Pages

Tuesday, November 17, 2009

dah lama tak upload16 nov 2009

Tuesday, November 17, 2009

dah lama tak upload16 nov 2009

assalamualaikum, cetusan buat anak didik, maaflah dah lama tak upload bog tiga amanah ni. bukannya apa dok khusyuk layan myspace dan facebook tak de semangat lak nak menaip kat blog. so hari ni saya cuba upload lah.

saya harap awak semua sihat wal afiat, cuti sekolah ni khabarnya ramai yang ambil peluang cari kerja. apa yang saya harapkan janganlah kerana dah merasa seronok dapat cari duit sendiri awak semua jadi malas utk belajar. coz tahun depan dah naik ting,4 then SPM bakal menjenguk diri.

& hb bulan saya, syey, luqman, YB, nadhir, habib, Zufar, Wan, Erra, dayah, pegi wetworld. saya bw anak sy yg 6 thn n 3 thn. seronok depa main air sampai kecut kulit. kawan awak yg 8 org ni pulak seronok main gelongsor air dgn pelampung.

kenangan paling seronok bila kitaorng buat keteapi ngan pelampung, ramai la pulak yang tak tau suku sakat mengekor kat belakang jadi panjang keteapi pelampung tu. yang jadi tukang tariknya Nadhir and Zufar.

Tak sangka Zufar boleh menyelam dengan agak lama masa kitaorg bertanding sapa menyelam paling lama. caya la zufar. tapi cuaca panas sangat. Yb dah tak sanggup nak pegi main kat wet world lagi coz takut kulit gelap nanti hilanghandsome hah hah. gurau je YB, jangan marah ha. apo citer awak ngan Balqis. kronik kes. tak sesuai pun lagi. saya rasa tak ada CHEMISTRY.

hampir kul 4 baru kitaorg pegi PKNS utk solat. lama tunggu cik mek-cik mek salin pakaian. 2 kali trip saya angkut., sian nak suruh jalan kaki dah letih main air. then solat zohor n asar sekali kat surau PKNS.

lepas solat kitaorang pegi makan nasi ayam, syey , dayah, erra n wan makan mee kari. Boys makan nasi ayam. mak syey belanja. saya tambah sikit je yang mana tak cukup.

Tiket masuk wet world rupanya dah naik RM10.00 sorang, kanak2 RM8.00. Then Luqman n nadhir minta izin nak cari CD games. cik mek -cik mek lak nak cari apa saya tak tahu. anyway thanxs la saya ucap banyak2 kat YB coz tolong dukung anak sy yg tidur. May Allah bless u. saya tak minta dia dukung tapi dia yang minta nak tolong saya. Good Boy. keep it up. Menghulur sebelum dipinta, sukar nak cari org yg bersifat seperti ini zaman ni. coz sekarang ni semua nak kena suruh baru buat, tak suruh tak buat.

Then lamanya menunggu kakak yang bawa boys. dekat 6.30 baru dia sampai ngan kete wiranya. Coz member tak cukup so tak jadi naik van kakak zaiton tu bawa kete dia.

Sampai sekolah dah maghrib dah. begs boys punya dalam kete saya. depa sampai dulu so terpaksa la tunggu gak coz saya sampai lambat sikit. Then Ayah YB dtg amik, n nadhir sedara dia dtg amik. erra and Dayah saya yg hantar. solat maghrib kat surau Al-fALAH KAT Simpang subang bestari tu.

Saya tersentuh dengan kata2 Erra. Walaupun dia dalam keadaan sakit dada terkena semput sebab terkejut dgn boys yg suka jatuhkan dia n dayah dari pelampung. Dia tak pandai berenang. mana tak takut dibuatnya. Boys ni memang nakal. pantang tengok kawan dok atas pelampung mesti ada yang tolak sampai jatuh terbalik pelampung.

erra ucap terima kasih banyak2, dia kata dia rasa seronok sangat dan dia tak pernah rasa seseronok itu sebelum ni. Dia terlalu jujur dalam berkata-kata. sebak saya dengar dia cakap macam tu. insya Allah kalau ada peluang kita buat plan lagi ek. tapi tu la, awak semua dah tak jadi anak2 saya lagi dah tahun depan. susah sikit la nak merancang, mesti ramai yg akan pindah sekolah, atau pun kalau tak pindah mesti dah duduk kelas lain-lain.

semasa tunggu girls salin pakaian tadi tu saya terima panggilan dari mak saya bagitau ayah makin tenat. saya tak tenang hati. tapi saya kena selesaikan hal awak semua dulu. Then bali ke rumah bincang dgn suami saya nak balik kg tengok ayah. suami saya nak tangguh dulu coz dia ada annual lunch sekolah.

Esoknya. AHAd 8 Nov 2009, 12.30 sepupu call bagitau ayah saya dah pergi buat selama-lamannya. saya tak terkata, flight lak kul 6 ptg je ada. so terpaksa tunggu gak. tapi mak saya tunggu saya balik dulu barulah jenazah ayah saya dimandikan dikafankan dan dikebumikan selepas isya'. Saya sempat lah mencium dahi ayah buat kali terakhir. Seronok saya tgk wajah ayah bercahaya dan mulut dia tersenyum manis sangat. Semmoga Allah menempatkan ruh ayah di kalangan ruh org 2 yg beriman. AMin.

Saya bercuti seminggu buat tahlil utk arwah ayah. setiap malam ramai jemaah dtg ke masjid bertahlil utk ayah. seratus lebih setiap malam. hari jumaat tu mak saya korbankan lembu ayah utk buat tahlil.

Then saya kembali ke sini pagi sabtu flight kul 8.50 pagi. sampai sini kul 10 pagi. dalam flight terjumpa dgn guys kawan UIA dulu. sempat senyum je.

saya hajat nak buat bacaan Yasin member kelas awak semua kat surau sekolah tak sangka lak sekolah dah cutikan awak semua. so tak sampai lah hajat saya, tak ada rezeki. tapi saya harap awak semua akan hadiah kan bacaan yasin utk ayah saya malam jumaat ni.

16 Nov susun meja kerusi utk hari terbuka form 4, 1 , dan 2. dan meja utk SPM dan STP

17 Nov: hari terbuka utk form 1,2, dan 4.

18 Nov Spm dah mula.

20 Nov kad sumbangan utk projek surau diserahkan.

21 Nov : sekolah mula cuti akhir tahun.

PMR may be akan diumumkan pada 29 dis atau 30 Dis. Semoga keputusan awak semua adalah cemerlang.

saya memohon ampun dan maaf andainya sepanjang saya menjadi guru kelas awak saya ada melakukan kesilapan. Apa yg baik datang drpd Allah apa yang kurang baik itu datang dari kelemahan diri saya sendiri. Namun bersama dengan awak semua adalah kenangan terindah dalam hidup saya. Terlalu byk kenangan manis bersama awak semua. Saya akan rindukan awak semua, dan saya maafkan awak semua.

Semoga kita akan diketemukan lagi tahun depan, InsyaAllah. sekian dulu buat kali ini. jumpa lagi

salam sayang penuh kerinduan dari saya:

Wan Zainab Wan Abdullah.
o19-3071021

do contact me if u need me, my help. I'll be there for you. wassalamualaikum.