Pages

Friday, August 7, 2009

7 0gos 2009

Ahlan wasahlan wa marhaban bikum<
cakap arab sikit hari ni, coz esok ustazah bertugas untuk program jejak ulamak yang di khaskan utk pelajar KAA.

Hati dah terubat, luka kejap je, parut pun dah tutup dgn zikir rindu pada yang patut ku rindu, siapa ya??? rahsia???? tak. Tiada rahsia tentang rindu pada yang SATU. Mungkin segala yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin DIA nak mengajar sy bahawa berhati2 di lain masa. Jangan terlalu mengasihi hingga tiada ruang untuk perasaan benci. Betapa sukarnya untuk dimengerti. Tapi itulah hakikat hati. siapa tahu hanya Ilahi Rabbi. Segala rahsia bukanlah rahsia di sisiNYA. Mungkin juga DIA mahu sy muhasabah diri.

Kebencian itu hanya utk melawan nafsu dan syaitan dan orang yang menentang ISlam. kalian adalah kesayanganku. bagaimana bisa aku membenci biar apapu yg kalian lakukan. Akan ku balas dengan doa agar sentiasa dirahmati TUHAN. kalian bersamaku bukannya lama. hanya tahun ini. Tahun depan kalian bukan lagi bersamaku. namun tetap bersama dalam hatiku. Akan sentiasa ku rindukan kenangan bersama kalian.

Kalian adalah kenangan ku yang terindah di SMKKD10. Dan ku harap kalian akan tetap mengingatiku dan akan menghadiahkan dan sedekahkan bacaan Ayat suci Al-Quran buatku setiap kali kalian membaca kitab suci itu atau sekurangnya al-fatihah selepas solat. Alangkah damainya hati biar mungkin kita akan bertemu atau tidak akan bertemu lagi di masa akan datang. Ku halalkan segala ilmu yang ku curahkan. seandainya mata ini terpejam, jiwa ini sudah tenteram dan bibir ini akan sentiasa tersenyum kerana apa yg perlu telah ku laksanakan.

yang tinggal kini hanyalah harapan yang menggunung agar kalian akan memproleh keputusan yang terbaik dalam ujian terbesar tahun ini. Doaku yg ikhlas sentiasa mengiringimu kesayanganku. semoga berjaya dalam keredhaanNYA. Ku yakin dan percaya dengan janji Tuhan buat hambaNYA yg ikhlas. Seandainya kalian tahu nilai kasihku pada kalian, kalian tidak akan sesekali membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa berusaha mengingati segala ilmu yang telah dipelajari. Iya, terkadang manusia memang alpa. Maka kerna itu aku berserah padaNYA 100%. Ku serahkan kalian kpd ketentuanNYA.

ku mohon kemaafan andainya ada bicaraku yang tersilap, laku ku yang terkasar dan diluar kesedaran yang menyentuh hati kalian. ku harapkan jangan disimpan. Buang saja dari minda, agar antara kita tiada yang cela.

pesanku, ingatlah selalu, Allah tetap nombor satu, Rasulullah menyusul ditempat kedua, Ibubapa di tempat ketiga, guru ditempat keempat dan diri adalah yang kelima. Biar dimana dan kemanapun jangan lupa diri.

Perpisahan masih jauh tapi aku sudah merasa rindu pada kalian. Namun bagaimana akan ada pertemuan andai tiada perpisahan. dibumi mana pun kalian pijak, langit yang sama kalian akan junjung. al-Quran jadikan teman paling setia.

..............................................................................stop...................................................................................

Dah kering idea dah, cukuplah tu, sadis sangat. menitik lak airmata. he he. Ni mesti ada yang nangis masa baca ni kan....haaa.... tak nak ngaku. tu....merah mata kenapa???? tak payah nak ego, menangis kan adalah fitrah manusia. I can feel that....ur feeling whoever u r that read my word. he he he he....saja nak mengusik.....

Hmmmm dah senyum! good n sweet smile. i love to see ur smiling face. Make me feel so cool. cewaaahhh. eeee ape da melalut. well sometime we need to make ourself smile. right. May be other people think that it is crazy. yea....every normal people is crazy. tak percaya??? tengok ajelah berapa ramai sekrg ni manusia yg suka ckp sorang-sorang, ketawa sorang-sorang. lepas tu tgn letak kat telinga. betul tak...awak semua pun buat semua tu. time guna h/set tu.... hah hah hah.. astaghfirullahal azim. lupa diri lak. kena taubat cepat2.

sapa yang boring esok pegilah sekolah, ada program bahasa arab. kut nak dgr sekali.
Jgn lupa buat latihan yg saya suruh tadi ye.
hari isnin nak bincang.

cukuplah utk hari ni. c u on monday. my love my dear my honey ....child of 3 amanah. mmmuah...smile always....bye