Pages

Saturday, November 21, 2009

21 disember 2009

salam sayang buat semua,

perkembangan terkini awak semua tak la sangat coz sekolah dah cuti. dah tak bersama awak semua lagi. semalam hari jumaat Erni dan Nizam ada la datang jumpa saya hantar kad derma surau. Afnan kirim ngan nizam. Erni lak kabarnya dah hilang kad tu. erni kena buat report polis ye. jangan main-main. kad tu berdaftar. nanti org salah guna awak kena saman. YB pun sama. Buat tak endah je. Perkara ni penting. jangan sampai awak kena saman dah. nombor siri kad tu ada dengan saya, so awak yang kena bertanggungjawab apa-apa hal yang verlaku kat kad tu. saya harap awak faham perkara ni.

semalam coz hari terakhir persekolahan so kelab guru minta guru-guru bawa makanan ke sekolah so apalagi, penuh la bilik guru ngan makanan. Kekenyangan. keje tak siap lagi tu. he he. apa-apa hal makan dulu. ada nasi goreng ada, laksa kari, ada laksam, ada kuih muih. saya bawa kuih je tadi tak sempat masak, ngantuk sangat malam tadi. tidur awal.

Ada kek coklat..nyum..nyum sedapnya. ada cocktail lagi. wow pesta makanan. ada buah anggur, tembikai, epal macam2. sedap sungguh sedap. saja je buat korang terliur. heh heh.

saya rindukan awak semua. sangat-sangat. Tak sabar nak tau result PMR. nak tau capai tak target saya utk kelas saya. Rasa cam nak peluk awak semua.

tahun depan semua guru diwajibkan memilih utk masuk badan beruniform. so saya masuk Kadet Polis. saya rasa tak teruk sangat ghasanya kalau masuk kadet polis dari KRS. so Haqeemi, luqman, syey, syasha and erni jumpa awak semua dalam Kadet polis tahun depan. Chief haqeemi: R U Ready? hmmmm memang ada capability jadi chief inspector. garang. bahasa kasar buat org sakit hati dgr, tapi tu la sensitif lak. memang tak makan saman nyer.

saya tak masuk Puteri islam sebab dah lama sangat dalam puteri islam so nak tukar angin la pulak.

apa agaknya awak semua buat musim cuti ni. saya akan balik kg may be on 25 disember. Adik Ipar saya nak kawin on 30 disember. mak nak buat korban masa hari raya utk mak dan utk Arwah ayah. saya balik sini may be on pertengahan disember coz pendaftaran sekolah anak. nak beli buku sekolah, baju sekolah, kasut sekolah macam2. nak daftar tadika anak bongsu yang 4 tahun tu. dah jadi mak ni memang la sibuk menguruskan anak2.

Siapa agaknya yang akan dapat 8 A PMR tahun ni kelas awak ye? saya agak la may be YB, Ridzuan. yang lain tak leh nak jangka la. tgk dari result percubaan tu...nanti lah tunggu result keluar. tak suka sangat sebenarnya nak jangka2 ni.

oklah, takat tu je utk hari ni. nanti jumpa lagi di alam maya.
bye-bye . miss u all babeh