Pages

Sunday, August 16, 2009

05 ogos 2009

assalamualaikum buat anak didik yg saya sayangi,

harap semuanya sihat. Tapi hari ini, petang tadi ustazah terima panggilan dari mak afiqah beritahu dia diberi cuti sampai hari jumaat oleh doktor. coz demam. Teruk tu kalau sampai seminggu. dahlah nak trial dah esok.

So yang mana saya ada nombor tu sy sms la minta doakan Fiqah spy cpt sembuh. sayang time exam ni. Yb lak buat lawak minta supaya ditunda je trial coz katanya tak cukup buat revision. Alahai Yb nak revision banyak mana lagi saya tengok awak ni dengan buku je, kalau org lain tu sy risau gak la. tapi awak yang kuat study ni yg risau x cukup revision. Ini la yangterbalik sebenarnya. Beza cara pikir org pandai ngan org tak pandai. Org tak pandai tak de nyer nak risau. dah habis study ke ke belum ke buat dek je macam dah habis hafal dari kulit ke kulit. isinya zero.

So wahai anak didikku sayang, kena rasa risau , coZ itu akan memberi motivasi agar study lebih kuat lagi. Tapi jgn study sampai tinggal solat. tak de maknanya, study sampai tak tidur malam tapi solat tak laksana.

Ingat, hubungan dgn Allah paling utama kena jaga. Baca Al-Quran sekurang-kurangnya 10 ayat setiap hari atau malam. kerana seandainya kalau dlm satu hari kita tak baca sekurang2nya 10 ayat kita sudah dikira termasuk dlm golongan yang lalai. Wal Iya zubillah min zalik.

Exam esok, buka soalan dgn bismillah, baca soalan semua sekali sepintas lalu, then barulah pergi satu persatu, fahamkan betul2 kehendak soalan jgn gopoh menjawab. Gunakan masa sebaik mungkin.

saya doakan kamu semua dicampakkan ketenangan ke dalam hati kamu semasa menjawab soalan dan diterangkan hati agar dapat menjawab soalan dgn mudah.

Amalkan doa ini" ALLAHUMMA LA SAHLA-ILLA-MA -JA-ALTAHU SAHLA, WA ANTA TAJ-ALUL-HUZNA -IZA SYI'TA SAHLA. (HADIS SAHIH MUSLIM)
"MAKSUDNYA" Ya Allah tidak ada perkara yang mudah melainkan apa yang ENGKAU jadikan ianya mudah, dan ENGKAU menjadikan kesedihan itu apabila ENGKAU mahu Menjadi mudah."

semoga berjaya dalam rahmat dan redha Allah. amin.