Pages

Saturday, July 4, 2009

SKRIP KEHIDUPAN

Di ambil dari laman Ustaz Pahrol Muhamad Juoi

Hidup mesti dilihat mengikut ketetapan Penciptanya. Hanya dengan itu kejayaan dan kebahagiaan yang hakiki dan abadi dapat dimiliki. What you get is what you see – apa yang kita dapat, bergantung kepada apa yang dilihat. Dan tidak ada penglihatan yang paling tepat dan jelas melainkan dirujuk kepada pandangan Allah.
Mereka yang dapat mengikut ketetapan Allah itulah yang dikatakan celik mata hati – melihat hidup dengan penuh kesedaran. Untuk jadi sedar (celik mata hati) kita perlu memahami skrip kehidupan seperti yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Kita tidak minta untuk dihidupkan tetapi hidup ini adalah kurniaan daripada Allah.

Untuk hidup selamat, tenang, dan bahagia, hiduplah mengikut “skrip” Pencipta. Jadilah hamba yang sebenarnya kerana itu akan menentukan bagaimana kita melihat hidup ini. Who you are determines how you see – siapa anda menentukan bagaimana anda melihat (memandang). Jadi, apabila kita merasakan diri kita hamba Allah, maka kita akan melihat hidup ini dari kaca mata Penciptanya (Allah)!

Skrip Kehidupan
Skrip kehidupan inilah jika dilalui dengan penuh iltizam dan istiqamah, akan menghasilkan kemenangan yang bersepadu antara diri dan masyarakat, material dan spiritual, dunia, dan akhirat. Kita akan mendapat apa yang sepatutnya dan sewajarnya yang kita dapat. Sebaliknya, jika apa yang kita lihat tersalah ataupun tersasar, maka apa yang kita dapat juga akan tersasar. Kita akan menyesal di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat kerana kita dapat apa yang sepatutnya “tidak kita dapat”. Terasa benarlah hidup di dunia hanya sia-sia.

Inilah yang digambarkan oleh firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya (dengan keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat masa datangnya – iaitu hari seseorang melihat apa yang diusahakannya, dan (pada hari itu) orang yang kafir akan berkata: “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan).” (Surah al-Naba’ 78: 40).

Apakah hanya apabila kita berada di dalam kubur, barulah kita akan tersentak (tersedar) dalam memahami apa sebenarnya hakikat hidup ini? Pada waktu itu baru kita faham dan akur tentang apa tujuan kita dihidupkan di dunia. Dan di situ jualah baru kita sedar apa yang paling bernilai dan apa yang tidak bernilai dalam hidup. Pendek kata sewaktu itulah pandangan kita tentang hidup (worldview) akan tepat dan jelas.

RENUNGAN




Iman bagaikan setitis air di padang gersang, menyejukkan jiwa menyegarkan rohani yang ketandusan lantaran dosa yang tak terkira.

Renungkanlah aduhai insan, iman itu perlu dicari, dengan ilmu yang datang dari perkataan "bacalah, bacalah, bacalah."
Dan dari perkataan "dengarlah, dengarlah, dengarlah" apabila ilmu disampaikan, di surau, dimasjid, di mana jua ia diperdengarkan. Dan ia juga datang dari perkataan" amalkan. amalkan, amalkan."
Tiada guna kita menapak di bumi Tuhan ini sekadar mengisi perut yang sentiasa kelaparan,

CARILAH JALAN YANG LURUS YANG MEMBAWA KITA MENUJU JALAN ILAHI, YANG MEMBAWA KITA MENUJU SYURGA FIRDAUSI.

Dihadapan kita terbentang kitab suci, berwudhuklah, sentuhlah, bukalah, bacalah, fahamilah, kajilah , amalkanlah dan sampaikanlah.





CUBA TEKA



CUBA TEKA INI GAMBAR SIAPA. TUAN PUNYA DIRI DIAM AJE YE. YANG LAIN TU KALAU DAPAT JAWAB USTAZAH BELANJA KEROPOK LEKOR