Pages

Monday, December 14, 2009

The nakal boys at class



BOYS yang nakal kat kelas...miss u boys. Tahun depan tak leh buat lawak dah, Haqeemi...just hati2 bila bercakap, tak semua org suka dgn cara kita bercakap. Aiman: harap tabah dengan setiap dugaan hidup so as Firdaus. Ur mom loves u. habib : Jangan terlalu menyimpan what's in ur heart n mind coz it will explode one day and will destroy you. Afnan: Be brave ok, you have to search ur self confidence within you. Open your mind to the world outside. luqman : just be yourself.

Ya rasulullah , kami rindu padamu

Mencintaimu Kerana Allah...



Dari Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,


"Sesungguhnya seseorang ingin mendatangi saudaranya di sebuah desa. Kemudian Allah mengirimkan Malaikat untuk mengawasi perjalanan orang tersebut.

Malaikat datang kepada orang tersebut dan bertanya,
'Kemanakah kamu ingin pergi?'

Orang tersebut menjawab,
'Aku ingin mendatangi saudaraku di desa ini.'

Malaikat bertanya,
'Apakah ada keuntungan yang kamu usahakan?'


Orang tersebut menjawab,
'Tidak, hanya saja aku mencintainya kerana Allah SWT.'


Malaikat tersebut berkata,
'Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu untuk mengatakan bahawa Allah telah mencintaimu seperti kamu mencintainya.'
(HR. Muslim)

Friday, November 27, 2009

Pahala Disisi Allah...



Dari Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,

"Sesungguhnya Allah SWT berkata pada hari kiamat, 'Wahai anak Adam, Aku sakit tetapi tidak kamu jenguk. Anak Adam tersebut bertanya, 'Bagaimana aku menjenguk-Mu, Engkau adalah Tuhan semesta alam.' Allah berkata, 'Tidakkah kamu tahu bahawa ada hambaku yang sakit lalu kamu tidak menjenguknya? Tidakkah kamu tahu seandainya kamu menjenguknya, kamu akan menemui (pahala)-Ku disisinya.

'Wahai anak Adam, Aku meminta makan kepadamu tetapi kamu tidak memberi-Ku makan.' Anak Adam bertanya, 'Bagaimana aku memberi-Mu makan? Sedang Engkau adalah Tuhan semesta alam.' Allah berkata, 'Apakah kamu tidak tahu ada hamba-Ku yang meminta makan kepadamu lalu kamu tidak memberinya makan? Apakah kamu tidak tahu seandainya kamu memberinya makan, kamu akan menemui (pahala) memberi makan di sisi-Ku.


'Wahai anak Adam, Aku meminta minum kepadamu tetapi tidak kamu beri minum.' Anak Adam bertanya, 'Bagaimana aku memberi-Mu minum? Sedang Engkau adalah Tuhan semesta alam.' Allah berkata, 'Ada hamba-ku yang meminta minum kepadamu tetapi tidak kamu beri minum. Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu memberinya minum kamu akan menemui (pahala) memberi minum disisi-Ku.'"

(HR. Muslim)


*__* Selamat Hari Raya Aidiladha..=) *__*
Semoga kita dapat mempertingkatkan amalan dengan berbakti,menyumbang dan bersedekah serta melakukan amal-amal kebaikan di jalan Allah bagi mendapat pahala di sisi-Nya.

Monday, November 23, 2009

Syukur Atau Kufur Nikmat?


Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi dianggap sebagai kufur nikmat."
(HR. At-Tabrani)

Bersifat Tawadhuk..


Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan kamu semua bersifat tawaduk sehingga tidak ada seseorang pun yang merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain."
(Riwayat Muslim)

Friday, November 13, 2009

Al-Quran Pelita Hidupku...


Rasulullah SAW bersabda:-
"Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitabullah, maka baginya satu kebaikan dan kebaikan itu dilipatgandakan menjadi sepuluh kali. Tidaklah aku mengatakan, 'Alif laam miim' itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, laam satu huruf dan miim satu huruf."
(HR. Tirmidzi)

Monday, October 05, 2009

Makan dan Minum Bersama Syaitan!!


Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis bahawa Muhammad ibn 'Ubayd telah menceritakan kepada kami, 'Abdullah ibn Umar telah menceritakan kepada kami daripada Nafi' daripada Ibn 'Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda,
"Janganlah kamu makan dan minum menggunakan tangan kiri kerana syaitan makan dan minum menggunakan tangan kiri."
(HR. Imam Ahmad)


Imam Ahmad meriwayatkan melalui hadis Ismail ibn Abu Hakim daripada Urwah daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda,
"Barangsiapa yang makan menggunakan tangan kiri, sesungguhnya dia makan bersama syaitan. Barangsiapa minum dengan menggunakan tangan kiri, sesungguhnya dia juga minum bersama syaitan."
(HR. Imam Ahmad)


Imam Ahmad berkata bahawa Muhammad ibn Jaafar telah menceritakan kepada kami, Shu'bah relah memberitahu kepada kami daripada Abu Ziyad al-Tahan yang mendengar Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa beliau telah mendengar daripada Nabi SAW bahawa,
"Baginda telah melihat seorang lelaki yang minum sambil berdiri. Lalu baginda menegur lelaki itu dengan bersabda, "Awas!" "Kenapa?", tanya lelaki itu dengan nada terkejut. Nabi SAW menjawab, "Adakah engkau suka jika engkau minum dengan seekor kucing betina?" "Tidak," jawabnya. Sambung Nabi SAW lagi, "Sesungguhnya ketika kamu minum tadi, ada makhluk yang lebih buruk daripada kucing telah minum bersama kamu iaitu syaitan."
(HR. Imam Ahmad)


Imam Ahmad juga telah meriwayatkan bahawa 'Abd al-Razzaq telah menceritakan kepada kami, Ma'mar telah menceritakan kepada kami daripada al-Zuhriy daripada seorang sahabat daripada Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
"Jika seseorang yang minum sambil berdiri, tahu apa yang ada di dalam perutnya nescaya dia akan muntah kembali."
(HR. Imam Ahmad)


Imam Ahmad berkata bahawa Musa telah menceritakan kepada kami, Ibn Lahiah telah menceritakan kepada kami daripada Ibn Zubayr bahawa beliau telah bertanya kepada Jabir, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
"Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya sendiri, lalu dia menyebut nama Allah SWT ketika dia masuk dan ketika dia makan, syaitan akan berkata (kepada kaumnya), "Kamu tidak dapat tinggal dan makan disini." Apabila lelaki itu masuk ke rumahnya tanpa membaca nama Allah SWT, syaitan akan berkata (kepada kaumnya), "Kamu dapat tinggal dan makan di sini." Jabir berkata, Ya! Benar katamu itu."
(HR. Imam Ahmad)

Sunday, September 06, 2009

Gambaran Melihat Sesuatu Yang Tidak Dapat Dilihat


Imam Ahmad telah meriwayatkan hadis bahawa, Abu Muawiyah telah menceritakan kepada kami, al-'Amash telah menceritakan kepada kami daripada Abu Hurairah r.a. yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

"Sesungguhnya Allah SWT memiliki malaikat yang sentiasa mengembara (ke hulu dan ke hilir) di atas bumi ini untuk mencatatkan amalan manusia. Apabila mereka mendapati sesuatu kaum itu sedang berzikir memuji Allah SWT, mereka akan berseru, "Kemarilah untuk mengambil kehendak kamu!" Lalu mereka (manusia) pergi bersama-sama malaikat ke langit dunia.


Allah SWT lalu berfirman: "Apa yang dibuat oleh hamba-hambaku sepeninggalan kamu?" Malaikat menjawab, "Kami tinggalkan mereka dalam keadaan memuji-muji dan mengagungkan-Mu."


Allah SWT bertanya lagi: "Adakah mereka melihat Aku?" "Tidak!" jawab malaikat. Allah SWT berfirman menyoal lagi; "Bagaimana jika mereka dapat melihat Aku?" Malaikat menjawab, "Jika mereka dapat melihat Engkau, nescaya mereka akan lebih ghairah untuk bertasbih, bertahmid dan berzikir."


Allah SWT berfirman: "Apakah yang mereka mahu sebenarnya?" Malaikat membalas, "Mereka mahukan syurga." Allah SWT bertanya, "Adakah mereka pernah melihat syurga?" Malaikat menjawab, "Tidak!" Allah SWT menyoal lagi: "Bagaimana jika mereka dapat melihat syurga?" Malaikat menjawab, "Jika mereka dapat melihat syurga, nescaya akan tambah-tambahlah keghairahan dan kemahuan mereka."


Allah SWT bertanya lagi, "Mereka meminta perlindungan daripada (kecelakaan) apa?" Malaikat memberitahu, "Daripada kedurjanaan api neraka?" Tanya Allah SWT lagi, "Adakah mereka pernah melihatnya?" Malaikat menjawab, "Jika mereka melihatnya, nescaya mereka akan lebih kuat menjauhkan diri daripadanya dan bertambah takut kepadanya."


Allah SWT mengakhiri dialog panjang ini dengan firman-Nya: "Aku (Allah SWT) mahu kamu menjadi saksi bahawa Aku telah ampunkan dosa-dosa mereka!" Allah SWT berfirman lagi: "Dalam kalangan mereka ada seorang lelaki yang sering melakukan kesalahan. Dia tidak ingin menyertai mereka tetapi ada hajat sendiri. Allah SWT berfirman: "Mereka adalah kaum yang tidak akan turut celaka kerana seseorang yang (buruk) bersama mereka."

(HR. Imam Ahmad)
*Hadis ini turut diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim*

Thursday, September 03, 2009

Kelembutan Hati Rasulullah SAW


Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis, bahawa Abdullah ibn Yusuf telah menceritakan kepada kami, Ibn Wahb telah menceritakan kepadaku, Yunus telah menceritakan kepada kami daripada Ibn Shihab, Urwah telah menceritakan kepadaku, bahawa Aisyah r.a. telah bertanya kepada Rasulullah SAW:

"Adakah kekanda pernah mengalami suatu hari yang lebih dasyat daripada hari Uhud (Perang Uhud)?" Nabi menjawab, "Sesungguhnya aku pernah menemui segolongan daripada kaumku. Hari yang paling teruk ialah pada hari Aqabah (Perjanjian Aqabah) sewaktu aku mengemukakan seruan kepada Ibn 'Abd Yalil Ibn 'Abd al-Kilal, dia tidak mahu menyahut seruanku.

Lalu aku berjalan dalam keadaan dukacita menuju ke satu sudut. Tanpa aku sedari aku telah sampai Qarnal Tha'alib. Ketika aku mendongak ke langit, tiba-tiba awan telah menaungiku. Aku melihat Jibril a.s. berada di dalamnya. Ia pun memanggilku dan berkata, "Sesungguhnya Allah SWT telah mendengar percakapan kaum tuan dan keengganan mereka menerima tuan. Tuhan telah mengutus malaikat penjaga gunung kepada tuan supaya tuan memerintah mereka melakukan apa sahaja yang tuan kehendaki!"

Malaikat penjaga gunung memanggilku sambil memberi salam kepadaku dan berkata, "Wahai Muhammad! (Kemudian ia berkata seperti kata-kata Jibril), terserah kepada tuan, apa yang tuan kehendaki, kalau tuan mahu saya boleh himpit mereka dengan dua buah gunung."

Nabi SAW bersabda, "Tidak! Aku hanya berharap Tuhan akan melahirkan seorang keturunan mereka yang hanya menyembah Allah SWT semata-mata, tidak mempersekutukan Tuhan dengan sesuatu apa pun."
(HR. Bukhari)

Wednesday, September 02, 2009

Makhluk Allah Paling Hebat!!


Imam Ahmad telah meriwayatkan hadis daripada Yazid yang telah menceritakan kepada kami, al-'Awwam ibn Hawshab ibn Abu Sulayman daripada Anas ibn Malik, Rasulullah SAW bersabda:

"Allah SWT menciptakan bumi ini, pada mulanya ia bergoncang, lalu diciptakan gunung-ganang agar menjadi mantap dan kukuh. Para malaikat berasa kagum terhadap kejadian gunung-ganang itu bertanya, "Wahai Tuhan kami, adakah makhluk-Mu yang lain yang lebih hebat daripada gunung-ganang itu? "Ada, ia adalah besi," jawab Allah SWT.

Malaikat bertanya lagi, "Wahai Tuhan, adakah terdapat makhluk-Mu yang lain yang lebih hebat daripada besi?" Allah SWT menjawab, "Ada, ia adalah api."


"Adakah yang lebih hebat daripadanya?" Ya, ia adalah angin," jawab Allah SWT.


Para malaikat masih belum berpuas hati. Mereka bertanya lagi, "Selain angin adakah lagi yang lebih hebat?"
"Ada", jawab Allah SWT: "Itulah anak Adam (manusia) yang bersedekah dengan tangan kanannya dan menyembunyikan sedekah itu dari tangan kirinya."
(HR. Imam Ahmad)

Tuesday, July 21, 2009

Bacalah Al-Quran!!


Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Bacalah al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaitu surah al-Baqarah dan Ali-Imran, kerana kedua-duanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh berkat manakala dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir)."
(HR. Muslim)

Tuesday, July 07, 2009

Solat Taubat...


Daripada Saidina Abu Bakar r.a. katanya, "Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda,
'Sesiapa yang melakukan dosa, kemudian dia mengambil air sembahyang, seterusnya bersembahyang dua rakaat dan beristighfar maka diampunkan baginya dosa tersebut.'
Kemudian baginda membaca ayat 135 surah Ali Imran yang bermaksud,
'Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka. Sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah. Mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salah dan akibatnya)."

(HR. Tirmizi)

Sunday, July 05, 2009

Allah Maha Pengampun (Al-Ghaffaar)


Daripada Anas bin Malik r.a. katanya, "Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda,
'Allah yang Maha Tinggi berkata,
"Wahai anak Adam, selama mana kamu meminta kepadaKu dan mengharapkan kepadaKu, selama itulah Aku mengampunkan dosamu yang telah lalu dan Aku tidak pedulikan lagi dosa itu. Wahai anak Adam! Kalaulah dosa sampai setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun daripadaKu, akan Aku ampunkan kamu dan Aku tidak akan pedulikan lagi dosa itu. Wahai anak Adam! Kalaulah kamu datang kepadaKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi tetapi kamu tidak mensyirikkan Aku, Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh isi bumi."

(HR. Tirmizi)

Monday, June 29, 2009

Menjaga Kebersihan Diri!!


Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaubat dan mengasihi orang-orang yang menjaga kebersihan."
(Surah Al-Baqarah:222)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah itu Maha Wangi dan suka sesuatu yang wangi. Allah itu Maha Bersih dan suka sesuatu yang bersih. Allah itu Maha Mulia dan suka orang yang mulia. Allah itu Maha Pemurah dan suka orang yang pemurah. Oleh itu, saudara sekalian bersihkanlah diri kerana saudara ini berserabut. Janganlah saudara menjadi seperti orang-orang Yahudi."
(HR. Tirmizi)

Sunday, June 28, 2009

Gugurnya Dosa!!


Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila seseorang hamba Allah yang beriman mengambil wuduk, lalu dia membasuh mukanya, maka gugurlah segala dosa yang dilakukan oleh matanya daripada wajahnya, bersama-sama titisan air wuduk itu, atau bersama titisan terakhir air wuduk itu. Jika dia membasuh kedua-dua tangannya, maka gugurlah segala dosa yang dilakukan oleh tangannya, bersama-sama titisan air wuduk itu, atau bersama titisan terakhir air wuduk itu. Jika dia membasuh kedua-dua kakinya, maka gugurlah segala dosa yang dilakukan oleh kakinya, bersama-sama titisan air wuduk itu, atau bersama titisan terakhir air wuduk itu. Sehingga apabila selesai berwuduk, dia sudah bersih daripada sebarang dosa."
(HR. Muslim)

Saturday, June 27, 2009

Mencari Harta Dunia!!


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya daripada meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah SWT dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam."
(HR. At-Tabrani)

Thursday, June 25, 2009

Peliharalah Wanita Dengan Baik....


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Peliharalah wanita itu dengan sebaik-baiknya, sebab sesungguhnya wanita dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas sekali. Maka jika kamu cuba meluruskannya nescaya ia akan patah. Dan jika kamu biarkan saja maka ia akan tetap bengkok. Sebab itu peliharalah wanita dengan baik."
(HR. Bukhari dan Muslim)

Solat Yang Paling Berat!!


Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya sekalipun dengan merangkak. Sungguh, aku ingin menyuruh mengerjakan solat, lalu solat itu ditegakkan, kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami solat bersama orang ramai. Kemudian beberapa orang lelaki berangkat bersamaku dengan membawa kayu yang diikat, mendatangi suatu kaum yang tidak menghadiri solat berjemaah, sehingga aku bakar rumah mereka."
(HR. Bukhari dan Muslim)

Tuesday, June 23, 2009

Jagalah Allah!!


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Ahmad disebutkan bahawa Ibnu Abbas r.a. berkata:

"Aku dibonceng Rasulullah SAW (di atas unta), lalu baginda berkata: "Wahai anak, sesungguhnya aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat,

jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu, jagalah Allah nescaya kamu mendapatiNya di hadapanmu (dengan pertolonganNya), jika kamu meminta, minta kepadaNya dan jika kamu memohon pertolongan, mohonlah kepadaNya.

Ingatlah bahawa seluruh manusia sedang membantu untuk memberimu sesuatu yang bermanfaat, nescaya mereka tidak akan dapat melakukannya, kecuali terhadap apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan seandainya mereka bersepakat untuk menimpakan bahaya atasmu, nescaya mereka tidak dapat melakukannya kecuali pada apa yang telah ditetapkan Allah atas dirimu. Pena telah diangkat dan lembaran catatan telah kering."

(HR. Tirmidzi dan Ahmad)

Thursday, May 28, 2009

Allah Maha Mendengar!!


Di dalam As-Sahihain, Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda,
"Allah SWT turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang tersisa, lalu Dia berkata, 'Adakah orang yang meminta, maka akan aku berikan permintaannya? Adakah orang yang memohon keampunan, maka akan aku ampuni kesalahannya? Adakah orang yang berdoa, maka akan aku kabulkan doanya?'"
(HR. Bukhari dan Muslim)

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari kesusahan dan kesedihan, aku berlindung kepadaMu dari sifat kikir dan penakut, aku berlindung kepadaMu dari lemah dan malas dan aku berlindung kepadaMu dari kongkongan hutang dan penguasaan orang lain (atas diriku)."
Amin Ya Rabbal Alamin

Tuesday, May 26, 2009

Jangan menjadi orang kelima!!


Jadilah kamu orang pandai, atau pelajar, atau suka mendengar pengajaran, atau pencinta pengajaran dan janganlah kamu menjadi orang kelima (selain yang keempat tersebut) maka kamu akan binasa."
(HR. Baihaqi)