Pages

Sunday, August 2, 2009

Alam di atas sana

ANDAI KU TAHU

CETUSAN INSPIRASI

Assalamualaikum buat anak didik yang tersayang,

semalam program cetusan inspirasi berlansung. Kelas awak ni ada 19 orang yang ikut. Alhamdulillah. Macamana seronok tak dapat bertemu sendiri dengan kak NIK NORMADIHAH pelajar cemerlang SPM 2008 dgn 20A. Doa ustazah agar kamu semua juga akan cemerlang seperti dia. Jangan ada sebarang alasan untuk berjaya, yang perlu ialah kemahuan yang diikuti dengan usaha, doa dan tawakkal. Hubungan dengan Allah jangan diputuskan sama sekali. Begitu juga hubungan dengan manusia lebih -lebih lagi dgn guru. Mesti hormat walau macamana kamu tak suka pun kerana guru adalah orang yg mencurahkan ilmu kpd kita. Ingat pesan kak MADIHAH tu.

Jadikan segala nasihat dari kak Madihah tu sbg peransang utk awak cemerlang nanti. Ustazah sentiasa doakan awak semua dapat 8 A. Tak ada yg mustahil disisi Allah. Awak kena yakin tu. Kejayaan dan kegagalan terletak di tgn Allah. Kalau kita mahu, usahakan, doa kpd Allah, serahkan kpdNYA 100% jgn ada keraguan kepada ketentuan Allah. InsyaAllah Allah akan makbulkan doa kamu semua.

Ustazah halalkan segala ilmu yg ustazah taburkan kpd kamu. Ustazah saaaayyyaaaannggg sgt kpd kamu semua. Lillahi Taala. Tak ada walau sebesar kuman dalam hati ustazah perasaan marah kpd kamu semua. Segala kesalahan kamu ustazah maafkan dan tak simpan dihati. All of u r my best friends. But do not go beyond the limit coz I am ur teacher. kamu bagaikan anak-anak saya, bestfriends saya, saya sentiasa bersedia utk mendengar apa saja yg kalian rasa nak luahkan. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Yakinlah dengan Allah.

"Firman Allah taala: "DAN MOHONLAH PERTOLONGAN DARI ALLAH DAN TUNAIKAN SOLAT. "

macam yang ustazah dok ingatkan kamu, solat jgn tinggal, jgn anggap remeh tentang solat. solat itu sendiri adalah doa.

"jangan putus asa daripada Rahmat Allah" Rahmat Allah itu amat luas. Jadikan kak MADIHAH contoh depan mata kamu dalam mengejar kejayaan. Belajar dengan niat Lillahi Taala untuk mencari kehebatan Allah dan redha Allah.

Jadikan selamanya Rasulullah s.a.w. contoh terbaik dlam mengejar kejayaan dunia dan akhirat. Setiap malam peruntukkan waktu selepas solat maghrib 10 minit utk baca Al-Quran secara istiqamah. penyucian hati dan jiwa akan menenangkan segala keresahan yang melanda di jiwa kamu. Zikrullah penawar segala penyakit hati yang tidak kita sedari. Subhanallah, wal hamdulillah wala ila ha illallah walllahu akbar. La haula wala quwwata Illa billahil aliyyil Aziiiiimmmmm. Laila ha illallah. Astaghfirullahal Azim.

kalian anak-anak yang baik. jagalah hati ibu dan ayah. jangan dilukai hati mereka. Ceriakan wajah mereka dengan senyuman, biarlah titisan airmata yangmengalir di pipi mereka adalah titisan airmata kebahagiaan bukan kelukaan.

Satu lagi yg kak MADIHAH pesan...sapa yang couple??? clash!!! ha ingat tu...kamu ni masih jauh lagi perjalanan hidup yg nak ditempuh kenapa dok menyibukkan diri dgn masalah cinta. nanti bila kamu dah establish ...kawin terus tak payah coupling2 ni. buat dosa ada. itu lah yg tak berkat tu. nak cari pahala tapi dlm masa yg sama buat dosa. camana tu??? dah lepas kawin nak dating mana pun tak ada sapa nak larang, nak kisah. nak pegang tgn ke apa ke...tak ada sapa nak marah. Allah pun tak marah.
kalau ada admire kat sapa-sapa tu simpan je dulu. nanti dah sampai masa pi la masuk minang. tak nak pinang nak kawin terus lagi bagus...ha....lagu tu cara islam ajarnya...pahamm????

Ini belum apa2 dah gatal nak bercinta. Lepas tu frust tertonggeng mulalah x de mood nak belajar, dok termenung buang masa, nak sujud pada Allah pun jadi malas. Perkara dosa ni menjauhkan kita dari Allah. kesimpulannya "KAMU FIKIRLAH SENDIRI."

Okeylah dah melambak dah nasihat ustazah utk awak semua tu. Kalau semua dapat 8 A straight ustazah belanja...nak mkn apa? tak kisah punya la. tapi jgn over budget lak....he he .
ok daaaahhhh . see u all on monday.