Pages

Friday, June 28, 2013

Friday, May 10, 2013

SURAH AL-KAHFI

AMALAN SUNNAH HARI JUMAAT

DOA PAGI JUMAAT

LIMA PERSOALAN

AYAT HAFAZAN TINGATAN 1

hafiz cilik di cina

Thursday, March 14, 2013

salam rindu

ASSALAMUALAIKUM ,
Salam sayang dan rindu pada kalian..anak didik saya yg dah lama agak sepi. blog ini tetap menjadi teman kesunyian saya. bila teringat pada awak semua. memang saya rindukan saat-saat bersama awak semua yang macam-macam kerenah. saya cukup terhibur. walau dilanda bermacam masalah bila mengajar awak semua ..keresahan ,keserabutan dalam kepala hilang. hati saya jadi ceria. terima kasih kerana mengubat hati saya yang terluka dengan seribu jenis masalah ..yang hanya saya dan Allah saja yang tahu.

Apapun .terima kasih kerana memberi kerjasama sepanjang saya mengajar awak semua. saat itu memang saat mengajar paling indah dalam hidup saya. entah bila saya akan bersua dengan awak semua semula. mungkin bila ada di antara awak yang nak mendirikan rumah tangga....insyaAllah saya akan datang kalau dijemput..hu hu hu. yaaa..mungkin boleh buat reunion skali ....tapi sapa la yang akan kahwin dulu ek..dikalangan awak. ????hahaahah. saja je saya bergurau. kalau nak buat kenduri jangan lupakan saya ya!

Tahu 2013 ni awak semua dah mencapai umur 20 tahun...cepatnya masa berlalu. Saya mengajar awak semua masa tu umur 15 tahun. Lima tahun dah berlalu tapi segala kenangan bersama awak semua seperti masih baru....masih terbayang kenakalan di dalam kelas 3 amanah. SAYA RINDU SANGAT.

Mengajar di seksyen 4...sekarang ni...suasana tak seperti di seksyen 10. Disini saya merasa terlalu stress...bayangkan selepas seminggu saya mengajar disana...saya terpaksa ambil MC sebab kepala pening berpusing-pusing...muntah-muntah...kesan stress melampau. tak pernah saya alami masa di kd10. Terpaksa berurut lagi...urat tegang sangat. jiwa saya masih di kd 10. entahlah. nak buat macamana ..ujian dari ALlah. terpaksa mengajar sebelah petang pula tu. balik rumah dekat pukul 8 malam baru sampai. badan letih sangat. kena layan baby girl lagi...anak2 yg lain...sampai jer saya kat rumah..."Umi!! lapar..." rasa nak pengsan. memang penat sangat-sangat sangat. rasa macam pendek umur dah..hmmmm.

Saya ingat nak minta pindah ke MERU ke tahun depan. tak lah berdepan dgn masalah jam...sampai rumah lewat...welll. wait n see je lah. macamana ketentuan Allah.

Well...awak semua kebanyakannya dah masuk kolej, universiti...apapun..belajarlah rajin-rajin.Tuntutlah ilmu banyak-banyak. buat bekal dunia...dan AKHIRAT. jangan lupa. solat tuuuuu jaga ya!!! SAYA SAYANG AWAK SEMUA SAMPAI KE SYURGA.

JUMPA LAGI ,INSYAALLAH.

ASSALAMUALAIKUM