Pages

Thursday, August 13, 2009

13 ogos 2009

Assalamualaikum pembuka bicara, dari sudut hati seorang hamba yang hina, mencari keyakinan dalam sebuah perjuangan, perjuangan yang menuntut pengorbanan, pengorbanan tenaga, masa, dan jiwa.

Today, kelam kabut sikit, saya turun pegi bilik utiliti ingat kan kelas 3 amanah dah turun lamanya tunggu belum jugak turun, rupanya tengah tampal nombor kat meja. laaaa....ceramah tu dah nak mula. lastly nasib tak bertuah kelas awak tak dapat masuk, coz dah penuh. so bincang soalan akidah form 1. 2. aduhai, sedihnya, awak semua nampak tak bersedia lagi nak exam ni. belum baca lagi ke? tolonglah wahai anak-anaku sayang, janganlah buat saya kecewa. mintalah awak semua lulus dapat A. saya tak nak setakat lulus sahaja, lulus A. kelas awak harapan saya. kalau boleh kalahkan ADIL n AKTIF. Awak kena ada semangat nak kalahkan mereka tau. bukan cari gaduh tapi cabar mencabar dalam menuntut ilmu. itu berlumba positif namanya.

lepas rehat saya ada kelas dgn 3 cekal n cekap pulak. pegi kat kelas rupanya depa dok kat bilik utility pulak dgr ceramah menjawab exam BM. Then saya tgk kelas 3 amanah pun ada gak kat situ. kul 11.20 nanti ada exam seni visual. saya kena jaga 3 dedikasi n dinamik lak.

Then jam 12.30 ada tahlil, n solat hajat kat surau. lepas solat hajat ada jamuan kat bilik utiliti guru yang dapat Pangkat DG44 sponsor. Then solat zohor kat surau. lepas tu pegi library ajar Adam ngaji., Erni dapat cuti. Nizam lak balik. Zulkarnain ada datang , ulang hafazan surah Al-Baqarah. Then YB lak baca. Dah masuk juz ke tiga. dah lancar sikit dari sebelum ni. Adam lak yg banyak salah. Tak Pa belajar rajin-rajin ye Adam. InsyaAllah lama-lama lancarlah tu. jangan gopoh dah.

3.30 balik. tumpangkan Zul coz rumah dia dekat ngan nursery anak. sebelah je. kat seksyen 6. banyak juga peristiwa yg berlaku hari ni. Dayah demam teruk sampai bengkak2 coz dia allergic ubat. Syarif masih demam, mak dia call. Syay pun tak dtg coz masih demam. nampaknya kes H1N1 semakin kronik. Bilangan yang meninggal setiap hari bertambah.

Allahyarham Ustaz Asri vokalis kumpulan nasyid Rabbani meninggal jam 11 pagi tadi . sebab serangan jantung semasa sdg buat rakaman katanya kat RTM. Innalillahiwainna ilaihirajiun. AL-Fatihah. Semoga ronya ditempatkan dikalangan hamba yang soleh dan beriman. amin.