Pages

Wednesday, September 30, 2009

coretan selepas raya



"Saja,,,he he dah lama tak bergaya... dengan baju raya...

Assalamualaikum!
buka sekolah bila dah lepas cuti ni rasa...alahai bercintanya nak pegi sekolah...sabar je...malasnya nak bersiap, kalut ngan anak lagi, bila dah ke sekolah tu tau sajalah, keje menimbun sedang menanti, kertas exam gerak gempur tak siap check lagi...betapa malasnya....hilang semangat nak check dah tambah lagi bila awak semua dapat markah purata B je...

kan dah cakap buka je sekolah memang sedia dah keje menanti. hari Jumaat ni nak buat program khatam Quran, saya ajk pengurusan peserta. lepas rehat, jadual program bermula. kul 6 petang lak ada solat hajat perdana kat masjid Kota Damansara, utk kelas peperiksaan, gabung ngan seksyen 4. Nasib baik saya tak masuk jdi ajk, tapi kena juga buat keje utk solat hajat. dahnya pengetua minta tolong . tolong je lah. perkara baik tak leh berkira coz yg dapat pahalanya kita. betul tak? tak kisahlah ada nama ke tak de nama ke jadi ajk. yg penting kita tolong org buat kebaikan. itu memang prinsip hidup saya. buat baik selagi hidup, sebab nak cari redha Allah. kalau dah mati tak leh wat pe dah. tunggu balasan yg kita buat masa hidup atas muka bumi ni lah.

Then hari isnin depan lak ada program semarak raya, saya jadi ajk sediakan tikar kat dewan terbuka, sebagai tempat bermain permainan dalaman. siapa nak tolong saya, saya belanja minum kat kantin. Tikar tu nak hamapar kul 8 pagi. siapa yang nak tolong saya esok bagitau saya ok.

Tadi saya dgn syey dan Adam pegi Pizza hut nak survey camana nak but majlis perpisahan nanti. so nampaknya game tak ada, tapi kita buat cabutan bertuah. mula kul 11, tapi awak semua kena pegi 10. 30 la pagi la. hari sabtu 17 oktober. boleh sambut besday saya sekali. walaupun dah belated. nanti saya bawa kek sebiji. makan ramai2. ok lah tu.
belanja la adam n syey makan pizaa yg utk satu orang tu...he he. ikut budjet tu dalam RM 500 gaknanti makanan tu. tapi semua akan dapat buah tangan special. duit awak semua gak kan. anyway yang belum byr duit kelas tu tolong bayar ye...Fazera!!! please bagi comittment.

lama gak kat Pizza hut, bersembang ngan adam n syey hal kelas pun ada. segala gosip keluar. saya tukang dgr n tukangbagi komen. kul 3 pm baru pegi htr adam n syey balik. SAYA AKAN RINDUKAN AWAK SEMUA.... tahun depan tak tahu leh sembang macam ni lagi ke tidak. pastinya dah tak sama. awak dah tak jadi anak2 jagaan saya...kalau ada yang tak pindah n pegi MRSM ke SBP ke mungkin boleh lagi sembang. cuma masa la yg tak sama dah.,

PMR buat Yang Terbaik !!! Please...Saya nak tengok awak semuaaaaaaaaaaaaannyaaaaaaaaa dapat A. harap sangat ni....kelas yg lain tu saya tak letak harapan tinggi tapi kelas awak...memang sy target. please do not dissapoint me... ok

suami saya nak guna lak PC ni. menulis novel awal remaja. so saya kena stop dulu lah...ok.. bye. study smart not just hard. I BELIEVE ALL OF YOU CAN DO IT. CONFIENT WITH YOUR SELF. Bye...tata titi tutu. assalamualaikum...good nite n sweet dream.