Pages

Wednesday, October 7, 2009

semarak raya2








Tuesday, October 6, 2009

SEMARAK RAYA 09







Glamour raya,,, yang lain pi mana laaa... puas ustazah cari nak amik gambar nak letak kat blog pakai baju raya ni kan,,,tapi tak nampak batang hidung la. ini je la yg dapeknya...bukan apa kenangan terakhir sebelum tahun 2009 ni berakhir, kenangan saya dengan anak-anak yang comel-comel dan cute miut ni kan...harap-harapnya jadi lah anak-anak yang soleh dan solehah.a PMR tu jawab betul2, jangan panik, baca soalan biar faham apa kehendak soalan baru jawab, elakkan gopoh tak bertempat tu, ya...saya harap sangat paling kurang 18 orang ustazah target 8 A ni...tak sabar nak tengok result hujung tahun ni...try ur best ok? love u all soooooooooooooooo much...

YA ALLAH LAPANGKANLAH HATI ANAK-ANAK DIDIKKU, TERANGKAN HATI MEREKA AGAR DAPAT MENJAWAB SOALAN PMR DENGAN TENANG DAN TEPAT, KURNIAKANLAH HIDAYAH DAN KEJAYAAN UNTUK MEREKA SEMUA. JADIKANLAH MEREKA HAMBAMU YANG TAAT MENJALANKAN PERINTAHMU DAN MENJAUHI LARANGANMU...AMIIN YA RABBAL ALAMIN.

Sunday, October 4, 2009

gambar gempa di sumatera



IKTIBAR gempa indonesia

PERISTIWA INI HAMPIR SAMA DENGAN APA YANG BERLAKU KEPADA KAUM NABI LUT YANG DITELAN BUMI. MAKSIAT APAKAH YG MEREKA INI LAKUKAN SEHINGGA ALLAH MENENGGELAMKAN MEREKA TERMASUK MASJID...

Berita ini saya petik dari BERITA HARIAN 4 OKTOBER 2009

400 hilang ditelan bumi ketika gempa di Padang

JAKARTA: Kira-kira 400 orang yang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi berkekuatan 7.6 pada skala Richter di Sumatera Barat pada 5.16 petang rabu lalu.


Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung itu yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid, iaitu merupakan struktur tertinggi di situ, juga sudah tidak kelihatan.

"Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan longsor (tanah runtuh)," kata Ketua Pusat Penanganan Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S Pakaya, yang dipetik Detikcom hari ini.


Sambil menyebut bahawa pasukan mencari dan menyelamat tidak mungkin menggali sedalam 30 meter untuk mengeluarkan mangsa, beliau berkata dengan tenggelamnya kampung itu, proses mencari dan menyelamat sangat sukar untuk dijalankan walaupun pasukan pencari masih berusaha.


Tragedi di kampung itu adalah satu daripada beberapa kejadian serupa yang mula mendapat perhatian setelah sistem komunikasi dan jalan raya mulai dapat berfungsi semula.

Di Kota Padang sendiri, televisyen tempatan menyiarkan visual pelbagai usaha mencari dan menyelamat yang giat dijalankan pihak berkuasa termasuk tentera di beberapa buah hotel dan bangunan lain seperti pusat tuisyen, ketika bau mayat dikatakan sudah mulai menyengat.

Kira-kira 100 mangsa pula dipercayai terhimpit di celah runtuhan lantai, bumbung dan dinding Hotel Ambacang manakala 50 murid masih tertimbus akibat tanah runtuh yang menenggelamkan sekolah mereka di Desa Tandidek, Pariaman.


Kira-kira 200 orang lagi masih hilang, juga dipercayai tertimbus dalam runtuhan dua buah bukit di Petamuan, Padang Pariaman.

Setelah masuk hari keempat yang dianggap sangat genting bagi pasukan mencari dan menyelamat untuk menemui dan mengeluarkan mangsa yang masih hidup, para pegawai pihak berkuasa berkata keluarga mangsa terutama yang tertimbus harus ikhlas merelakan kepergian keluarga mereka. - Bernama

ambillah iktibar dari pada apa yang berlaku ini, jangan sekali-kali kita melanggar syariat Allah, jangan setelag bala daripada Allah turun baru kita nak menangis meraung.

Bala daripada Allah tidak akan turun melainkan krn maksiat yang dilakukan oleh manusia. pergaulan bebas lelaki perempuan yang berlaku dikalangan pelajar sekarang ini amat membimbangkan saya. hentikanlah, saya nasihatkan tumpukan kepada pelajaran kamu, tak perlu fikir tentang bercinta, kerana itu mengundang dosa dan kecelakaan. Dengar dan taatlah. jagalah maruah agama kita.

Fahamilah setiap dari kita yang beragama Islam membawa maruah agama, apa yang kita lakukan akan dikaitkan dengan agama kita. JAGALAH MARUAH AGAMA KITA JANGAN LAH BIARKAN ORANG KAFIR MEMANDANG HINA KEPADA AGAMA KITA DENGAN SEBAB AKHLAK KITA SUDAH HAMPIR SAMA DENGAN MEREKA YANG KAFIR YANG JAHILIAH. TINGGALLAH AMALAN JAHILIAH. RASULULLAH TELANG DATANG MEMBAWA ISLAM 1430 YG LALU KENAPA KITA MENGULANG SEJARAH JAHILIAH SEBELUM ISLAM??? FIKIRLAH ANAK-ANAKKU.

teguran ini adalah untuk kamu dan saya sendiri. Semoga Allah memberikan kita pertunjuk dan hidayahnya dan dijauhkan dari segala bala bencana.

Thursday, October 1, 2009

hayya ala ssolah


lihat dan renungkan video klip tu, itulah yang sering berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari, sering melewatka perintah Allah s.w.t. Wal hal bukannya susah setakat nak solat lima minit ke sepuluh minit, tinggalkan sekejap urusan dunia. Tapi kita tak berapa mengambil berat. adakah kita nak menunggu saat maut kita datang menjemput, dan ruh kata melihat segala perbuatan kita yang lampau, dan menangis kerana tidak mengendahkan solat. mungkin dengan menyaksikan video ini akan menimbulkan sedikit rasa keinsafan dalam hati kita utk menyegerakan solat. dan bagi yang tak solat, dan yang tak cukup solat lima waktu bertaubatlah, kerana kesempatan hidup yang diberikan pada kita tidak lama. benar sabda Rasulullah s.a.w. solat itu amat berat untuk dilakukan. godaan syaitan yg sentiasa cuba menjauhkankita dari Allah s.w.t. Ruginya kita seandainya membiarkan hidup kita berlalu tanpa mengendahkan perintah Allah taala.

HAYYA 'ALA SSOLAH....!!! HAYYA 'ALA SSOLAH!!! HAYYA 'ALA SSOLAH!!!
SOLATLAH KITA SEBELUM KITA DISOLATKAN...

renungan solatlah kamu

Wednesday, September 30, 2009

coretan selepas raya



"Saja,,,he he dah lama tak bergaya... dengan baju raya...

Assalamualaikum!
buka sekolah bila dah lepas cuti ni rasa...alahai bercintanya nak pegi sekolah...sabar je...malasnya nak bersiap, kalut ngan anak lagi, bila dah ke sekolah tu tau sajalah, keje menimbun sedang menanti, kertas exam gerak gempur tak siap check lagi...betapa malasnya....hilang semangat nak check dah tambah lagi bila awak semua dapat markah purata B je...

kan dah cakap buka je sekolah memang sedia dah keje menanti. hari Jumaat ni nak buat program khatam Quran, saya ajk pengurusan peserta. lepas rehat, jadual program bermula. kul 6 petang lak ada solat hajat perdana kat masjid Kota Damansara, utk kelas peperiksaan, gabung ngan seksyen 4. Nasib baik saya tak masuk jdi ajk, tapi kena juga buat keje utk solat hajat. dahnya pengetua minta tolong . tolong je lah. perkara baik tak leh berkira coz yg dapat pahalanya kita. betul tak? tak kisahlah ada nama ke tak de nama ke jadi ajk. yg penting kita tolong org buat kebaikan. itu memang prinsip hidup saya. buat baik selagi hidup, sebab nak cari redha Allah. kalau dah mati tak leh wat pe dah. tunggu balasan yg kita buat masa hidup atas muka bumi ni lah.

Then hari isnin depan lak ada program semarak raya, saya jadi ajk sediakan tikar kat dewan terbuka, sebagai tempat bermain permainan dalaman. siapa nak tolong saya, saya belanja minum kat kantin. Tikar tu nak hamapar kul 8 pagi. siapa yang nak tolong saya esok bagitau saya ok.

Tadi saya dgn syey dan Adam pegi Pizza hut nak survey camana nak but majlis perpisahan nanti. so nampaknya game tak ada, tapi kita buat cabutan bertuah. mula kul 11, tapi awak semua kena pegi 10. 30 la pagi la. hari sabtu 17 oktober. boleh sambut besday saya sekali. walaupun dah belated. nanti saya bawa kek sebiji. makan ramai2. ok lah tu.
belanja la adam n syey makan pizaa yg utk satu orang tu...he he. ikut budjet tu dalam RM 500 gaknanti makanan tu. tapi semua akan dapat buah tangan special. duit awak semua gak kan. anyway yang belum byr duit kelas tu tolong bayar ye...Fazera!!! please bagi comittment.

lama gak kat Pizza hut, bersembang ngan adam n syey hal kelas pun ada. segala gosip keluar. saya tukang dgr n tukangbagi komen. kul 3 pm baru pegi htr adam n syey balik. SAYA AKAN RINDUKAN AWAK SEMUA.... tahun depan tak tahu leh sembang macam ni lagi ke tidak. pastinya dah tak sama. awak dah tak jadi anak2 jagaan saya...kalau ada yang tak pindah n pegi MRSM ke SBP ke mungkin boleh lagi sembang. cuma masa la yg tak sama dah.,

PMR buat Yang Terbaik !!! Please...Saya nak tengok awak semuaaaaaaaaaaaaannyaaaaaaaaa dapat A. harap sangat ni....kelas yg lain tu saya tak letak harapan tinggi tapi kelas awak...memang sy target. please do not dissapoint me... ok

suami saya nak guna lak PC ni. menulis novel awal remaja. so saya kena stop dulu lah...ok.. bye. study smart not just hard. I BELIEVE ALL OF YOU CAN DO IT. CONFIENT WITH YOUR SELF. Bye...tata titi tutu. assalamualaikum...good nite n sweet dream.

Sunday, September 27, 2009

ceritera raya

assalamualaikum,
jumpa lagi anak didikku semua,
pastinya semuanya seronok berhari raya dengan kisah masing2.

nak tau cerita saya...ada sedih ada suka, tapi tetap seronok punya...
saya balik kg hari khamis lagi lepas sekolah saya htr YB balik, tapi sebelum tu ajak dia pegi hantar sumbangan hari Raya kat rumah Shahril pelajar tiga cekap, anak yatim, tinggal ngan makcik kat seksyen 7. kesian tengok dia, tersentuh hati masa pegi htr sumbangan tu, so YB tolong htr sekali naik tingkat 4.kesian gak kat YB coz dia tak sahur, dok sorangkat rumah, mak n ayah dia balik johor nenek dia msk ICU. tak apa lah YB ye. besar pahala tolong anak yatim.

Then lepas htr Yb terus balik rumah berkemas, baru sampai rumah kak jalilah kerani call biskut yg saya tempah baru sampai, alamak! nak pegi sekolah balik jauh tu...aduuuhhh. nasib baik jalan nak balik kg lalu kut kota damansara, so pesan kat kak aisyah kerani sekolah tolong simpan nanti singgah amik. kul 3.30 baru turun rumah then singgah amik biskut kat sekolah...nampak sedap je. tapi tengah posa...tengok je la.

Ber buka kat highway. kul 12 malam baru sampai rumah mak mertua kat setiu terengganu, saya ni biasalah kalau balik kg mesti suami balik ghumah mak dia dulu. alasan tak best balik ikut gua musang. sajalah lah tu anak mak...saya ikut je lah., dah immune dah ngan perangai suami. tapi first day raya rumah saya.,. .tu yg best. coz tahun lepas dah raya kat rumah suami. baru adil kan...
so tengahari sabtu balik pulak ke rumah saya di bachok kelantan. tak sampai dua jam jarak dari rumah suami ke rumah saya. sapa-sapa yang ada sedara kat kelantan kalau pegi bachok singgahla kat rumah mak saya, kat kg pauh sembilan, rumah mak saya belakang masjid kg pauh sembilan. tanah masjid tu tuk ayah saya wakafkan utk masjid. so senang rumah dekat ngan masjid. naik tangga turun tangga je.

petang lepas zohor saya pegi shopping sorang2 je kat Kota Bharu beli persiapan utk masak. menu tahun ni, satay ayam 4 ekor, nasi himpit, kuah kacang, lemang, rendang ayam sekor je.

lemang tu wan (panggilan utk ayah) saya yang teringin sangat nak buat. tak pernah hayat hidup dia buat lemang tup tup raya tahun ni dia nak buat lemang, siap cari buluh dah. Mak saya rendamlah pulut ngan santan. nasib baik raya diumumkan esok, lepas maghrib baru nak di bakar lemang, tu pun nasib baik abang saya yang no 4 tolong bakar, ayah saya tak jenguk pun, macam biasa lah dia tau cakap je tapi yg buat orang lain...saya dah faham sangat perangai ayah saya ni.

Ayam utk satay adik bongsu saya yg lelaki tu tolong siangkan, kakak saya yg kedua buat bahan perap. then malam nya suami saya bakar satay ngan adik bongsu saya n dgn abang saya yg ke enam. dia pun raya kat rmh mak saya tahun ni selalu kat rumah bini dia. tak tahu mimpi apalak tetiba nak beraya kat rumah mak. so saya minta dia sponsorkan ayam utk satay, yg lain sy sediakan.

lepas masakkn nasi himpit, saya buat kuah kacang, dekat kul 3 baru siap.saya sorang buat semua tu, nasib baik ma saya teman kan. kak ipar saya dua org semua dah terlena,, abang ngah saya yg bakar lemang sebab dah mengantuk sangat dia tinggalkan lemang tu, lemang memang lambat nak masak...so nak tahu apa jadi...ni yg kelakar ni...

pagi esoknya...lemang tu yang boleh makan adalah dua batang je, yang lain tu hangit, kalau dah hangit tu jadi apa..keras macam batang buluh tu la, buat pukul kepala pun boleh pecah kepala. punya keras.. saya apa lagi ketawa terbahak-bahak la... lemang of the year, impian wan...tak tercapai. tu la wan...tak pernah buat nak buat, lepas tu harap kan orang lain yg handle...wan awal-awal dah tidur. Ayah saya ni dah 71 umurnya, dah tak larat tapi semangat masih muda. dia dok rasa dia tu gagah macam org muda lagi...nak buat bendang la, nak ternak lembu la, nak ternak biri2 la...macam 2dia nak buat. saya memang kesian kat ayah saya tapi tu la dia tak nak dgr cakap anak2. mak saya la yg jadi tukang urut malam2.


duit raya??? memang nak kena sedia banyak. anak saudara saya je dah 26 org, belum lagi anak-anak murid mak saya yg belajar mengaji, ngan anak2 sedare belah suami...memang....kira...alamak la...poket time raya ni.

anyway seronok raya coz meriah kumpul ramai2. satay , nasi himpit, rendang semua licin. puas hati saya masak. ketupat tapai mak saya tak pernah buat tapi selalu tak habis nak makan coz anak2 murid yang mak saya ajar mengaji quran selalu bagi ketupat ngan tapai. penuh peti sejuk ngan tapai. ketupat daun palas manis saya memang suka, lagi pulak bila dah goreng. lagi sedap... hmmmnyam nyam...

yg tak syoknya, makan tapai pulut banyak sangat sampai ceret beret. he he. makan lak kenduri sana sini biasalah cuti sekolah kenduri kahwin banyak. abang ngah saya pun kena ceret, suami saya pun sama...cuci perut la...dah makan macam-macam.

yg lagi tak syok petang raya tu jugak suami ajak balik ghumah dia, saya nak qadha tido pun tak sempat. ngantuk ooi kul tiga pagi baru tidor, penat tak hilang lagi. so buat merajuk gak la...saja je. tapi suami saya ni memang tak makan saman...tak de perasaan buat tak reti je...raya rumah mertua tak best...coz suami sy tak bw saya n anak2 pegi rumah sedare mare dia. melepak je saya kat rumah n layan tetamu yg datang. rasa mcam nak balik rumah mak saya balik....isy isy isy.

Hari Rabu raya keempat baru balik ke rumah saya balik. syok nye, singgah beraya kat rumah mak sedare, bapa saudara kat besut...on the way balik rumah saya. saya apa lagi ambil la peluang minta derma untuk surau sekolah ngan mak sedara n pak sedara saya. he he. sedekah jariah. besar pahala tu...

petang jumaat raya keenam balik lagi ke rumah suami coz nak balik ke Shah Alam ikut highway LPT. selalu macam tu lah bila balik kg. boleh kata suami saya tak pernah nak lalu ikut jalan gua musang.

so semalam.. Sabtu.. kul 11 pagi baru bertolak then kul 11 malam gak sampai rumah kat puncak perdana. penat nya mak ooiiii. Dah sampai ...rebus lak ketupat daun palas yg mak mertua bagi yg belum direbus. ngantuk nye, tapi itulah...org pompuan penat camana pun mesti buat apa yg patut kena buat, cuci kain lagi, sidai kain lagi... pukul 2 pagi baru saya dapat tidur. badan dah terlampau penat apa lagi...ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ tidur la....

itu la citer raya saya tahun ni. ada seronok ada tak seronok... apa pun raya bagi saya tetap seronok kerana masih ada ma dan wan (mak dan Ayah)utk beraya bersama. I LOVE U BOTH. especially MA. maafkan anakmu andai ada salah dan silap. Moga kalian berbahgia di hari Raya.

Well buat anak didik di kelas 3 amanah, hargailah ibu dan ayah, jangan sekali disakiti hati keduanya. buatlah jasa yang boleh membahagiakan mereka sementara mereka masih bersama kita. jangan berkira bila mereka minta pertolongan. besar pahala bila seorang anak meringankan beban ibubapanya.

Bye. salam bahagia di hari raya.!!!

Monday, September 14, 2009

PANTUN RAYA



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

SALAM DIHULUR DI HARI MULIA
TANDA HUBUNGAN KASIH DAN MESRA
DALAM BERGEMBIRA MENYAMBUT RAYA
JANGAN LUPA PMR BAKAL MENJELANG TIBA

PERGI KE KEDAI MEMBELI ROTI
ROTI DIBELI BERSAMA KAYA
ADUHAI ERNI JANGAN LEKA LAGI
DOA SAYA AWAK AKAN BERJAYA

SEPULUH JARI KUHULUR PADAMU
MEMOHON AMPUN ANDAI TERSALAH
WAN AMIRAH JANGANLAH JEMU
SAYA TAHU AWAK TAK AKAN MENYERAH KALAH

MENGAIL IKAN DI TEPI TASIK
SEDANG MENGAIL HUJAN PUN TURUN
WAHAI NIZAM JANGAN DOK ASYIK
NAK BERJAYA KENALAH PULUN

AIDIL FITRI HARI BERGEMBIRA
SETELAH SEBULAN LETIH BERPUASA
AIMAN, FITRY JUGA ZUFAR AZRA
FOKUS PADA PELAJARAN ELAKKAN BERANGAN SAJA

SYAHDU SUNGGUH BUNYI IRAMA
LAGU RINDU MENDAYU-DAYU
SYASHA DAN AYU AGAK DAH SEDIA?
PMR NAK BERTANDANG JANGAN TERMANGGU.

KETUA KELAS JAWATAN DISANDANG
NOMBOR SATU MEMANG DIA YANG PEGANG
ITULAH YB EMPUNYA GELARAN
MUKA MIRIP ALA SHAH RUKH KHAN

JALAN-JALAN CARI MAKAN
DI BAZAAR RAMADHAN MEMBELI TOM YAM
ADUHAI LUQMAN PMR NAK MENYERANG
SUDAH KAH BERSEDIA MANYAHUT CABARAN

MENCARI KEPAH DI TEPI LAUT
KEPAH DIMASAK BERSAMA CILI
ALAHAI SHARIFAH-SYARIFAH JANGAN DUK KALUT
SAYA YAKIN 8A BAKAL DIRAIH NANTI

SENYUM INDAH D PAGI RAYA
MELIHAT TELATAH SI KECIL BERMAIN
TRIAL PMR MACAM TAK PERCAYA
FEDOZ BUKTIKAN, AWAK TAK MAIN-MAIN.

selamat berpantun. dahngantuk lah idea pun dah kering nanti sy sambung semula lak.yg lain nama tak sebut jgn jealous nanti sy sambung . ok. bai-bai.wassalam alaikum



Sunday, September 13, 2009

SELAMAT HARI RAYA


Saya memohon sejuta kemaafan seandainya selama saya mengajar awak semua ada salah dan silap. Apa yang baik itu datang dari Allah jua apa yang kurang itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri sebagai hamba Allah yang Dhaif.

salam sayang di Aidil Fitri, Moga disambut dengan kemeriahan dalam keberkatan, namun jangan lupa pertarungan dengan PMR yang akan kalian lalui 7 Oktober nanti. Bergembira sambil beringat.

kalian sentiasa ku maafkan. Doaku semoga kalian berjaya di dunia dan di akhirat. Semoga Allah merahmati hidup kita semua. Amin ya Rabbal Alamin.

SALAM SAYANG LILLAHI TAALA DARI USTAZAH BUAT ANAK DIDIK YANG TERISTIMEWA.

Ramadhan, pilunya berpisah denganmu



Cepatnya masa berlalu, tak sedar Ramadhan sudah hampir ke penghujung, ada yang gembira ada yang bersedih. Yang bergembira kerana hendak menyambut Hari raya, Yang bersedih kerana bimbang apakah mungkin akan bertemu lagi dengan Ramadhan di tahun depan.

Bagi orang-orang yang beriman berakhir nya Ramadhan diiringi dengan seribu kepiluan, kesedihan dan pengharapan. kalau boleh biarlah Ramadhan berlaku sepanjang tahun, kerana terasa ruginya jika membiarkan sesaat yang berlalu dalam ramadhan dengan pahalanya yang berganda, apatah lagi dengan adanya Lailatul Qadr yang kelebihan beramal di malamnya menyamai seribu bulan.
buat anak didikku yang tersayang, gunakalan sepuluh malam yang terakhir ini sebaiknya. berdoalah, beristighfarlah, mohonlah kepada Allah dikesempatan yang mungkin tidak akan datang lagi .. Rasakan di hati bahawa Ramadhan ini bagaikan Ramadhan yang terakhir buat kita agar kita penuhinya dengan kesungguhan dalam beramal ibadat, agar ikhlas hadir di dalam jiwa kita. Ikhlas itu adalah rahsia ALLAH hanya dikurniakan kepada hambanya yang terpilih sahaja.

PMR ,memang tak sampai sebulan saja lagi, walaupun begitu janganlah buat alasan study takut tak sempat sehingga terawih tidak buat, Al-Quran tidak baca, percayalah anak didikku sayang sekuat mana pun kamu belajar tanpa izin Allah tak mungkin kejayaan itu akan menjadi milikmu. Selagi kalian menjaga amal ibadat kepada Allah selagi itulah Allah akan menjaga kalian dan memberi anugerah kejayaan.

Ramai manusia berfikiran tak cukup masa sehingga meninggalkan ibadat solat akhirnya tidak kemana, kerana mereka lupa yang memberi rezeki itu adalah Allah, bukan bergantung kepada usaha kita semata-mata.

Kalian Wajib yakin dengan Allah. itulah kunci kepada kejayaan hakiki. berusaha itu memang dituntut, namun apa yang disyariatkan wajib ditunaikan barulah usaha itu diiringi dengan keberkatan. Apakah kalian tidak percaya dengan berkat dan rahmat Allah. sesungguhnya Berkat dan Rahmat Allah lah yang membuatkan kita masih boleh menyedut udara yang segar. melihat keindahan alam dan malam nan indah, mendengar alunan pengubat jiwa, dengan rahmat Allah lah kita masih menyedut nafas. sesaat Allah tidak izinkan kita tak mungkin merasa kelazatan menyedut nafas menyambung kehidupan.

Di kesempatan Ramadhan sepuluh yang terakhir ini carilah Lailatul Qadr. Siapa tahu kalian termasuk dalam golongan yang beruntung dianugerahkan AL-Qadr. Tiada siapa tahu untung nasib seseorang kerana ianya tersimpan dalam rahsia Allah. Kerana itu berusahalah untk mendapatkannya. Allah hanya akan menganugerahkannya kepada hambanya yang benar-benar ikhlas dan berusaha.


mungkinkah kalian berfikir bahawa kalian masih muda maka tak perlu kejar dulu, nanti bila dah tua buatlah amal ibadat. Itulah kesilapan yang terdidik dan tertanam dalam kepala kita orang melayu sejak dulu. sebenarnya masa muda inilah peluang yang sepatutnya digunakan untuk beramal ibadat kerana belum lagi di selubungi kesibukan tanggung jawab, otak masih cerdas, ingatan masih kuat, lidah masih lembut. badan masih sihat. kalu dah tua semua itu sudah hilang, dan yang paling utama apakah kita tahu kita ini matinya bila.? kesempatan ketika hidup inilah nak digunakan, kerana mungkin sesaat lagi kita dijemput TUHAN yang menciptakan kita.

Nasihat ini adalah untuk kita semua, buat diri saya sendiri dan buat awak semua tanda kasih dan sayang nya saya pada awak semua. bukan kasih ertinya seandainya tidak mengingatkan kepada akhirat. bukan sayang maknanya sekiranya saya membiarkan awak semua terleka dengan kealpaan remaja yang jiwanya sedang memberontak mencari identiti diri. Identiti tak perlu dicari kerana kita adalag muslim. Maka Identiti kita adalah muslim. Kenapa mengikut identiti barat yang lari dari Islam. jangan kalian cemari agama Islam yg kalian anuti dengan melanggar apa yangtelah disyariatkan Allah.

Bila solat kalian tidak tunaikan, islam kalian telah goyah, bila aurat rambut , badan kalian dedahkan iman kalian telah goyah, kerana saat itu kalian tidak ada tanda yang kalian adalah Islam. pada pandangan mata, kalian tidak ada beza dengan orang kafir. Bila kalian mula berduaan dengan lelaki dan perempuan berduaan disitulah syaitan berperanan, kalian telah melanggar syariat Allah dengan melakukan dosa besar. hentikanlah. sebelum dosa itu berlanjutan.

"Ya Allah ampunilah pelajar2ku, berilah mereka petunjuk."

Dunia akhir zaman ini terlalu banyak fitnah yang berlaku. Hindarilah kami dari fitnah itu.

" Ya Allaaaaaaaah , sesungguhnya aku amat takut akan azab seksa api nerakamu. bantulah aku, berikan aku kekuatan untuk menghadapi godaan dunia kealpaan akhir zaman ini. Yang Allaaaaaaah aku merayu dan merintih memohon keampunan dan redhaMU dan rahmatMU. Hanya dengan IzinMu aku mampu menghadapi semua dugaan ini. Berikan aku kekuatan untuk membimbing anak didikku, agar mereka menjadi hambamu yang soleh, berikanlah aku kekuatan untuk saling mengingatkan agar kami terhindar dari alpa dan leka dari mengingatiMU.

"Tunjukkan kami jalan yang lurus yang membawa kami hampir kepadaMU , dikesempatan hidup ini, hanya hidayahMU yang membimbing kami meneruskan kehidupan mencari redhaMU. "

"Dikesempatan ramadhan yang sudah hampir ke penghujung ini ku memohon diberikan kekuatan untuk melaksanakan amal ibadah, yang akan mendekatkan diriku kepadaMU" Kosongnya jiwaku seandainya berjauhan dariMu. Biar airmata ini menangis kerana dosa yang telah dilakukan, biar hati ini merintih kerana kealpaan dari mengingatiMU, biar bibir ini bergetar merayu keampunan darimu. Kerdilnya aku dihadapanMU ya Rabb. hinanya aku disisimu oleh dosa-dosa, Ya Ghafur ya Rahim Ampuni dosaku, kasihani diriku. Apakah yang lebih bernilai dalam kehidupan ini selain dari mendapat keampunan dan rahmat dariMU.Amin ya Rabbal A-lamin"


Wednesday, September 9, 2009

Sunday, September 6, 2009

Friday, September 4, 2009

sambutan kemerdekaan

assalamualaikum,
awalnya sy tak de semangat dah nak buat persembahan coz ramai benar ahli kelas yg tak datang. sampai 20 org. alahai anak-anak ku. kenapa malas nak datang . nikan sambutan kemerdekaan. sejak semalam berdebar semacam nak buat persembahan.

byk kali sy training tu. Yb dtg gak ingatkan tak datang coz mlm tadi sy tanya dia kata sakit mata bengkak, sy suruh dia bw camera untuk ambik gambar boleh masuk kat blog.

farah lak tak nak datang. pelajar perempuan cuma 3 org je yg datang. Hmmmm. bulan puasa sama kut syok lagi kalau tido kat ghumah kan.
pelajar lelaki yg datang td YB, luqman, firdaus, fikry, adam, asyraf, ridzuan.

apa komen persembahan saya? sy rasa nak tergelak je, kelam kabut je. bukan praktis sgt pun sj nak suka suka. time sy nyanyi semua senyap je. khusyuk ke ape? time pn Lim nyanyi meriah sambutan, best dgr dia nyanyi lagu klasik mandarin tu. gau shan Ching, Ali shan di qu niang... sy belajar lagu tu masa kat UIA dulu amik kelas bahasa mandarin.

Time praktis lain, time persembahan lain lak jadinya. kah kah kah...Adam , YB, luqman apa komen, agak boleh buat album tak, he he. Nanti tak laku lak album siti norhaliza. pn aezjah siap rewind lak senikata. kertas tak nak tengok konon hafal dah tu lupa. ayas pentas segala macam boleh jadi. tapi ianya memang menjadi kenangan manis sy di SMKKD 10 ini.

Then hujan lebat lak turun. agaknya sebab kita orang nyanyi tadi tu kut. sedap sangat sampai langit pun menangis. sadis...sadis... ha ha. then sebelum pulang amik gambar ngan YB, luqman, asyraf, ridzuan n tehah kat atas pentas dewan terbuka. amik peluang bergambar utk kenangan. Ye lah tahun depan dah tak bersama lagi kan...so boleh lah simpan dalam blog.

Thanx YB coz bw camera. balik ghumah apa lagi, qadha lah tido yg tak cukup. bw kete time balik nasib tak terbabas coz terlelap. bahye...bahye... banyak kali lak tu. kalau tidak ...Innalillah...Umur masih panjang. Ibadat tak cukup lagi nak jadikan bekal. Allah masih bagi peluang...
kalau sy tak de, awak semua hadiahkanlah Al-Fatihah yer...rasa semacam lak. ..


tiba-tiba rasa sedih...

sayu

hiba

mencengkam dada...

mungkinkah ini ramadhan yg terakhir buat ku???

sebagai hamba, kita seharusnya berfikir seperti itu utk mendapat ibadat yg khusyuk. bagaikan solat yg terakhir. hari ini bagaikan pertemuan yg terakhir. maafkan saya andai ada terkasar bahasa, tersilap kata, pada kalian. maafkan sy andai ada sesuatu yg saya lakukan mengusik jiwa kalian. Saya juga insan biasa, tak dapat lari dari melakukan kesilapan. maafkan saya. saya sayangkan awak semua. belajarlah rajin-rajin dan bersungguh-sungguh. utk bekalan dunia dan akhirat. Hanya ilmu dan kasih sayang sj yg sy dapat beri pada awak semua. gunakan ilmu untuk mencari kebenaran. dan jadikan kasih sayang saya sebagai kekuatan dan sokongan untuk berusaha bersungguh-sungguh mencari ilmu membina kejayaan hidup. Biar mungkin nanti antara kita hanya akan tinggal kenangan sahaja. Jadikan kenangan ini kenangan yang terindah dalam hidup kalian. Mungkin andai ada saat duka menjengah kenangan ini akan menjadi pengubat dan penyembuh luka dan bisa membuatkan kalian tersenyum ceria.

SEGALANYA HANYA SEKETIKA. JADIKAN SAAT SEKETIKA ITU SATU SAAT YANG PALING BERMAKNA DALAM HIDUP KITA. PASTI KITA AKAN RASA BAHAGIA.

KENANGAN ini bagaikan Ramadhan yang datang membawa seribu kerahmatan dan keberkatan.

salam sayang dan rindu untuk kalian. kemaafan ku dambakan. moga kehadiran Aidil Fitri nanti akan membawa sinar kejayaan dalam hidup kita semua. amiin. jumpa lagi...assalamualaikum.

markah percubaan


SY dah dpt markah trial, cuma tinggal KH je belum sbb tak jumpa ngan cikgu yg mengajar nye nak minta markah. Saya letakkan di sini markah awak semua ek. Ramai lak yg gagal math.11 org semuanya. kena usaha lebih ni, nampak gaya markah agama je paling tinggi nih. 23 org dpat A

NAMA ..........BM/ BI/ MT/ SN/ SJ/ GE/ PI/ KH


  1. syafiq.... 72 + 61+ 36 +60+68+ 52 +79+ =3B 3C 1E
  2. fareez.... 77 +72 + 48 +80+72+ 85 +86+ = 3A 3B 1D
  3. aiman ... 70 + 73+ 51 + 61+67+ 60+70+ =4B 3C
  4. fareed ... 71 + 62+ 35 +66 +53+60+80+=A 2B 3C 1E
  5. fikry .......71 +73 + 64 +76 +60+58+80 + =1A 3B 3C
  6. anas .......66+74 +49 + 70 +70 +82+69+=1A 5B 1D
  7. luqman ..66 +62+ 65 +66 +60+72+95+73 =1A 5B 2C
  8. YB ..........80+ 82+76 +78 +92 +65 +93+ =4A 3B
  9. fedoz ......80 +76+ 73+ 72+ 62+ 58+ 83+ =2A 3B 2C
  10. habibul ..66+ 57+ 49+ 55+ 40+ 58+ 78+ = 2B 3C 2D
  11. hafizi ......67+ 60+ 31+ 46+ 45+ 50+ 89+ = 1A 1B 1C 3D 1E
  12. rasydan . 66 +69+ 66+ 70+ 67+ 70+ 72+ =7B
  13. firdaus ....53+ 74+ 37+ 55+ 53+ 68+ 74+ =3B 3C 1E
  14. nadhir .....67+ 82+ 71+ 57+ 58+ 60+ 77+ =1B 3B 3C
  15. nizam ..... 68+ 54+ 60+ 62+ 52+ 62+ 83+ =1A 1B 5C
  16. adam .......58+ 53+ 23+ 58+ 53+ 62+ 74+ =1B 5C 1E
  17. afnan .......65+ 64+34+ 61+ 48+ 58+89+ =1A 1B 3C 1D 1E
  18. izzat .........71+ 67+ 31+ 54+ 52+ 63+ 83+ = 1A 2B 3C 1E
  19. asyraf .......56+77+ 59+ 65+ 37+ 50+ 89+ =1A 2B 3C 1E
  20. ridzuan..... 71+ 62+86+82+ 82+ 77+ 87+ = 4A 2B 1C
  21. zufar ........ 61+ 81+49+75+ 55+ 55+ 80+ =2A 1B 3C 1D
  22. sharif ........57+ 68+67+69+55+ 60+ 62+ =3B 4C
  23. anita......... 77+ 83+ 64+77+60+ 65+ 74+ =1A 4B 2C
  24. einur ........69+ 80+ 62+72+57+ 67+ 73+ =1A 4B 2C
  25. erni .......... 75+ 61+ 62 +70+50+70+ 87+ =1A 3B 3C
  26. farah .........69+72+ 50+65+ 58+75+ 84+ = 1A 4B 2C
  27. Shasya ......65+ 67+ 34+62+ 68+50+ 78+ =4B 2C 1E
  28. fazera ........72+ 67+ 32+67+52+68+80+ =1A 4B 1C 1E
  29. afiqah .......73+ 56+ 40+ 51+ 53+th+68+ =2B 3C 1D 1th
  30. balqis........ 75+ 70+ 76+ 58+ 57+58+93+ =1A 3B 3C
  31. erra ...........69+ 74+ 45+ 70+73+63+87+ = 1A 4B 1C 1D
  32. dayah ........67+ 73+ 44+ 51+ 55+58+86+ = 1A 2B 3C 1D
  33. sheera .......63+ 80+ 29+63+52+67+83 =2A 1B 3C 1E
  34. tehah ....... 70+ 78+ 52+ 65+ 65+67+73+ =6B 1C
  35. aysya........ 66+ 78+ 47+ 68+ 52+ 45+78+ =4B 1C 2D
  36. Ayu.......... .77+ 71+ 29+ 52+ 62+ 73+ 90+= 1A 3B 2C 1E
  37. Syey ......... 76+ 70+ 68+ 68+45+ 57+95+ =1A 4B 1C 1D
  38. wan ..........82+ 79+ 71+ 57+ 60+ 72+ 85+ =2A 3B 2C
Nanti selepas dapat markah KH ustz update lagi ok. kalau awak dah tahu markah KH update sendiri pun tak apa tak pun bagitau shout mix tu, nanti sy update. result rasanya yg dpt no 1 YB kut coz dpt 4A 3B no 2 Riduan kut. keputusan sebenar nanti next week la yer. hari selasa sy dptkan mark KH. then Yb and erni sy nak minta tolong masukkan mark kat bilik komputer. hari selasa ok YB n erni. time rehat.

Thursday, September 3, 2009

ALKISAHNYA RAMADHAN 2.

Assalamualaikum!
ku sambung bicara sepi saat jam 12.51 minit pagi. ketika insan lain sudah melelapkan mata aku masih disini mencoret nota dengan tinta tak berdakwat. (sebab pakai lap top so tak de dakwat, kalau pakai pen mesti ada dakwat...ha ha ahhah) hilang mood sastera...

sambung semula...
mungkin kalian semua sudah memejamkan mata. Apakah yang kalian mimpi di malam 13 Ramdhan ini. Mungkinkah mimpi tentang baju raya?atau kasut raya? atau kuih raya...? puasa belum habis bagaimana bisa kalian mimpi tentang hari Raya? enggak bisa...harus habisin puasa nya duluan. (alamak masuk bahasa INDON la pulak)...isy isy isy...hilang lagi mood sastera...hmmmm
Inilah akibatnya kalau org tidur tapi tangan ni dok menaip lagi. Otak dah rojak dah jadik nya.
oooiiii bangunlah oooii temankan saya...sekejap je... tak pelah nanti awak semua tak bangun sahur lak kang , naya esok nak puasa. saya ni tidur pukul berapa pun kul 4 pagi memang kena bangun. kewajipan seorang isteri dan seorang ibu wajib ditunaikan utk menyediakan juadah bersahur dan mempersiapkan keperluan persekolahan.

sambung semula jiwang sastera....
Seharusnya di pertengahan yang sepuluh ini, kalian banyakkan istighfar memohon keampunan dari Allah agar segala ilmu yang dipelajari senang diingat. Apabila dosa sudah terampun, jiwanya pasti bersih, kalau jiwanya sudah bersih maka...naahhhhh segala ilmu bisa masuk ke dalam hati. kekal dalam ingatan. betul??? ya pasti betul.

PMR membilang hari saja lagi. Saat saya menyambut hari lahir yg ke 38 kalian bertarung dgn peperiksaan. Waduuhhh bisa gawat ini. gimana saya bisa gembira saat kalian berkeluh kesah dan berdebar menghadapi peperiksaan. waduhh si enggak bisa. ..enggak bisa sama sekali. selera saya pasti nya mati memikirkan gimana kalian menjawab soalan PMR. Bisa atau enggak bisa menjawabnya. munngkin saya harus menangguhkan dahulu sambutan birthday saya, ke hari jamuan akhir tahun kita di Pizza Hut selepas PMR. IYa... bagus juga kalau di bikin begitu ya.. okeylah. saya postpone sambutan birthday saya ke hari jamuan akhir tahun kelas nanti. semua setuju??? pastinya semuanya setuju.

Hari selasa selepas rehat, sy baru je sampai kat meja. Luqman n luqman datang , ingatkan nak tanya markah rupanya nak ambil bendera utk dipasang kat kelas. Coz malamnya saya dah sms kat depa n yg lain2 yg sy ada nombor tu minta tolong pasang bendera kat kelas. Thanx luqman n luqman and all those yg help sy gantung bendera. Ada ganjarannya tolong menoilong sesama kita. saya bersyukur awak semua memberikan kerjasama, satu sama lain. I LOVE U ALL GUYS. sronok melihat kesatuan antara kita .

Esok hari Khamis sept 2009 ustazah ada menganjurkan tadarrus Al_Quran tapi hanya pelajar lelaki sahaja, sebab senang nak buat majlis khatam. So Izzat, Abdullah Syafiq dan Zufar, jangan lupa masa rehat pegi ke surau untuk tadarus. semua 30 org campur kelas n tingkatan. Baca satu juzuk seorang. senang nak habiskansemua sekali gus. Then boleh lah buatmajlis khatam

okeylah sy dah ngantuk esok la pulak sambung.
wassalamualaikum...

Monday, August 31, 2009

PUASA DAN CUTI

Assalamualaikum,rsa macam dahlama takmenulis. Apakhabar ye semuanya my beloved children.Bagus jugak puasa bermula bersama bermulanya cuti sekolah. So rasa relaks la sikit. walaupun tak de lah relaks sgt bagi saya coz kena check paper exam.

Tambah2 lagi kelas awak 3 amanah ni,tak dan habis check , sampai je sms tanya"markah saya brapa ustazah, saya dpt A ke ustazah, saya lulus ke ustazah, berapa org dpt A ustazah, ada yang gagal ke ustazah, org ni dpr berapa? orangtu dapat berapa? penat menaip sms menjawab pertanyaan korang semua. nasib baik puasa, so sabar... sy tak de la marah, susah nak marah kat awak semua ni, sy lagi excited nak tahu markah awak semua sebab saya yg mengajar dan sy memang mengharapkan sesuatu yg surprise dari awak semua.

Dah tahu markah saya memang puas hati coz yg paling rendah pun dpt C, tak de D. 20 orang dapat A. Bukan senang nak capai tu semua. target saya...PMR sebenar nanti...berdebarnya rasa.
Percubaan ni excited pun 80% baru. yg sebenar nanti 100% coz betul-betul atas usaha awak sendiri.Dan sy tak dapat tolong apa-apa. REAL SURPRISE!!!.

antara excited dan sedih nak berpisah dgn awak semua, aduuuuhhhh sebak dada rasa. boleh masuk ICU rindu kat awak semua nanti.

esok sekolah dah buka balik, cepat lak rasa habis cuti, sy rasa patutnya bulan puasa ni cuti sebulan, lepas raya baru sambung sekolah betul tak? Baru syok. Siapa sokong saya angkat tangan. wahhh memang ramai penyokong, saya memang boleh nampak tu... Kerajan patut pikir pekara ni bawa masuk kabinet kan.
Saya kesian gak kat anak saya yang dah sekolah tu, dari pagi sampai petang, mesti penat. Pagi sekolah agama, petang sekolah kebangsaan,pukul6.30 baru balik. kesian..kesian...Tapi tak apa kena ajar mengharungi cabaran berpuasa. Nabi dulu berperang perang badar dalam bulan puasa, stakat sekolah apa lah sangat.berjuang menuntut ilmu. berperang melawan hawa nafsu.

Balik sekolah dah tak lama nak buka puasa.so tak de la sy jenuh nak melayan kerenah anak sulung sy kejap-kejap masuk dapur, lepas tu "Umi , berapa minit lagi nak berbuka? sepuluh kali tanya soalan sampai muak sy nak menjawab soalan dia. Ya lah anak masik kecik kan, nak marah pun tak boleh, so layan je lah...

so esok jangan lupa tolong saya tampal bendera kat kelas. masa rehat.bulan puasa kan bukan boleh pegi kantin.

Malam tadi sampai kul 1 pagi sembang ngan farah. pasal exam n markah percubaan. Best lak boleh sembang ngan anak didik ni. ingat nak teruskan tapi mata dah ngantuk, mak farahpundah marah2 suruh tidur, saya pun bimbang jugak takut tak sedar bangun sahur kalau tidur lewat sangat. pukul 4 pagi dah kena bangun. so tidur cuma 3 jam je. makk ooiii. Dah jadik bini org n mak orang ni camni lah.awak semua yg pompuan sama lah nanti rasa apa yg sy rasa la ni. org pompuan memang tak de masa nak rehat. time bujang ni le awak semua nak rehat pun. Tapi seingat saya zmn sy anak dara dulu tak de rehat gak coz tolong mak.

Tapi mak saya best.dia kejutkan saya then kami buat solat tahajjud dulu baru masuk dapur masak ke panaskan lauk ke. Klau terlambat bangun kami gilir solat tahajjud. mana nak cari mak macam tu zaman sekarang ni. Sampai sekarang ni kalau balik kampung saya selalu solat berimamkan mak kalau tak pegi masjid. rasa rindu lah pulak kat mak saya time bulan puasa ni.
sy ngan ma saya memang kamcing. Ngan ayah??? alamak...sori...takut!!!ayah sy garang + panas baran.tapi sekarang taklagi .dah tua dah nak garang macamana dah tak larat.

Panjang pulak karangan saya kali ni, dah lama tak menulis macam nilah..tak sabar nak jumpa awak semua esok. Awak semua mesti tak sabarnak tengokkertas exam kan. Tak pe nanti saya bagi esok kat kelas masa rehat. TAHNIAH !kepada yang dapat A.Nanti sy bagi hadiah pen sebatang sorang. Yg dpt 90 keatas sy bg hadiah extra sikit, yg lain jgn jealous lak. Takpe nanti kan kita nak buat celebration besar-besaran kat PIZZA hut after PMR.

Saya ingat nak sambut birthday saya ngan awak semua tapi clash lak ngan PMR , first day PMR lak tu. so sy sambut ngan family je lah. sy pun belum tahu kena jaga exam ke tak tahun ni,kena jaga PMR ke SPM tak tahu lagi. nama belum kuar. Kalau tak jaga best gak. boleh jenguk awak semua jawab exam.

awak yg nak exam sy yang berdebar. seram sejuk semacam lak. tkut tak capai sasaran.
Okeylah, sy rasa elok saya stop kat sini dulu. kalau panjang sangat jemu gak nak membacanya.
see u tomorrow in class. wassalamualaikum.

DHIL MERA CHURA YA KYU
HUM SEI DHIL CHORENAHITA
JAB SEI DHIL LAGAYA KYU
HUM SEI MO MORENAHITA....

sedih ah lagu ni...terasa di jiwa...ada yg faham?
Lagu ni dari filem MANN. lakonan amir khan, zaman sy sekolah kat u kut. dah lupa dah...tapi dia punya lagu terngiang-ngiang je kat telinga. Sy tak hafal tp tu la senang ingat, coz mengaji quran senang ingat so mende lain yg lalu kat telinga pun main singgah je. tak caya cuba la hafal Quran,mesti senang nak hafal nota .

La.. tak habis lagi ke???

dah hbis dah...emmm bai bai. nanti sambung lain kali lak...nak tulis novel 3 amanah tak de idea la ni, nanti dah ada idea sambung lagi novel tu. kisah cinta dalam kelas tu ke. ramainya pasangan yang sekelas ek??? isy isy isy, camana ni? elok cerai clash talak 3. awak semua kan masih belajar jgn nak mulakan maksiat kat kelas tu...ada yg belum sempat jadik pun ada. nasib baik. tu kira selamat tu tak terlibat ngan dosa secara lansung kan. camana ustazah nak nasihat kan yg dah merende ni ye. sapa boleh bagi idea?

eh eh sambung lagi...ok..yg ni last kira habis. tamat,.THE END. LOVE U...MMMUAHHH...

Thursday, August 27, 2009

Telatah budak nakal


Ini lagi sorang, mengigau...OOOiiii bangun oooiiiii, "OOOoooo dah bangun
mimpi nak cium sape tu? mengigau sambil berdiri lagi dah"
tu..isy, isy . isy...kah kah kah...macam-macam...
" Sape kacau aku tgh syok mimpi ha..???"


Ini cikgu nizam tengah mengajar, " tu yang dok belakang tu dengar sini...cikgu bercakap kamu DIAM, FAHAM? kamu diam cikgu bercakap...eh eh sama lah tu...


Ini doktor palsu ni, nampak pangkah tu, tanda salah tu, salah doktor...ha h hah hah .. kan dah cakap DR palsu. sampai dah herot dah muka, silapp plastik surgery ni. dah jadik macam alien dah...


amboi amboi....bukan main lagi ye
r,,,merende dgn ,mak we






Ni tak de keje berkubang dalam lumpur









iNI APAHAL LAK NI, TUTUP MUKA NI, cuba teka ni sapa? jwb betul 20 sen,,heh heh

Monday, August 24, 2009

Ramadhan alkisahnya

Awal2 dah ghaye, rasa rugi la pulak, ingat nak terawih dr mlm pertama sampai malam 30. Nasib badan, Nilah yg rugi n kurangnya org pompuan.So nak ganti yg rugi dlm ibadat solat n puasa wajib kenalah banyakkan sedekah.

Tapi Allah Maha Adil, semua makhluk ciptaanNya ada kurang ada lebih, so kira fair n square lah. Org lelaki ambil dan gunakanlah sebanyak mungkin peluang yg Allah bagi pada bulan Ramadhan ni sebab kome tak de nyer kaitan ngan bab cuti wajib dlm sebulan cam org pompuan. Kecualilah sakit tenat ke musafir ke.

Harap ramadhan tahun ini dpt anugerah dipertemukan dgn lailatul Qadar. bestnya kalau jadi insan terpilih. mimpi Ramadhan Tahun lepas masih terbayang sampai ke hari ini. kalimah Allah yang terpampang di dada langit nan Luas, tenangnya jiwa terpandang itu semua biarpun di dalam mimpi cuma. Kalimah yang bercahaya dan bersinar. Allahu Akbar. Subhanallah. Alhamdulillah . La haula wala Quwwata illa billahil aliyyil Aziiim.

Carilah Lailatul Qadar di sepuluh malam yang terakhir. itu sabda Rasulullah s.a.w. Marilah kita sama2 menghidupkan malam2 Ramadhan dgn zikrullah, seluruh jiwa kita, hati kita , anggota kita sujud kpd ALlah s.w.t. Tinggalkanlah apa yg sia2. spt yg dilakukan oleh Luqmanul Hakim kerna itulah beliau dianugerahkan dgn HIKMAH. Rebutlah Ramadhan kali ini jgn dilepaskan. jgn diharapkan Ramadhan tahun depan kerna mungkin kita sudah tiada ketika itu.

Andai ingin emasuki syurga melalui pintu "Ar-Rayyan" hayatilah puasa kita. puasa mata, telinga, kaki, tgn.mulut, hati kita.

Bercinta dengan RAMADHAN, bertunang dengan terawih, berkahwin dengan lailatul Qadar, natijahnya amat manis,kebahagiaan yg kekal abadi dan hakiki. Syurga Allah s.w.t.

MARILAH bersamaku menghidupkan mlam-malam Ramadhan dgn amal ibadat.

Sunday, August 23, 2009

markah percubaan PMR

GENG 90% keatas (4 orang)
-syey =95
-luqman=93 -Balqis=93 -yb=91

GENG 80% (16 orang)
afnan=89 asyraf=89 ayu=89 erni=87 Erra Fazera=87 dayah=86

Fareez=86 ridzuan=85 wan =85 farah=84 sheera=83 izzat=83

fedoz=83 nizam=83 fazera=80 Amir Fareed=80


GENG 70% (15 orang)
Mohd Hafizi=79 Abdullah Syafiq=79 habibul Asyraf=78 Amirul Fikry=78

Firdaus Mohd Shim=74 Syasha=78 Sh. Aysha=78 Zufar=78 Adam=74

Tehah=73 einur=73 anita=72 Nadhir=72 Rasydan=72 Aiman=70


GENG 60% (2 orang)
Anas Fathi=69

Ismail=62

Afiqah= Belum amik exam.


HARAP AWAK SEMUA PUAS HATI LAH YE DGN MARKAH TU, KALAU ADA APA-APA KEMUSYKILAN KITA BINCANG HARI SELASA NANTI. NAK BINCANG PASAL SAMBUTAN KEMERDEKAAN SEKALI. BENDERA USTAZAH DAH BELI, NAK PASANG JE. HARAP SEMUA BERI KERJASAMA KALAU KAT RUMAH ADA GAMBAR PEMIMPIN TOLONG BAWA
ALAH, NAK TAMPAL KAT KELAS.


Friday, August 21, 2009

Percubaan dah tamat

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum anak didik yg ustazah sayang sangat-sangat.
Dah lega kan coz percubaan dah selesai. Tapi tak de la lega sangat coz PMR sebenar bakal mendatang 47 hari lagi lebih krg. Yang tu Lagi berdebar, so make sure ulangkaji betul-betul jgn cakap tak cukup revision lak.

Yang saya tak faham dgn feel kamu semua ni kan, tak tahu nak duduk diam . suka bercakap walau dalam waktu exam. macam org tak faham peraturan. Semua dah tahu peraturan exam macamana tapi buat tak tahu ;ak. Ini yg ustazah ras agak bengang lah. awak kira kelas A kan, tapi perangai semacam kelas C & D gak.

Tak suka laaaaa....nak tanya angkat tangan, jgn berjalan cari sy. Lupa ke peraturan ? Fedoz pun satu hal, suka la memulakan kebisingan. yg lain mula menyampuk. yg tak berkaitan pun nak bercakap jgk. Apa nak jadi dgn kamu semua ni. Elakkan drpd membuat perkara yg melanggar disiplin. tak berkat hidup>Faham! jadilah manusia yg berdisiplin kalau mahu berjaya.

macamana saya nak tegur kamu ni, nak maghah jadik macam tak gheti nak maghah. tapi ingat !!! sekali ustazah marah, ustz marah betul, masa tu baru kamu tahu...la ni sy kawal keadaan coz kamu nak exam besar kan. so sabar je. kalau melampau sangat, sabar boleh hilang gak. jgn sampai sabar sy hilang. Saya tak nak fikiran kamu terganggu kalau saya dah hilang sabar. jgn samakan sy dgn cikgu lain.

nak tahu markah ke? tak siap lagi check. ada lah sorang baru check. tadi . Ok gak 93%. tak yah tahu lah sapa. nanti ustazah check semua ustz bgtau la ek. nanti tak adil lak. harap -harap meningkat lah pencapaian semuanya.

Ustz. dgr tadi cikgu Halimah pun dah siap check math. Katanya semua lulus. yg dpt A sorang. Ridzuan. sy respect ridzuan ni. dalam senyap dalam diam dia, berisi. tak de lah yang mulut suka buat bising kat kelas tu. cam tong kosong je bunyi kuat tapi isi tak de. Hampeh! cuba tiru perangai Ridzuan tu, bagus je. kalau semua ,macam tu rasa lain macam la pulak. cam sunyi je kelas. tapi kira ok lah, menceriakan keadaan. tapi belajar pun biar la ceria jugak markahnya. Fikry pun dah pandai loyar buruk ek. Terikut perangai Pedoz ngan Aiman. Fikry!!! jadilah diri awak yang sebenarnya, jgn dok tiru yg tak elok tu.

Oke lah, sy nak check paper awak semua. nanti sy masukkan kat blog hangpa tgk la markah hangpa no....

sebelum nak off, esok dah mula puasa, so ****SELAMAT BERPUASA, SELAMAT BERTERAWIH(JGN TINGGAL HAAA...) &**** SEBELUM TIDUR BUKA DAN BACA QURAN DULU, KUL 4 PAGI BANGUN QIAMULLAIL. ***BIASAKAN DIRI DGN AMAL SOLEH, MASA MUDA NI, KALAU NAK DAPAT 8 A YG BERKAT. IKUTLAH NASIHAT USTAZAH.***SY NASIHAT NI SEBAB SAYANG KAT KAMU SEMUA. SY PERCAYA KAMU SEMUA ANAK-ANAK YG BAIK. PENUHILAH HATI DAN JIWA DGN KEIMANAN DAN KETAQWAAN. INSYAALLAH KITA AKAN DIMASUKKAN KE DALAM GOLONGAN HAMBANYA YG BERJAYA. AMIN YA RABBAL ALAMIN.