Pages

Wednesday, August 19, 2009

komen pendapat Hadzrin

assalamualaikum,
ni bebenornya nak komen pasal yg kata2 ustz baca kat blog Hadzin pasal Tok guru Nik aziz. so nak bagi faham sikitlah. buka minda luas-luas ye. Tu yg nak suruh nuntut ilmu agama tasawuf bagi dalam lagi tu.

Hadzrin , apa yg tv siar tu separuh je, macam biasa yang tv kerajaan buat, kata-kata tok guru siar separuh supya org hak tak faham agama akan salah faham apa yg tok guru Nik Aziz kata.

Tok guru tak kata dia yg menentukan ahli UMNO tak masuk syurga, tak semestinya juga ahli PAS masuk syurga. Semuanya bergantung kpd iman.
Cumanya apa yg tok guru kata yang UMNO tak leh masuk syurga sebab perjuangan dia memisahkan IMAN dgn ISLAM. Sebab apa UMNO berjuang atas dasar BANGSA bukan atas dasar AGAMA. Allah tak pandang perjuangan atas dasar bangsa, Allah pandang atas dasar keimanan dan ketakwaan yakni AGAMA. PAS dasar perjuangannya adalah AGAMA. Ini dari segi dasar perjuangan. jangan tengok kepada ahli atau pengikut. kalau ikut pas pun kalau tak sembahyang sama ja masuk neraka. Apa yg tok guru tegaskan adalah DASAR PERJUANGAN.

DALAM hal ini kita sama macam kita kena tengok ISLAM bukan tengok kpd ORANG ISLAM. Kalau tengok kepada org ISLAM kat Malaysia ni berapa kerat yg mengamalkan Islam sebagai cara hidup.

Beza PAS dgn UMNO adalah dasar perjuangan. kalau dah pisahkan IMAN dgn ISLAM macamana nak masuk syurga. Cuba jawab!!! Nak masuk syurga tiga perkara Allah tengok IMAN ,ISLAM DAN IHSAN. Perjuangan UMNO tak sepenuhnya. Hanya sebahagian saja syariat Islam diguna pakai. sedangkan islam wajib diambil sebagai cara hidup 100%. tak boleh apa yang kita rasa boleh buat kita ambil dan apa yang kita rasa tak boleh buat tak sesuai dengan nafsu kita maka kita ketepikan. mana boleh lagu tu.

memang tok guru tak ada hak nak menentukan siapa masuk syurga siap masuk neraka. Tapi kita yg ada akal sendiri boleh pikir tok guru tak kata pun yang dia yg menentukan UMNO tak masuk syurga. Tapi dasar perjuangannya itu menunjukkan begitu. boleh faham ka?

kalau dah judi yg haram dihalalkan , org Islam pula yg jadi pengerusi kat genting highland tu. nak masuk syurga macamana? Kalau dah arak tu haram kenapa sampai dibenarkan buka kilang arak dua tiga dan menjadi pengeksport pula ketiga terbesar di asia tenggara. Nak masuk syurga macamana kalau dah najis dicampur dgn nasi. boleh makan ke? Di mana iman org UMNO?

penguatkuasaan aurat.Kenapa tak boleh nak wajibkan semua perempuan islam tutup aurat sepenuhnya. bahkan pemimpin UMNO lah yang suka melihat model2 beragama Islam memperagakan bukan baju tapi tubuhnya. keraian yg dipenuhi dgn unsur maksiat siapa pelopornya. kalau bukan UMNO. Macamana nak masuk syurga kalau apa yang Allah LARANG tapi itu yg dibuat dan diagungkan sehingga diberi anugerah. Rasuah, siapa yang terlibat, menteri UMNO yg banyak terlibat tapi terlepas dari pengadilan. jenayah... berapa banyak pemimpin UMNO yg melakukanjenayah tapi terlepas kerana ISLAM tidak diletakkan di tempat yg sepatutnya. Seolah UMNO boleh beli ISLAM dgn rasuah kpd kehakiman. Macamana nak masuk syurga kalau macam itu cara hidupnya. Setakat nama saja islam, tapi perjuangan bukan ke arah islam yg syumul bagaimana Islamnya itu diterima Allah. cuba fikir dalam2.

Pengikut UMNO atau ahli UMNO yang menyokong perjuangannya mesti dapat saham juga diakhirat. Sebab dia sokong apa yg UMNO perjuangkan.

Betul tak kata TOK GURU. org UMNO tak leh masuk SYURGA. macamana nak masuk syurga kalau islam kata arak haram tapi UMNO kata tak apa kita bagi lesen, Islam kata judi haram , UMNO kata tak pa kita bagi lesen cukai kerajaan byk kutip. Islam kata haram bercampur lelaki dgn perempuan, UMNO kata tak apa kita jemput penyanyi dalam dan luar buat konsert. bagi campur lelaki permpuan, terpekik terlolong macam org tak sedar diri tgk program maksiat.

Hanya Allah yg berhak menentukan siapa masuk syurga siapa masuk neraka. tapi untuk masuk syurga pastinya Allah pilih org yg perjuangkan agamanya, perintahnya, dan menjauhi larangan nya. Takkan Allah nak pilih org yg berjuang atas dasar bangsa, org yg menghalalkan apa yg allah haramkan, hukum yg dijalankan bukan hukum islam.

Saya harap Hadzrin fahamlah sekarang. dalami lagi agama kita, agar tak keruan bila ditanya.

Pikirlah kenapa Allah turunkan bala influenza yang memang dahsyat.

18 ogos 2009

Assalamualaikum,

selamat malam semuanya, mudah-mudahan selamat betul la malam ni. saya rasa mesti semua tengah study spearuh mati ni. Kalau nak study kat exam ni pulun sakan dah tak de makne bebnornya. otak mana boleh paksa , Ilmu kalau nak masuk ke otak dia kena relax. slow n steady. sebab tu masa cikgu ajar kat kelas tu jgn main-main, fokus betul2. tak payah pergi tusyen pun.

Yb ...YB study sejarah la cakap nak study sampai kul 3 pagi... sy dah cakap dah. jangan. buat jugak la tu. kalau nak study tidur awal. kul 9 ke kul 10 ke then bangunlah jam 3 pagi ke 4 pagi ke, masa tu jiwa , masa semua tenang. Rahmat pun banyak turun masa tu, kalau study gerenti macam mesin potostate ingat semua.. tak caya ? cuba buat. tgk Yb apa dah jadi. study sakan . tut tut bangun tidur kul 9. Dah tak dtg exam. lewat bangun, tak sedae ngantuk sangat. kan dah rugi tu.

Afiqah nak buat macamana coz doktor suruh dia rehat sampai jumaat. Rehat je lah Fiqah ooi. nanti lepas cuti pulun la jawab exam sorang-sorang. Redha je lah dgn takdir Allah. Ada hikmahnya tu. Apa Yg Allah buat tak de yg sia-sia . cayalah.

Hari ni sy buat kejutan kat sekolah. pegi sekolah siap pakai purdah. ha ha. daripada dok pakai mast tu melemaskan sy, tak puas nak bernafas, balik sekolah semalam saya jahitlah purdah tu. kan senang pakai, tak ada la dok sedut balik karbon dioksida yang dilepaskan bila kita lepaskan nafas. Ramai cikgu yang berminat nak pakai jugak. Penangan purdah saya...seronoknya rasa.

Itulah hikmahnya kenapa islam suruh pakai purdah. boleh mengelakkan jangkitan penyakit melalui pernafasan.

Berita pagi tadi agak mengejutkan. Katanya Gelombang kedua influenza H1N1 akan menyerang dgn lebih hebat lagi pd bula 10, 11 dan 12 coz masa tu musim hujan so bakteria cepat membiak. Ya Allah minta jauhlah dari terkena bala ni.

Awak semua kalau boleh pakailah selalu topeng tu.. untuk jaga kesihatan jgn sampai bila dah terkena baru nak pakai. malang la tu.

exam trial jawab elok2 ye. hati2 semasa menjawab. Good luck utk awak semua. bye-bye.