Pages

Sunday, July 12, 2009

kembali kepada fitrah

Assalamulaikum,
bicara bermula dengan bismillah, pohon berkat dari yang Esa, agar hidup dilimpahi rahmat selamat dunia selamat akhirat.

Fitrah kita asal adam dan hawa, saling memerlukan mendamaikan dunia, andai fitrah dilanggar oleh nafsu dan kejahilan nescaya hancur seluruh alam.

Fitrah kita bersih dan suci, suci jasmani suci rohani. Suci jasmani dengan mandi , suci rohani dengan zikir kepada Ilahi Rabbi.

fitrah kita sukakan kedamaian sukakan ketenangan. Andai fitnah dilanggar oleh hasad dengki serta umpat keji, nescaya rosaklah ketenangan binasalah kedamaian.

Fitrah kita adalah ISLAM. Ambillah Islam seluruhnya, amalkan ISLAM semuanya, sebarkan ISLAM seantero dunia. Andai islam kita tinggalkan, Hancur iman hancur kehidupan. Andai Islam kita ambil yang mana suka, rosaklah iman hilanglah keperibadian.

Dengarlah kata ku, terimalah teguranku, bukalah pintu hatimu, kerana fitrahmu adalah suci, kembalilah kepada kesucian. Kembalilah kepada Islam semuanya. Yakinlah, dan yakinlah dan yakinlah . kepada DIA yang PEMURAH lagi PENYAYANG. Kerana DIA tidak pernah memungkiri janjiNYA kepada kita.