 4 markah)

ii) Nyatakan hukum dan alasan bagi masalah berikut:

- Amri mendirikan solat Jumaat pada waktu asar.

- Johan mendirikan solat Jumaat bersendirian di rumah. (4 markah)

d) Nyatakan nama puasa bagi masalah berikut:

- Maznah berpuasa sebulan pada bulan Rejab

- Zaiton berpuasa setelah lulus cemerlang dalam peperiksaan PMR ( 2 markah)

SOALAN EMPAT ( SIRAH NABAWIYAH)

a) Nabi Muhammad s.a.w. digelar al-Amin sejak kanak-kanak lagi.

i) Mengapakah Baginda memperolehi gelaran yang sedemikian? (2 markah)

ii) Senaraikan tiga sifat peribadi Rasulullah s.a.w yang menjadi contoh. ( 3 markah)

b) Pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w ketika berdakwah menghasilkan kesan yang positif.

Nyatakan tiga pendekatan yang digunakan oleh Baginda ketika berdakwah. ( 6 markah)

c) Pembinaan masjid adalah pemulaan kepada pembentukan negara semasa kepimpinan Rasulullah s.a.w.

i) Nyatakan dua peranan yang dimainkan oleh Masjid. ( 4 markah)

d) Abd.Rahman bin Auf merupakan ahli korporat yang berjaya.

i) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan beliau dalam perniagaan. ( 4 markah)

ii) Ceritakan secara ringkas riwayat hidup Abdul Rahman bin Auf ( 3 markah)

SOALAN LIMA (AKHLAK ISLAMIAH)

a) Khasyatullah ialah perasaan takut dan kagum akan kehebatan Allah s.a.w.

Bagaimanakah seseorang Islam dapat menanamkan sifat tersebut dalam diri. (6 markah)

b) Huraikan tiga cara untuk mengeratkan hubungan silaturrahim. ( 6 markah)

b) Zaharah baru saja melahirkan cahaya mata yang pertama.

i) Apakah yang perlu di lakukan oleh Zaharah dan suaminya sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. ( 4 markah)

ii) Nyatakan kelebihan orang yang bersyukur terhadap nikmat kurniaan Allah S.W.T.

( 4 markah)

ANALISA PMR 2008

Analisis Soalan Pendidikan Islam PMR 2008 yang telah diadakan pada bulan Oktober 2008 berdasarkan Format Soalan dan Sukatan Matapelajaran PI.

A. ANALISA MENGIKUT FORMAT KERTAS SOALAN

Bahagian A
Soalan Satu : (TILAWAH, HADIS & JAWI )
1.a. Tingkatan 1, Bab 10. Topik : Sifat-sifat Allah SWT
1.b. Tingkatan 3, Bab 6. Topik : Amalan Mukmin Cemerlang
1.c. Tulisan jawi
Soalan Dua : (TILAWAH, HADIS & JAWI )
2.a. Tingkatan 3, Bab 4. Topik : Mengingati Allah SWT Menenangkan Hati
2.b. Tingkatan 1, Bab 12. Topik : Al-Qur’an dan Hadis Panduan Hidup Mukmin
2.c. Tulisan Jawi
Soalan Tiga ( IBADAH)
3.a. Tingkatan 1, Bab 15. Topik : Asas Akidah Islam
3.b. Tingkatan 2, Bab 11. Topik : Beriman Kepada Asmaul Husna
3.c. Tingkatan 3, Bab 9, Unit 9 & 10. Topik : Beriman pada hari Akhirat : Syurga dan Neraka
Soalan Empat ( IBADAT )
4.a. Tingkatan 1, Bab 19, Unit 1 & 2. Topik : Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
4.b. Tingkatan 1, Bab 21, Unit 1-3. Topik : Solat Fardhu
4.c. Hukum
4.c.1. Solat Jamak
4.c.2. Solat Jenazah
4.c.3. Solat ketika sakit
4.c.4. Zakat Fitrah
Soalan Lima ( SIRAH DAN TAMADUN ISLAM )
5.a. Tingkatan 1, Bab 26. Topik : Kejayaan Rasulullah SAW meletakkan Asas Akidah Yang Kukuh
5.b. Tingkatan 2, Bab 21. Topik : Sayidina Ali bin Abu Talib Pemuda Yang Berani.
5.c. Susun Ayat :
5.c.1. Surah Al-Baqarah ayat 256
5.c.2. Surah Ali Imran ayat 18
Soalan Enam ( ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH )
6.a. Tingkatan 3, Bab 21. Topik : Adab terhadap Ibubapa
6.b.Tingkatan 3, Bab 20. Topik : Adab Dalam Hubungan Sosial.
6.c. Tingkatan 1, Bab 31. Topik : Adab Berkawan

B. ANALISA MENGIKUT SUKATAN / TINGKATAN

B.1. Sukatan Tingkatan Satu
Soalan Satu : (TILAWAH, HADIS & JAWI )
1.a. Tingkatan 1, Bab 10. Topik : Sifat-sifat Allah SWT
Soalan Dua : (TILAWAH, HADIS & JAWI )
2.b. Tingkatan 1, Bab 12. Topik : Al-Qur’an dan Hadis Panduan Hidup Mukmin
Soalan Tiga ( IBADAH)
3.a. Tingkatan 1, Bab 15. Topik : Asas Akidah Islam
Soalan Empat ( IBADAT )
4.a. Tingkatan 1, Bab 19, Unit 1 & 2. Topik : Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
4.b. Tingkatan 1, Bab 21, Unit 1-3. Topik : Solat Fardhu
Soalan Lima ( SIRAH DAN TAMADUN ISLAM )
5.a. Tingkatan 1, Bab 26. Topik : Kejayaan Rasulullah SAW meletakkan Asas Akidah Yang Kukuh
5.c. Susun Ayat :
5.c.1. Surah Al-Baqarah ayat 256
5.c.2. Surah Ali Imran ayat 18
Soalan Enam ( ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH )
6.c. Tingkatan 1, Bab 31. Topik : Adab Berkawan

B.2. Sukatan Tingkatan Dua
Soalan Tiga ( IBADAH)
3.b. Tingkatan 2, Bab 11. Topik : Beriman Kepada Asmaul Husna
Soalan Empat ( IBADAT )
4.c. Hukum
4.c.1. Solat Jamak
4.c.4. Zakat Fitrah
Soalan Lima ( SIRAH DAN TAMADUN ISLAM )
5.b. Tingkatan 2, Bab 21. Topik : Sayidina Ali bin Abu Talib Pemuda Yang Berani.

C.3. Sukatan Tingkatan Tiga
Soalan Satu : (TILAWAH, HADIS & JAWI )
1.b. Tingkatan 3, Bab 6. Topik : Amalan Mukmin Cemerlang
Soalan Dua : (TILAWAH, HADIS & JAWI )
2.a. Tingkatan 3, Bab 4. Topik : Mengingati Allah SWT Menenangkan Hati
Soalan Tiga ( IBADAH)
3.c. Tingkatan 3, Bab 9, Unit 9 & 10. Topik : Beriman pada hari Akhirat : Syurga dan Neraka
Soalan Empat ( IBADAT )
4.c. Hukum
4.c.2. Solat Jenazah
4.c.3. Solat ketika sakit
Soalan Enam ( ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH )
6.a. Tingkatan 3, Bab 21. Topik : Adab terhadap Ibubapa
6.b.Tingkatan 3, Bab 20. Topik : Adab Dalam Hubungan Sosial.