Pages

Friday, August 21, 2009

Percubaan dah tamat

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum anak didik yg ustazah sayang sangat-sangat.
Dah lega kan coz percubaan dah selesai. Tapi tak de la lega sangat coz PMR sebenar bakal mendatang 47 hari lagi lebih krg. Yang tu Lagi berdebar, so make sure ulangkaji betul-betul jgn cakap tak cukup revision lak.

Yang saya tak faham dgn feel kamu semua ni kan, tak tahu nak duduk diam . suka bercakap walau dalam waktu exam. macam org tak faham peraturan. Semua dah tahu peraturan exam macamana tapi buat tak tahu ;ak. Ini yg ustazah ras agak bengang lah. awak kira kelas A kan, tapi perangai semacam kelas C & D gak.

Tak suka laaaaa....nak tanya angkat tangan, jgn berjalan cari sy. Lupa ke peraturan ? Fedoz pun satu hal, suka la memulakan kebisingan. yg lain mula menyampuk. yg tak berkaitan pun nak bercakap jgk. Apa nak jadi dgn kamu semua ni. Elakkan drpd membuat perkara yg melanggar disiplin. tak berkat hidup>Faham! jadilah manusia yg berdisiplin kalau mahu berjaya.

macamana saya nak tegur kamu ni, nak maghah jadik macam tak gheti nak maghah. tapi ingat !!! sekali ustazah marah, ustz marah betul, masa tu baru kamu tahu...la ni sy kawal keadaan coz kamu nak exam besar kan. so sabar je. kalau melampau sangat, sabar boleh hilang gak. jgn sampai sabar sy hilang. Saya tak nak fikiran kamu terganggu kalau saya dah hilang sabar. jgn samakan sy dgn cikgu lain.

nak tahu markah ke? tak siap lagi check. ada lah sorang baru check. tadi . Ok gak 93%. tak yah tahu lah sapa. nanti ustazah check semua ustz bgtau la ek. nanti tak adil lak. harap -harap meningkat lah pencapaian semuanya.

Ustz. dgr tadi cikgu Halimah pun dah siap check math. Katanya semua lulus. yg dpt A sorang. Ridzuan. sy respect ridzuan ni. dalam senyap dalam diam dia, berisi. tak de lah yang mulut suka buat bising kat kelas tu. cam tong kosong je bunyi kuat tapi isi tak de. Hampeh! cuba tiru perangai Ridzuan tu, bagus je. kalau semua ,macam tu rasa lain macam la pulak. cam sunyi je kelas. tapi kira ok lah, menceriakan keadaan. tapi belajar pun biar la ceria jugak markahnya. Fikry pun dah pandai loyar buruk ek. Terikut perangai Pedoz ngan Aiman. Fikry!!! jadilah diri awak yang sebenarnya, jgn dok tiru yg tak elok tu.

Oke lah, sy nak check paper awak semua. nanti sy masukkan kat blog hangpa tgk la markah hangpa no....

sebelum nak off, esok dah mula puasa, so ****SELAMAT BERPUASA, SELAMAT BERTERAWIH(JGN TINGGAL HAAA...) &**** SEBELUM TIDUR BUKA DAN BACA QURAN DULU, KUL 4 PAGI BANGUN QIAMULLAIL. ***BIASAKAN DIRI DGN AMAL SOLEH, MASA MUDA NI, KALAU NAK DAPAT 8 A YG BERKAT. IKUTLAH NASIHAT USTAZAH.***SY NASIHAT NI SEBAB SAYANG KAT KAMU SEMUA. SY PERCAYA KAMU SEMUA ANAK-ANAK YG BAIK. PENUHILAH HATI DAN JIWA DGN KEIMANAN DAN KETAQWAAN. INSYAALLAH KITA AKAN DIMASUKKAN KE DALAM GOLONGAN HAMBANYA YG BERJAYA. AMIN YA RABBAL ALAMIN.