Pages

Thursday, July 23, 2009

BIG BANG


GAMBAR ini menunjukkan mesin yang Large Hadron Collider yang digunakan untuk menguji teori Big Bang.


LONDON - Sekumpulan saintis memfailkan permohonan di sebuah mahkamah di Eropah untuk menghentikan satu eksperimen bersejarah bagi merungkai rahsia teori Big Bang kerana bimbang boleh menyebabkan Bumi musnah, lapor sebuah akhbar semalam.


Eksperimen menelan belanja sebanyak £4.4 bilion (RM27 bilion) itu bertujuan untuk merungkai misteri kejadian alam semester.


Bagaimanapun, para saintis bimbang, selain memperoleh maklumat penting berhubung kewujudan kehidupan, uji kaji paling besar dalam sejarah dunia itu mungkin menjadi punca hari kiamat.

Dalam eksperimen tersebut, beberapa saintis membina satu mesin yang dikenali sebagai Large Hadron Collider dan uji kaji itu akan bermula dalam tempoh sembilan hari lagi.


Namun, beberapa saintis bimbang mesin yang dibina di bawah tanah di sempadan Perancis dan Switzerland itu akan mewujudkan satu lubang hitam yang akan menelan bumi.


Mesin itu akan menghentam partikel-partikel sub-atom pada kelajuan cahaya bagi mewujudkan situasi yang berlaku tidak lama selepas kewujudan alam semester.


Seorang pakar Jerman, Profesor Rossler berkata, Pertubuhan Eropah Untuk Penyelidikan Nuklear mengaku bahawa projek itu akan mewujudkan lubang hitam.


Wakil kumpulan saintis yang mencabar uji kaji itu, Otto Rossler berkata, mesin itu akan mewujudkan beberapa lubang hitam kecil tetapi dalam tempoh empat tahun ia akan mengembang sehingga menelan bumi.

Allah Mencipta Bumi dan Semesta ini Melalui "Big Bang"?

The Large Hadron Collider (LHC) is the world's largest and highest-energy particle accelerator complex, intended to collide opposing beams of protons (one of several types of hadrons) with very high kinetic energy. Its main purpose is to explore the validity and limitations of the Standard Model, the current theoretical picture for particle physics. It is theorized that the collider will confirm the existence of the Higgs boson. This would supply a crucial missing link in the Standard Model and explain how other elementary particles acquire properties such as mass.


Akhirnya pada tanggal 10 September, saintis2 ini telah melakukan eksperimen mereka yang pertama, iaitu eksperimen untuk mengesahkan teori "big bang" yang menakrifkan kejadian bumi adalah berpunca daripada perlanggaran partikel2/zarah2 hardon jutaan tahun yg lampau.

Ramai yang mempertikaikan kajian ini dengan bermacam-macam alasan termasuk akan memusnahkan bumi, memberi kesan buruk pada manusia....sehinggalah ke kelompok yang melabelkan kajian ini sebagai sesat bertujuan untuk mencabar kejadian Allah yang menciptakan keseluruhan alam semesta ini.


Namun bagi aku, kita sepatutnya melihat kajian ini dari sudut yang amat positif. Sebagai seorang Islam, aku memang yakin yang Allah jua yang menciptakan semesta ini, tapi kita tidak boleh menolak mentah2 akan cara kejadiannya. Mungkin betul bumi terhasil akibat letusan kuat di cakerawala (big bang)....itu rahsia Allah. Semua ini tidak mustahil bagiNya. Ini bertepatan dengan Surah Al-Hadiid (besi) ayat 25:

"Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa."


Para Saintis Islam dan barat bersetuju bahawa besi dan logam amnya bukanlah unsur asal dari bumi, tetapi logam datangnya dari letusan dari sumber selain bumi, kemudian logam ini menghentam bumi dan menghasilkan taburan jisim, jenis dan kualiti berlainan, mengikut kesesuaian geografi dan suhu penyejukan tempat tersebut.

Saintis juga meramalkan bahawa pembentukan bumi juga berlaku sedemikian, iaitu terdapat satu letupan yang kuat yang dikenali sebagai BIG BANG. Letupan yang dasyat itu menyebabkan berlakunya hentaman unsur-unsur seperti silica (pasir, batu dll), logam (besi, kuprum, emas dll) dan segala unsur-unsur kimia (rujuk jadual berkala unsur kimia) yang kedapatan di bumi pada hari ini beserta dengan gas.

Tidak salah untuk mempercayai bahawa bumi ini diwujudkan oleh Allah hasil dari letupan dasyat atau dikenali BIG BANG, kerana Allah berkuasa melakukan segala-galanya. Jadi, maka jadilah. Jika diperhalusi, teras bumi kita masih lagi panas dan cair, menyerupai lahar gunung berapi atau lebih tepat seperti cairan logam dan gas yang terbakar dipermukaan matahari.


Dalam Surah Al-Anbiya' ayat 30...Allah berfirman:

“Apakah orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya bercantum satu kemudian Kami pisahkan (letupkan) antara kedua-duanya.”

Menurut teori 'big bang', alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlakulah satu letupan yang kuat ( cosmix explotion ) 10 hingga 20 bilion tahun yang lampau, yang dinamakan 'big bang'.

Sejak itu berlakulah pengembangan dan penyejukan ( expending and cooling ) sehingga akhirnya lahirlah bintang-bintang, galaksi dan seumpamanya.

Teori ini pada asalnya diasaskan dari formula General Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915. Kemudian, pada tahun 1922, seorang pakar fizik Rusia, Alexandar Friedmann mengembang dan mengukuhkan lagi teori ini. Pada tahun 1929, Edwin Hubble menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori 'big bang'. Dengan menggunakan alat yang canggih, beliau mendapati alam ini sedang mengembang.

Dalam Surah Az-Dzariyat, ayat 40...Allah berfirman:

"Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya."

So kalau benar2 la bumi dan semesta ini terhasil akibat big bang, ia adalah satu keajaiban ciptaan Allah yang menguasai seluruhnya. Sekiranya kajian ini berjaya, ia hanya akan mengesahkan lagi keEsaan Allah SWT yang telah menceritakan kejadian ini di dalam Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu. Ia juga akan meguatkan yang Al-Quran adalah mukjizat Muhammad SAW yang sentiasa sesuai sepanjang zaman, hinggalah ke hari kiamat.




Semoga para saintis hebat ini akan menerima hidayah Allah melalui kajian mereka yang mengkagumkan ini, sepertimana ramai pengkaji hebat yang lepas, yang akhirnya mengakui keEsaan Allah SWT melalui kajian/eksperimen yang mereka lakukan. Amin.........

BERTEMU LAGI

Assalamualaikum buat anak didik tersayang
dah dua hari ustazah tak jenguk blog, tak de kesempatan, suami guna laptop. so rehatlah dulu.
Dua hari tak masuk kelas awak rasa rindu dengan keletah awak semua.

Kenakalan fedoz, aiman, aizat, syafiq, rasydan, wan, nisah, @ shay...selalu membuatkan saya rindu utk masuk kelas. Dan ianya tak membuatkan saya rasa nak marah pun. kalau kelas lain dah lama saya mengamuk rasanya.

Awak semua adalah anak didik@ my best friend ever ....paling best...cayalah...
well nita!! how's ur mom now? I hope she will think twice...I hope she will come back to the root of reality. Juat be patient. I love u baby, no matter what...If u need me I'll be ur shoulder to cry on. U R NOT ALONE. COZ I AM HERE FOR U, THOUGH U FAR AWAY, I AM HERE TO STAY... U R NOT ALONE...

aDAM JGN lupa bawak madu 2kg esok ek! ustz dah seminggu abis stock kat rumah ni...tak leh hidup x de madu. nak cari pahala amal sunnah Rasulullah sambil menikmati kelazatannya...hmmm sedapnyaaaa...

Nak tahu kenapa, saya sayang kat awak semua, sebab walau pun nakal tapi bila belajar agama awak semua beri comittment, n bila exam markah tak pernah kecewakan saya. Kalau ada yang x committed pun sorang dua je...tapi yg paling penting exam markah semua lulus.

Apapun saya harap ayat hafazan tu terus amalkan, buat bacaan dalam solat, tukar dari asyik dok baca Qulhuwallah je... bacalah ayat hafazan tu...kan bagus.
ayat hafazan ni kalau tak amal dia boleh lupa...nanti Allah marah lak...jadi jgn hanya hafazan krn nak lulus exam je yer...

Saya hajat nak buat amali solat esok kat surau. so pegi surau la h esok saya nak betulkan solat awak yg tak betul tu, sapa-sapa yg online mlm ni n baca notis ni tolong sampaikan kat kawan2 ok.
well I think that' s all for tonite. c u 2 mor row...I miss u all everyday n nite...best luck in PMR. I think all of u r very lucky coz PMR is on my 38 birthday . N on Sh. aysha Amira birthday too. We share the same date. Well aysha good luck . try ur best. I know u can grab 8 A.
I hope verymuch all of u will get 8 A's in PMR. I hope my dream will come true.Amin...
assalamualaikum n good nite . Have a sweet dream...bye my lovely best friends...of the year...