Pages

Friday, July 17, 2009

WHY DO WE READ AL-QURAN WITHOUT UNDERSTAND A SINGLE ARABIC WORD

Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word?



This is a beautiful story

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur'an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could. One day the grandson asked, "Grandpa! I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?"

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Ta ke this coal basket down to the river and bring me back a basket of water."

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough," and he went out the door to watch the boy try again.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would Leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!" "So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket."

The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

"Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be Changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives."

If you feel this is worth reading, please forward to your contacts/friends. Prophet Muhammad (pbuh) says: "The one who guides to good will be rewarded equally"

Wednesday, July 15, 2009

bulan terbelah

Sunday, July 12, 2009

kembali kepada fitrah

Assalamulaikum,
bicara bermula dengan bismillah, pohon berkat dari yang Esa, agar hidup dilimpahi rahmat selamat dunia selamat akhirat.

Fitrah kita asal adam dan hawa, saling memerlukan mendamaikan dunia, andai fitrah dilanggar oleh nafsu dan kejahilan nescaya hancur seluruh alam.

Fitrah kita bersih dan suci, suci jasmani suci rohani. Suci jasmani dengan mandi , suci rohani dengan zikir kepada Ilahi Rabbi.

fitrah kita sukakan kedamaian sukakan ketenangan. Andai fitnah dilanggar oleh hasad dengki serta umpat keji, nescaya rosaklah ketenangan binasalah kedamaian.

Fitrah kita adalah ISLAM. Ambillah Islam seluruhnya, amalkan ISLAM semuanya, sebarkan ISLAM seantero dunia. Andai islam kita tinggalkan, Hancur iman hancur kehidupan. Andai Islam kita ambil yang mana suka, rosaklah iman hilanglah keperibadian.

Dengarlah kata ku, terimalah teguranku, bukalah pintu hatimu, kerana fitrahmu adalah suci, kembalilah kepada kesucian. Kembalilah kepada Islam semuanya. Yakinlah, dan yakinlah dan yakinlah . kepada DIA yang PEMURAH lagi PENYAYANG. Kerana DIA tidak pernah memungkiri janjiNYA kepada kita.

Tuesday, July 7, 2009

kira jgn tak kira


KIRA...JANGAN TAK KIRA...
TAK DAPAT JAWAB TAK DAPAT MAKAN KOPOK LEKOR...HE HE...

TAJAMNYE JELINGAN






JELING KAT SAPA TU SYAF??? CAM NAK TELAN ORANG JE. RILEX..RILEX,,,BW BANYAK2 ISTIGHFAR. SABAR. NAK PMR NI TAK MARAH-MARAH. COOL DOWN BABY...HE HEHHE

Sunday, July 5, 2009

CELIKLAH MATA HATI

(DIAMBIL DARI BLOG UST. PAHROL MOHD JUOI)
Jika ditanyakan siapa kita? Ramai yang tahu bahawa kita adalah hamba Allah. Namun berapa ramai antara kita yang sedar bahawa kita hamba Allah? Ya, ramai manusia hanya tahu tetapi tidak sedar bahawa dirinya hamba Allah.

Justeru, ramai yang berlagak seolah-olah ‘tuan’ (malah Tuhan) dalam kehidupan sehari-hari. Sikap angkuh, tamak, pemarah dan bangga diri yang sepatutnya tidak ada pada diri seorang hamba, menjadi tabiat dan budaya dalam kehidupan. Ya, tahu dan sedar adalah dua perkara yang sangat berbeza.

Tahu letaknya di akal – dengan memiliki ilmu dan maklumat. Manakala kesedaran letaknya di hati – dengan memiliki penghayatan dan hikmah. Ini menjelaskan mengapa ada pelajar yang lulus A1 dalam mata pelajaran agama Islam tetapi tidak solat. Dia mungkin tahu tentang kebaikan solat tetapi tidak sedar akan kebaikan itu. Tahu, hanya ‘di permukaan’, yakni baru bersifat pengetahuan dan teori. Manakala sedar adalah mendalam, melibatkan kemahuan dan amali.

Kata Hikmah dari Sayidina Ali

Untuk mengetahui apakah hakikat sebenar kesedaran, marilah kita dengar apa yang pernah dikatakan oleh Sayidina Ali k.w. yang antara lain bermaksud: “Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (mimpi), bila mati baru mereka terjaga (tersedar).” Kata-kata itu sungguh mendalam dan tersirat maknanya. Rupa-rupanya hanya apabila seseorang itu mati kelak barulah hakikat kehidupan ini tersingkap dengan sejelas-jelasnya. Ketika itu barulah si mati dapat “melihat” hidup dengan jelas dan tepat.

Setelah diri berada di alam barzakh (alam kubur), barulah manusia insaf apakah yang sebenarnya yang perlu dicari dan dimiliki dalam hidupnya ketika di dunia dahulu. Aneh, hanya apabila meninggal dunia, baru manusia menyedari tentang hakikat hidup di dunia. Seperti kata pepatah, “Setelah terantuk (mati), barulah dia tengadah (sedar).” Rupa-rupanya apa yang diburu semasa hidup di dunia hanyalah dosa. Manakala apa yang dihindarinya pula adalah pahala.

Ah, betapa tersasarnya tujuan hidup selama di dunia akibat buta mata hati. Dalam alam kubur, ketika debu-debu tanah menjadi ‘bumi dan langit’, barulah kita terjaga daripada “mimpi” selama ini. Sayangnya, pada ketika itu, segala-galanya sudah terlambat. Apa gunanya sedar di alam kubur kerana saat itu kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi untuk memperbaiki keadaan. Sepatutnya kesedaran semacam itu perlu kita miliki sewaktu hidup di dunia ini. Jelaslah, sekiranya hidup di dunia dilalui dengan penuh kesedaran, barulah ada kebaikan dan manfaatnya. Sebaliknya, sekiranya kesedaran itu hanya dimiliki di alam kubur, maka segala-galanya sudah terlambat!

Saturday, July 4, 2009

SKRIP KEHIDUPAN

Di ambil dari laman Ustaz Pahrol Muhamad Juoi

Hidup mesti dilihat mengikut ketetapan Penciptanya. Hanya dengan itu kejayaan dan kebahagiaan yang hakiki dan abadi dapat dimiliki. What you get is what you see – apa yang kita dapat, bergantung kepada apa yang dilihat. Dan tidak ada penglihatan yang paling tepat dan jelas melainkan dirujuk kepada pandangan Allah.
Mereka yang dapat mengikut ketetapan Allah itulah yang dikatakan celik mata hati – melihat hidup dengan penuh kesedaran. Untuk jadi sedar (celik mata hati) kita perlu memahami skrip kehidupan seperti yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Kita tidak minta untuk dihidupkan tetapi hidup ini adalah kurniaan daripada Allah.

Untuk hidup selamat, tenang, dan bahagia, hiduplah mengikut “skrip” Pencipta. Jadilah hamba yang sebenarnya kerana itu akan menentukan bagaimana kita melihat hidup ini. Who you are determines how you see – siapa anda menentukan bagaimana anda melihat (memandang). Jadi, apabila kita merasakan diri kita hamba Allah, maka kita akan melihat hidup ini dari kaca mata Penciptanya (Allah)!

Skrip Kehidupan
Skrip kehidupan inilah jika dilalui dengan penuh iltizam dan istiqamah, akan menghasilkan kemenangan yang bersepadu antara diri dan masyarakat, material dan spiritual, dunia, dan akhirat. Kita akan mendapat apa yang sepatutnya dan sewajarnya yang kita dapat. Sebaliknya, jika apa yang kita lihat tersalah ataupun tersasar, maka apa yang kita dapat juga akan tersasar. Kita akan menyesal di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat kerana kita dapat apa yang sepatutnya “tidak kita dapat”. Terasa benarlah hidup di dunia hanya sia-sia.

Inilah yang digambarkan oleh firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya (dengan keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat masa datangnya – iaitu hari seseorang melihat apa yang diusahakannya, dan (pada hari itu) orang yang kafir akan berkata: “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan).” (Surah al-Naba’ 78: 40).

Apakah hanya apabila kita berada di dalam kubur, barulah kita akan tersentak (tersedar) dalam memahami apa sebenarnya hakikat hidup ini? Pada waktu itu baru kita faham dan akur tentang apa tujuan kita dihidupkan di dunia. Dan di situ jualah baru kita sedar apa yang paling bernilai dan apa yang tidak bernilai dalam hidup. Pendek kata sewaktu itulah pandangan kita tentang hidup (worldview) akan tepat dan jelas.

RENUNGAN




Iman bagaikan setitis air di padang gersang, menyejukkan jiwa menyegarkan rohani yang ketandusan lantaran dosa yang tak terkira.

Renungkanlah aduhai insan, iman itu perlu dicari, dengan ilmu yang datang dari perkataan "bacalah, bacalah, bacalah."
Dan dari perkataan "dengarlah, dengarlah, dengarlah" apabila ilmu disampaikan, di surau, dimasjid, di mana jua ia diperdengarkan. Dan ia juga datang dari perkataan" amalkan. amalkan, amalkan."
Tiada guna kita menapak di bumi Tuhan ini sekadar mengisi perut yang sentiasa kelaparan,

CARILAH JALAN YANG LURUS YANG MEMBAWA KITA MENUJU JALAN ILAHI, YANG MEMBAWA KITA MENUJU SYURGA FIRDAUSI.

Dihadapan kita terbentang kitab suci, berwudhuklah, sentuhlah, bukalah, bacalah, fahamilah, kajilah , amalkanlah dan sampaikanlah.





CUBA TEKA



CUBA TEKA INI GAMBAR SIAPA. TUAN PUNYA DIRI DIAM AJE YE. YANG LAIN TU KALAU DAPAT JAWAB USTAZAH BELANJA KEROPOK LEKOR

Thursday, July 2, 2009



wajah idola ku,
Dalam tenang mentadbir sebuah negeri
Dalam tenang menyampaikan ilmu duniawi dan ukhrawi
Dalam tenang merendah diri
Dihadapan Ilahi Rabbi

Semoga Allah merahmati dan melimpahkan barakahNYA padamu, Permata yang tak ternilai di akhir zaman.Yang tiada galang gantinya.
Adakah insan yang selayaknya menggantikan tempatmu bila kau tiada. Ya Allah, kalaulah ...dan kalaulah...

Sayunya hati bila memikirkan,
seandainya DIA mengambilmu
akan berterusan kah berkat dan rahmat di bumi tanah kelahiranku.
Ya ALLaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh..........

cth PMR 2000

PENDIDIKAN ISLAM PMR

CONTOH SOALAN ALA PMR 2000

ARAHAN : KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI LIMA SOALAN. JAWAB SEMUA SOALAN BERIKUT:

SOALAN SATU (TILAWAH AL-QURAN)

Firman Allah S.W.T (Surah Ali – Imran ayat 103)

Maksudnya: Dan berpeganglah kamu sekelian pada tali Allah (Agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai…

a) Dalam ayat di atas, terdapat suruhan supaya umat Islam berpegang teguh pada tali Allah S.W.T.

i) Terangkan konsep sebenar berpegang teguh dengan tali Allah. (2 markah )

ii) Nyatakan dua kelebihan bagi umat yang bersatu padu. ( 4 marklah)

iii) Nyatakan dua tanggung jawab utama manusia terhadap Allah S.W.T ( 4 markah)

b) Firman Allah S.W.T. surah al-A’raf ayat 179.

Maksudnya : Sesungguhnya Kami menyediakan untuk neraka Jahannam ramai jin dan manusia, yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami (ayat-ayat Allah) dengannya, mempunyai mata tetapi tidak melihat dan mempunyai telinga tetapi tidak mendengar dengannya.

i) Nikmat pancaindera adalah antara nikmat Allah S.W.T yang tidak ternilai kepada manusia.

Tuilis nikmat pancaindera yang ada pada manusia. ( 2 markah)

ii) Bagaimanakah cara manusia mensyukuri nikmat pancaindera tersebut. ( 4 markah)

iii) Huraikan cara yang betul menggunakan nikmat pancaindera bagi seoarang pelajar. ( 4 markah)

SOALAN DUA (AKIDAH)

a) Hukum mempelajari ilmu akidah adalah fardhu ain bagi tiap-tiap individu muslim.

i) Nyatakan dua kepentingan mempelajari ilmu akidah. (4 markah)

ii)Terangkan tiga contoh amalan masyarakat Islam hari ini yang boleh merosakkan akidah.

( 6 markah)

b) Antara sifat Allah S.W. T ialah Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

i) Jelaskan perbezaan antara Maha Pemurah dan Maha Penyayang. ( 2 markah)

ii) Kemukakan dua bukti yang menunjukkan sifat Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

( 4 markah)

c) Nyatakan dalil naqli yang menunjukkan bahawa Allah Maha Bijaksana. ( 2 markah )

d) Nyatakan dalil aqli yang menunjukkan bahawa Allah Maha Adil. (2 markah)

SOALAN TIGA ( IBADAT)

a) Sertu dan samak mempunyai hikmah yang tertentu.

i) Nyatakan dua hikmah sertu dan samak. ( 4 markah)

ii) Mengapakah kulit binatang perlu disamak dengan benda yang bersifat tajam seperti kapur.

(2 markah)

b) Tulis dua perkara yang membatalkan tayammum selain perkara yang membatalkan wuduk.

(4 markah)

c) Solat Jumaat mempunyai hikmat-hikmat tertentu kepada individu dan masyarakat.

i) Terangkan dua hikmat solat Jumaat kepada Masyarakat. ( 4 markah)

ii) Nyatakan hukum dan alasan bagi masalah berikut:

- Amri mendirikan solat Jumaat pada waktu asar.

- Johan mendirikan solat Jumaat bersendirian di rumah. (4 markah)

d) Nyatakan nama puasa bagi masalah berikut:

- Maznah berpuasa sebulan pada bulan Rejab

- Zaiton berpuasa setelah lulus cemerlang dalam peperiksaan PMR ( 2 markah)

SOALAN EMPAT ( SIRAH NABAWIYAH)

a) Nabi Muhammad s.a.w. digelar al-Amin sejak kanak-kanak lagi.

i) Mengapakah Baginda memperolehi gelaran yang sedemikian? (2 markah)

ii) Senaraikan tiga sifat peribadi Rasulullah s.a.w yang menjadi contoh. ( 3 markah)

b) Pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w ketika berdakwah menghasilkan kesan yang positif.

Nyatakan tiga pendekatan yang digunakan oleh Baginda ketika berdakwah. ( 6 markah)

c) Pembinaan masjid adalah pemulaan kepada pembentukan negara semasa kepimpinan Rasulullah s.a.w.

i) Nyatakan dua peranan yang dimainkan oleh Masjid. ( 4 markah)

d) Abd.Rahman bin Auf merupakan ahli korporat yang berjaya.

i) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan beliau dalam perniagaan. ( 4 markah)

ii) Ceritakan secara ringkas riwayat hidup Abdul Rahman bin Auf ( 3 markah)

SOALAN LIMA (AKHLAK ISLAMIAH)

a) Khasyatullah ialah perasaan takut dan kagum akan kehebatan Allah s.a.w.

Bagaimanakah seseorang Islam dapat menanamkan sifat tersebut dalam diri. (6 markah)

b) Huraikan tiga cara untuk mengeratkan hubungan silaturrahim. ( 6 markah)

b) Zaharah baru saja melahirkan cahaya mata yang pertama.

i) Apakah yang perlu di lakukan oleh Zaharah dan suaminya sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. ( 4 markah)

ii) Nyatakan kelebihan orang yang bersyukur terhadap nikmat kurniaan Allah S.W.T.

( 4 markah)

ANALISA PMR 2008

Analisis Soalan Pendidikan Islam PMR 2008 yang telah diadakan pada bulan Oktober 2008 berdasarkan Format Soalan dan Sukatan Matapelajaran PI.

A. ANALISA MENGIKUT FORMAT KERTAS SOALAN

Bahagian A
Soalan Satu : (TILAWAH, HADIS & JAWI )
1.a. Tingkatan 1, Bab 10. Topik : Sifat-sifat Allah SWT
1.b. Tingkatan 3, Bab 6. Topik : Amalan Mukmin Cemerlang
1.c. Tulisan jawi
Soalan Dua : (TILAWAH, HADIS & JAWI )
2.a. Tingkatan 3, Bab 4. Topik : Mengingati Allah SWT Menenangkan Hati
2.b. Tingkatan 1, Bab 12. Topik : Al-Qur’an dan Hadis Panduan Hidup Mukmin
2.c. Tulisan Jawi
Soalan Tiga ( IBADAH)
3.a. Tingkatan 1, Bab 15. Topik : Asas Akidah Islam
3.b. Tingkatan 2, Bab 11. Topik : Beriman Kepada Asmaul Husna
3.c. Tingkatan 3, Bab 9, Unit 9 & 10. Topik : Beriman pada hari Akhirat : Syurga dan Neraka
Soalan Empat ( IBADAT )
4.a. Tingkatan 1, Bab 19, Unit 1 & 2. Topik : Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
4.b. Tingkatan 1, Bab 21, Unit 1-3. Topik : Solat Fardhu
4.c. Hukum
4.c.1. Solat Jamak
4.c.2. Solat Jenazah
4.c.3. Solat ketika sakit
4.c.4. Zakat Fitrah
Soalan Lima ( SIRAH DAN TAMADUN ISLAM )
5.a. Tingkatan 1, Bab 26. Topik : Kejayaan Rasulullah SAW meletakkan Asas Akidah Yang Kukuh
5.b. Tingkatan 2, Bab 21. Topik : Sayidina Ali bin Abu Talib Pemuda Yang Berani.
5.c. Susun Ayat :
5.c.1. Surah Al-Baqarah ayat 256
5.c.2. Surah Ali Imran ayat 18
Soalan Enam ( ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH )
6.a. Tingkatan 3, Bab 21. Topik : Adab terhadap Ibubapa
6.b.Tingkatan 3, Bab 20. Topik : Adab Dalam Hubungan Sosial.
6.c. Tingkatan 1, Bab 31. Topik : Adab Berkawan

B. ANALISA MENGIKUT SUKATAN / TINGKATAN

B.1. Sukatan Tingkatan Satu
Soalan Satu : (TILAWAH, HADIS & JAWI )
1.a. Tingkatan 1, Bab 10. Topik : Sifat-sifat Allah SWT
Soalan Dua : (TILAWAH, HADIS & JAWI )
2.b. Tingkatan 1, Bab 12. Topik : Al-Qur’an dan Hadis Panduan Hidup Mukmin
Soalan Tiga ( IBADAH)
3.a. Tingkatan 1, Bab 15. Topik : Asas Akidah Islam
Soalan Empat ( IBADAT )
4.a. Tingkatan 1, Bab 19, Unit 1 & 2. Topik : Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
4.b. Tingkatan 1, Bab 21, Unit 1-3. Topik : Solat Fardhu
Soalan Lima ( SIRAH DAN TAMADUN ISLAM )
5.a. Tingkatan 1, Bab 26. Topik : Kejayaan Rasulullah SAW meletakkan Asas Akidah Yang Kukuh
5.c. Susun Ayat :
5.c.1. Surah Al-Baqarah ayat 256
5.c.2. Surah Ali Imran ayat 18
Soalan Enam ( ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH )
6.c. Tingkatan 1, Bab 31. Topik : Adab Berkawan

B.2. Sukatan Tingkatan Dua
Soalan Tiga ( IBADAH)
3.b. Tingkatan 2, Bab 11. Topik : Beriman Kepada Asmaul Husna
Soalan Empat ( IBADAT )
4.c. Hukum
4.c.1. Solat Jamak
4.c.4. Zakat Fitrah
Soalan Lima ( SIRAH DAN TAMADUN ISLAM )
5.b. Tingkatan 2, Bab 21. Topik : Sayidina Ali bin Abu Talib Pemuda Yang Berani.

C.3. Sukatan Tingkatan Tiga
Soalan Satu : (TILAWAH, HADIS & JAWI )
1.b. Tingkatan 3, Bab 6. Topik : Amalan Mukmin Cemerlang
Soalan Dua : (TILAWAH, HADIS & JAWI )
2.a. Tingkatan 3, Bab 4. Topik : Mengingati Allah SWT Menenangkan Hati
Soalan Tiga ( IBADAH)
3.c. Tingkatan 3, Bab 9, Unit 9 & 10. Topik : Beriman pada hari Akhirat : Syurga dan Neraka
Soalan Empat ( IBADAT )
4.c. Hukum
4.c.2. Solat Jenazah
4.c.3. Solat ketika sakit
Soalan Enam ( ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH )
6.a. Tingkatan 3, Bab 21. Topik : Adab terhadap Ibubapa
6.b.Tingkatan 3, Bab 20. Topik : Adab Dalam Hubungan Sosial.

Monday, June 29, 2009

cikgu KAMAR

NI gambar cikgu kamar kat spital sungai Buloh. beliau kena demam denggi. tapi menurut cikgu munirah hariri kira la ni dah OK la sikit tapi paras darah masih rendah. sama-sama lah doakan semoga cikgu Kamar cepat sembuh ye. Sapa yang nak pegi melakwat tu baguih jugak. bw la air zam-zam bgi dia minum. InsyaAllah cepat sembuh dia...

SANTAI


Inilah wajah-wajah yang membuatkan saya rasa ceria setiap hari, kenakalan mereka tak pula membuatkan saya sakit hati, mereka banyak membuatkan saya tersenyum. Mungkin inilah yang dikatakan kasih kerana Allah.
well my beloved students In hope all of u cemerlang, gemilang and terbilang. PMR tinggal 108 hari lagi. tinggalkan segala kelekaan, bercintalah dengan buku dan nota, rindulah pada ilmu, mimpikan kemenangan.

Doa saya bersama kalian semua. PEsan dan WASIAT saya jangan tinggal solat walau pun satu waktu. Berusahalah, berdoalah kemudian tawakkallah.


"BUAT SAMPAI JADI"Genggam bara api biar sampai jadi arang. mendaki gunung biar sampai ke puncak.


kejarlah dunia kejarlah akhirat namun jangan cinta kepada dunia cintalah kepada akhirat, kerana Allah tidak akan menyimpan dua cinta di dalam satu hati.Itulah cinta kepadaNYA.


I love u all as my child, as my friend. I can be ur shoulder to cry on. Call me when u need someone to talk too. I'll be there just to keep you happy and smile. Remember Allah alwayz and HE will always remember you.

Sunday, June 28, 2009

haddad alwi - Rapidshare Search - (52 files)

haddad alwi - Rapidshare Search - (52 files)

NOTA DARI BLOG ASAL

ASsalamualaikum,
my beloved students, harap semuenya sihat belake, study hari okey ke? mesti ok kan. hope so.
well hari ini ustazah ada masa 4 masa direct dgn kelas 3 dedikasi n 3 dinamik. so buat kat surau, habiskan PAFA diaorang. Kamu aje lah kalau kelas D ni, nak kena ajar satu-satu. makna dua kalimah syahadah pun tak tahu. lupa...tak tahu apa nak jadi. inilah masalahnya kalau islam keturunan, Islam taklid buta ni, jumud tak mahu buka pintu hati kepada ilmu. tak mahu cari. dah di ajar pun tak mahu diterima ajaran. Saya memang kasihan dgn pelajar2 ni. Ya lah...Islam tak tahu kemana, iman lagi tak tahu kemana. Rukun ISlam tak ingat, rukun iman tak ingat. semua tu dah belajar darisekolah rendah lagi,,, mana pegi apa yang dipelajari selama ini???

Then masa awak semua kelas KH saya pegi le cari coz nak ambik markah KH KT yang belum lagi di ambil dan diberikan cikgu maslinda.
so lepas tu pegi makmal kimia masukkan markah. minta tolong YB n Erni.. lambat pulak diaorang dtg. Cikgu munirah tak bagi kuar kut.

Dah habis separuh markah ustz. key in br nampak muka depa. Tak pa lah at least muncul jgk. cepat sikit keje ustz. Tapi Erni tak lama coz cikgu munirah panggil untuk oral lak. then tinggal le YB sorang. Tak pe lah. saya baca markah YB taipkan. kejap aje dah siap.

yang dpt no satu, siapa lagi YB le mengekalkan kedudukan. Tahniah lah ye YB. tapi jgn lupa diri. Ridhuan boleh kalahkan awak. Awak masih lagi lemah dalam BM. Math pun bukan tinggi sgt. Dpt B je. BI Fedoz yang tinggi 80 lagi. kalah awak tu. So jangan action sgt ok.

Yg lain tahniah juga lah. cumanya matematik kena usaha lebih lagi coz ramai yang fail. Kalau tak faham tanya lah cikgu Halimah TU. jgn nak segan.

Semua cikgu-cikgu yg ngajar awak semua puji kelas awak ni. bagussssss katanya. Ada cikgu kata kelas awak ni lebih baik dari 3 ADIL. saya tak bohong, cikgu yang ngajar awak tu yang cakap kat saya. so jaga prestasi , jaga akhlak, jaga semuanya...okey. be the best n always the best. ingat target 8 A ye PMR. usaha dan usaha lagi. dah tak lama dah...jgn dok leka-leka lah. baca buku buat ulangkaji dari sekarang ye.

Doa ustazah sentiasa mengiringi awak semua. Semoga ALLAH SENTIASA MEMBERKATI SEGALA USAHA AWAK SEMUA DAN INSYAALLAH KEJAYAAN AKAN MENJADI MILIK U ALL.

OK...FROM USTAZAH WITH LOVE...BYE...BACA BUKU JGN SAMPAI TAK CUKUP TIDUR. OTAK PERLU REHAT YANG CUKUP. KALAU TIDAK NANTI CPU AWAK AKAN BERCELARU. JAGA CPU YANG TAK TERNilai yang ALLAH bagi tu.. tak ada gantinya. tidurlah dalam zikrullah. Lai laha illa llah. subhanallah wal hamdulillah wala ila ha illallah wallahu akbar. wala haula wala quwwata illa billahil aliyyil aziiiiimmmmm. wassalamualaikum.
jgn lupa baca doa" bismikallahumma ahya wa amuuut. ucapkan dua kalimah syahadat, selawat kpd Rasulullah s.a.w.. Baca ayat kursi, al-fatihah, istighfar, dan niatlah untuk bangun bertahajjud. okey....lastly, have a nice dream. ta ta...


Monday, June 22, 2009

22 jun 2009

Posted by WAN the only one

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam sayang penuh kerinduan buat anak didik yang ustazah sayangi semuanya. Harapan dan doa ustazah semoga kalian sihat wal afiat dan dapat belajar dengan penuh ceria hari ini.

Ustazah masuk lambat sikit ke kelas tadi coz untazah kena prepare file PLBS berkaitan dgn PAFA, ayat hafazan, tilawah dan adab. Pentaksir dari PPD datang nak check file. N ustazah kena htr dua orang utk diuji. Ustazah pilih dari kelas ckl dan ckp dan dedikasi.

masuk kelas hari ini ustazah rasa ceria. belajar tajuk Khalid Al-walid. Firdauz tak sudah-sudah tanya soalan mengada dan tak masuk akal. saja nak riuhkan kan kelas. Aiman pulak baca tersekat-sekat. Luqman pulak terikut...sajaaaaaa je . jadik kelakar lak. dah pandai baca tu jgn nak buat tak pandai...hmmmm entahlah. Sampai berair mata ustazah gelak.

Apa pun inilah kenangan yang akan ustazah simpan buat mengubat rindu ustazah pada awak semua nanti tahun depan bila awak semua dah tak ada.

Izaat yang tak sudah dgn gaya menggoda. Nak buat lawak la tu. Ustazah tau semuanya nak curi perhatian. Saya tak akan marah kecuali kalau buat perangai yang menyakitkan hati saya. I LOVE U ALL. AND I MISS U ALL.

Well, asyik berceramah pasal hari kiamat tak sedar waktu rehat awak semua dah tamat. Maaf lah ye. Awak semua pun tak terasa dan sedar jugak nak ingatkan saya. YA lah ustazah bawa berita tentang kiamat tu nak ingatkan awak semua yang masih lagi leka dan lalai . Kerana masih lagi ada yang meninggalkan solat lima waktu. Solat tak cukup lima. Perintah Allah yang wajib, yang berdosa besar awak semua pandang ringan. jadi jawapan untuk menyedarkan awak semua tentang dosa besar yang balasan azabnya juga besar ialah berita tentang kiamat dan berita tentang kematian.

HArap lepas ni tak da lagi yang tinggal solat. Tak guna belajar tinggi, lulus 8 A kalau solat tak cukup, n tak sempurna. Sifir solat 5-1 = 0 bukan 4. So beringatlah. sebelum malaikat izrail datang menjemput.

kurangkan hiburan yang melampau. Jgn terlalu banyak ketawa.Imam Al-Ghazali mengatakan hati bisa mati dengan banyak ketawa. Banyakkan zikrullah, hati akan hidup sentiasa dalam keimanan. Allah akan menjaga orang yang sentiasa mengingatiNYA.

TITIPAN IMAM AL-GHAZALI:
UBAT HATI ADA LIMA PERKARA:
1. MEMBACA AL-QURAN DENGAN MAKNANYA
2. MELAKUKAN SOLAT MALAM, BERTAHAJJUD DAN SEBAGAINYA
3. BERKUMPUL DENGAN ORANG SOLEH
4. PERBANYAKKAN BERPUASA
5. BERZIKIR SEPANJANG MALAM.
TULIS dan tampal pesanan Imam Al-Ghazali kat bilik tidur dan baca selalu supaya ingat dan amalkan. SEMOGA ALLAH MEMBERI HIDAYAH BUAT KALIAN SEMUA. Inilah tanda ingatan dan kasih sayang ustazah buat awak semua. Apakah yang bernilai dari saling ingat mengingat antara kita. Ingat lah sabda Rasulullah s.a.w. antara yang menjadi ahli syurga ialah seseorang yang menyintai saudaranya kerana Allah. Letakkanlah diri kita di antara hamba Allah yang bersifat seperti itu.

SEKIAN dulu buat kali ini. InsyaAllah jika diizinkan Allah, ustazah akan sambung lagi di lain masa. Jgn lupa htrkan htr email kpd ustazah kalau ada apa-apa kemusykilan ke insyirah710@gmail.com.

kalau ada masa lawatilah myspace ustazah; myspace.com/wazana
password blog 3 amanah ni ustazah ckp kat kelas lah nanti, insyaAllah. Awak semua boleh updatekan dengan berita masing2. masukkan gambarke. ke. Ingatkan saya bila saya masuk kelas. ok. bai bai..."UHIBBUKUM ABADAN ABADA". "I LOVE U FOREVER". "NAN UNNEI KADHELI KEREN." "WATASHIWA ANATAMI KIDEN". MAIN TUM SEI BOHOTH PYAR KARTI HOON. Hmmmm bahasa apa lagi ye...tak tau dah kut. ooo yee satu lagi mandarin " "WO AI NI"...BAHASA sendiri terlupa lak nak tulis. "Saya saaaaayaaanggg awak semua".wassalamualaikum.








Thursday, June 18, 2009

18 jun 2009

Posted by WAN the only one

Salam sayang, salam rindu buat anak didik ustazah semuanya,

Di harap kalian sihat sejahtera hari ini.Syarifah Aysha sorang la yang tak sihat. Dia call ustz. tadi bagitau dia kena gastrik. Kronik kut kalau dah sampai x leh datang sekolah tu. So Aysha, makan ubat ye! lain kali jaga pemakanan jgn buat kerja sampai tak ingat makan. Yang lain juga kena ingat ye. jadual kita makan sehari-hari jangan di ubah sebab sistem penghadaman dlaam badan kita akan mengikut jadual seharian kita. Disiplin...disiplin...disiplin. kena ingat dan faham . bukan sekolah aje yang ada disiplin. Dalam pemakanan pun ada disiplinnya. Inilah keindahan Islam. Bukankah rasulullah s.a.w. dah ajar tentang pemakanan. Makan pagi, tengahari dan malam. kalau puasa mesti sarapannya semasa sahur. makan malamnya waktu berbuka. bahagikan tiga. satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk udara dan satu pertiga untuk air. Makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang. jgn terlalu lapar jgn terlalu kenyang.Islam itu adalah bersederhana. Kan cantik apa yang Islam ajar. .Kalau nak sihat ikut lah...pesanan ini untuk awak dan untuk saya juga...heh...heh...

well, ari ni balik lambat lagi coz ada aktiviti persatuan dan kelab. Ustazah lak penasihat kelab tahfiz,,, so...kena handle la. Tapi yg dtng 4 org je. yang rajin menghafal lah... yang lain tu sibuk bagi alasan je...tak pelah..lagipun ustazah kan nak uji hafazan kelas awak yg mana tak habis lagi hafazan tu. yg ustazah risau nye coz hari isnin pegawai dari ppd nak datang observe...fail kwlas awak dgn kelas lain yg saya ajar x siap lagi. kerja ni kalau dtg kan mesti bertindan. Dah h la sekrg ni sibuk ngan markah. nak key in markah lagi. nak tulis markah dalam buku rekod kemajuan awak lagi, nak kena hantar pejabat lagi...seminggu je lagi..mengikut kata PK kita puan ROS hari terbuka akan diadakan sama ada pada 26 atau 27 JUN. jumaat atau sabtu. next-next week tu....maaaaakkkkkk tolonnnnnnn....ada sesiapa yangringan tulang nak tolong ustazah key in markah kat bilik komputer tak...YB...boleh ke? awak kan selalu stay back...Erni? Nisa? Syasha?...hemmmm bikin ana fenin lahhhh bila kerja dtg melambak pada satu masa ni...

Apa pun, kalau dah keje kena buat gak. Kalau tak siap lagi fenin...

siapa online tu ye? ustz nmpak ada sorang tu...tp x tahu siapa. awak semua cuba la jawab-jawab soalan kat bank soalan tu ye...

dah x lama daj nak PMR ni jgn byk leka. Jgn buang masa. hormat guru-guru. Selagi guru-guru sayang pada awak. suka kan awak mereka akan menyebut yg baik-baik je pada awak semua. Itu doa tu. kalau semua cikgu doa yg baik2 je pada awak InsyaAllah memang ada harapan untuk lulus cemerlang PMR nanti. Yang mana lemah dalam jawi tu,,,banyakkan ulangkaji dgn buku teks. Itu boleh membantu.. Markah utuk jawi 8 markah. banyak tu...boleh menyebabkan awak x dpt A...

Rugilah...saya memang mengharapkan dan mendoakan awak semua dapat A agama. Pleassssssssssssssssssssssseeeeee jgn kecewakan saya. JUGA DIRI AWAK DAN MAK AYAH AWAK JUGA SEBENARNYA. I luv u GUYS...please don't break my hope...I really hope that this year will end with happiness, with all of you. So sad thinking that next year u r not at the same class anymore n I won't be ur class teacher anymore...All of u r my sweetest memory at this school. I'm Gonna miss u all. Really miss u all.

Well, InsyaAllah all of ur character i'll write it down in my novel about ur class. The novel name's "o3 amanah.blogspot.com. " just like ur class blog. donno when it will finish...but for sure it won't be in this month. May be it will take a few month or may be years...Cuma dapat menaip bila ada peluang...kekangan masa...n macam-macam alasanlah sebenarnya...yg boleh dan tak boleh dielakkan...just wait n see

I think that's all for tonite. see u tomorrow or may next week coz u all have easy math tomorrow so all af u won't have class with me...sedih, geram n tension coz dlm kepala ustazah dah set nak habiskan ayat hafazan, tilawah dan PAFA dgn kelas awak esok. alih-alih ada easy math lak...nape la buat masa sekolah. buat la ari sabtu ke...tak la ganggu subjek lain... manyak gangguuuuu maaaa. nak habis sukatan lagi...banyak lagi tu,...tajuk nak kena habiskan...isyyy isyyy isyyy...kes naya la rasanya...tapi nak buat macamana....ikut aje laaaa...pening ke tension ke...terima je lah...

Okey..bai bai my dearest... students...3 amanah's members of 2009' have a nice dream. tidur biar cukup ok. esok baru lah segar dan x mengantuk masa belajar...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Sunday, June 14, 2009

BERTEMU KEMBALI

Posted by WAN the only one

Assalamualaikum my beloved students,
cuti dah habis, mesti byk perkara menarik yang dilakukan semasa cuti kan. Sape2 yg tak kemana tu, patutnya bacalah buku...kan nak exam. buka blog 3 amanah ke buat latihan PMR kan byk faedah tu...jgn buang masa dok melangut kat depan tv je...
ustz balik kg dalam 10 hari kut, time cuti ni bykk kenduri kawin la...so makann gulai lembu, kerbau, ayam memang dah wajib ada...kalau dah semuanya gulai bertambah la kolestrol then bertambah la jerawat kat muka yg mmg dah x hndsome ni...heh.

apa nak buat.. x mkn rugi lak. tu la bila balik kg selera mkn mmg bertambah...x th brp kg naik...

tp ustz ada sesuatu utk awak semue, ustz tgh menulis novel ttg kelas 3 amanah dgn watak-watak yg glamour kat class tu, nanti bila dah siap bolehlah baca, kalau nasib baik ada di jual kat kedai buku, tp x tau la bila. dok tgh cari idea ni nak tulis kisah2 awk semue. tungguuuuuuuuu....
mana tau jd bestseller kan...kayo den...hah hah
awal2 dah bermimpi, x pe cita2, impian kena ada, barulah ada semangat nak tulis kan.

yang pi melancong tak de ke buah tgn utk ustz. buat kenangan.

jgn lupa esok hari isnin adakelas tmbhan untuk ayat hafazan, dan tilawah nak kena habiskan minggu ni jgk. lps ni nak kena htr dah markah kome ke ppd. jgn dok lengah lg nak menghafalnya ya.

okeylah. ustz rasa setakat ni je dulu utk hari ni, hari minggu ni x de pe jgk nak buat, akt. surirumah je la, masak, cuci kain, jemur kain, kemas rumah, ngadappc tulis novel...buku...buku apa tu??? rahsia.....

jumpa esok ye kat kelas...jgn ada yg ponteng sambung cuti ye...nak PMR ni...jgn ,main2 lg 0k! miss u bebey....bye

Monday, June 1, 2009

31 MEI 2009

Posted by WAN the only one

SALAM SAYANG buat semua anak didikku,

setiap saat yang berlalu bukanlah suatu keindahan, kerana ia juga memberitakan bahawa makin singkat usia kita, dan kita semakin dekat menuju kematian. Sayang masih ramai antara kita lupa dan alpa serta leka dengan nikmat keindahan dunia yang menipu mata jasmani mempertontonkan keseronokan yang palsu kerana ia hanya sememtara saja. Dan keseronokan itu lah yang telah menjauhkan kita dari ingatan pada Ilahi.

Ingat lah duhai pelajarku sayang bicara Rabbi dalam hadis Qudsi" tinggalkanlah cinta kepada dunia jika inginkan cinta kepada akhirat, kerana Aku tidak akan menyimpan dua cinta dalam satu hati"( maaf kalau tersilap tapi maksud dia lebih kurang lagu tu la...)

Bukan tidak boleh berhibur, bukan tidak boleh bergembira tapi wajib dalam batasan syariahIlahi. Agar kita tidak tersandung ke arah dosa dan noda yang membawa kita ke neraka. Ku berpesan padamu kerana kau aduhai anak didikku adalah lambang kejayaan tugasku. Andai kalian terdidik dgn ajaranku itulah hadiah yang paling bernilai buat ku lebih bernilai dari segala emas dan permata yang ada di dunia ini.

Tiap kali ku tatap wajahmu, kau adalah harapanku, kejayaanmu adalah kejayaanku, kegembiraanmu adalah kegembiraanku kesedihanmu adalah kedukaanku. Kau anak didikku yangku kasihi demi DIA Rabbi, bangkitlah dari kesilapan semalam, jgn diulang tapi belajarlah jgn biar kesilapan itu terulang sekali lagi, kejayaan akan mengiringimu andai itu yang kau benar-benar mahu, jgn sesekali kau harapkan rezeki akan jatuh dari langit, seandainya kau lupa pada DIA yang Maha memberi. jgn kau terlalu yakin dengan usaha yang kau buat kerana ketentuan kejayaan adalah ditangan DIA bukan pada usahamu, MENGERTILAH aduhai anak didikku sayang. kerna itu jgn sesekali kau lupa menyempurnakan perintahNYA dan menjauhi laranganNYA.

Tusyen??? perlukah???inginku sedarkan kalian, seandainya apa yang guru ajarkan di sekolah tidak kau tumpukan, maka dimana berkatnya...Jika kerja yg guru arahkan tidak kalian siapkan lantaran kerja tusyen yg kalian kejarkan maka di mana hormatmu pada gurumu. Setiap kali gurumu marah padamu setiap kali itulah rahmatnya hilang buatmu. Ketahuilah olehmu aduhai anak didikku sayang, utamakan dulu ajaran gurumu dimana kau menuntut ilmu. Nescaya kejayaan sudah berada ditanganmu kerana berkatnya kasih guru yang mengajarmu dgn hatinya yang ikhlas dan berlapang dada padamu. Doanya padamu setiap saat agar kau berjaya dan menjadi pelajar yg mulia. Mulia di sisi manusia dan mulia di sisi YANG MAHA ESA.

Anak didikku sayang, perjalanan hidup kita masih panjang dalam perjuangan mencari ilmu dan beribadat kepada TUHAN, penuhilah setiap saat dalam hidupmu dgn sesuatu yg mendekatkan dirimu kepada DIA. ingatlah pesanku ini aduhai yang dikasihi anak didikku. RENUNGKANLAH...

selamat malam, jgnlupa baca doa sebelum tidur" BISMIKALLAHUMMA AHYA WA AMUT. ASY HADU ALLA ILA HA ILLALLAH WA ASY HADU ANNA MUHAMMADARRASULULLAH ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAIYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD. " baca lah ayat kursi , ayat tiga QUL, dan dua ayat terakhir surah Albaqarah, insyaallah terselamatlah dari segala gangguan styaitan maupun mimpi buruk.

amalkan ya... bye bye...salam sayang dari Ustazah buat semua.

Saturday, May 30, 2009

AL YAUM 30 MEI 09

Posted by WAN the only one

SALAMUN ALAIKUM AYYUHA AL-TULLAB WATTALIBAATI ALMAHBUBAATI.

Testing cakap arab pulak, x fhm? tukan bagi salam je. kepada pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang dikasihi. tu le maknenye.

x de sapa online sehari dua ni, may be dah balik kampung agaknya. yang beruniform lak pegi camping perdana. baik-baik ye camping tu. KRS, PENGAKAP, BULAN SABIT MERAH, KADET POLIS, BOMBA PUTERI ISLAM DAN lain- lain lagi tu. ada lagi ke???ustazah harap yang pegi camping ni lepas habis camping ada sesuatu yangdipelajari dan di ambil iktibar jgn camping tapi takde kesan apa-ape. Terutama disiplin. yang ustazah kesalkan yang ahli beruniform ni kalau disiplin persatuan bukan main lagi ikut tapi disiplin sekolah K.O. Takut kat komandan lebih dari cikgu. sampai sanggup tinggal kelas nak pegi latihan beruniform. Ini yg buat ustazah nak marah tau. ssepatutnya yang persatuan ni hanya sampingan je tapi yang ahli ni terlebih komitted macam dah keje dgn persatuan. lepas tu belajar, exam semua kantoi dapat markah merah...

Nak komited dgn persatuan tengok waktunya lah. jgn sampai x masuk kelas lansung. ilmu yang kat dalam kelas tu lagi berkat dari persatuan tu. yang lebih dahsyat lagi sampai sanggup menipu tak de latihan di kata ada pada cikgu yang mengajar. Dari mana sifat penipu ni datang. nak monteng kelas x nak belajar. jgn dibuat begitu. tak berkat hidup susah nak berjaya nanti di masa depan. Percayalah!!!

well...hari ni ustazah n suami pergi kursus penulisankat GALERI ILMU. nak belajar2 menulis buku pulak. sebelum ni memang ada la tulis tapi utk sendiri je. so bila dah pegi kursus ni nampaklah cara nak tulis buku ke novel ke...dan macam2 lagi. doakanlah ustazah supaya berjaya menulis sebuah novel tahun ini. cita2 n sasaran tahun ini la ni. kalau betul siap awak semua beli satu sorang. camane? boleh??? bagi support lah kan.

yang ada internet kat rumah tu jgn lupa online, htr berita n cerita, so tak de la ustazah boring sgt. dan jgn lupa teruskan buat latihan PMR kat blog ni.kena rajin buka n rajin ulangkaji. barulah Allah boleh tolong. Usaha, doa, istiqamah, tawakkal. dapat rasa manisnya kejayaan. InsyaAllah. PMR dah tak lama sgt dah. so kena prepare awal2. ok lah sekian dulu buat kali ini . wassalamuaalaikum


Friday, May 29, 2009

ARI NI 29 MEI 2009

Posted by WAN the only one

SALAM UKHUWWAH DARI USTAZAH BUAT SEMUA, SEMOGA SEMUANYA DIRAHMATI DAN DIBERKATI ALLAH LAH HENDAKNYA

report hari ini cuma sekadar tentang sambutan hari guru. ustz agak terlewat sampai sekolah tapi acara belum mula. guru-guru berjalan atas laluan dari kain merah, bukan red carpet la tapi red jgklah. x pa lah tu...kira acara glamour la tu dgn baju-baju baru semua...well acara dimulakan dgn perasmian majlis sambutan hari guru.. yg bestnya dapat bunga..itulah pertama kali dalam sejarah hidup ustazah dapat bunga special cam tu. rasa romantik lah pulak...bunga mawar merah n bunga kecil-kecil warna ungu...I LIKE IT VERY MUCH. Thanx to PIBG for the flowers. dari kelab guru semua guru dapat pen n calculator. okeylah...

then tgk persembahan sajak dari MAHRI n guru2 lain best gak lah.persembahan pelajar, guru tercantik dimenangi oleh pn Norazzuwa. paling bergaya pn Tuzian, paling popular Pn saodah...
saya dapat tengok je ler...tak kisah yang penting sy dpt ngajar awak semua dgn baik dan berkesan. Then time rehat Anita, sy. .norhanisah , tehah dtg bg hadiah. wow!!! thanx guys. terima kasih sangat2. seronok gak dapat hadiah rupanya. then time pegi kantin YB berlari dtg beri hadiah. tanya dia pasal nak buat jamuan kelas tu, tp rasanya tak jadi coz ari jumaat. lepas buka sekolah lah ye YB kita bincang camanae lak. then mi nta firdaus mohd Shim ambik gambar ustazah n YB and lukman Hakim...lukman and lukman...diapit oleh dua orang body guard yang cute...tima kacih lah ye YB atas hadiah tu...then adam datang kat meja bagitau habibul x datang. tapi dia kirim hadiah untuk ustazah. tima kacih habibul asyraf.

SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2009

SELAMAT HARI GURU BUAT GURU YANG BERGURU DENGAN GURU YANG BERGURU YANG MELAHIRKAN GURU-GURU YANG MENCURAHKAN ILMU YANG AKAN MELAHIRKAN BUKAN HANYA GURU.

15 MUSUH IBLIS

NABI MUHAMMAD S.A.W.
IMAM YANG ADIL
ORANG YANG KAYA YANG RENDAH HATI
PEDAGANG YANG JUJUR
ORANG ALIM YANG KHUSYUK SOLATNYA
ORANG BERIMAN YANG SUKA MEMBERI NASIHAT
ORANG BERIMAN YANG PENGASIH
ORANG YANG BERTAUBAT DAN TETAP ATAS TAUBATNYA
ORANG YANG TIDAK MAHU BERBUAT KEMUNGKARAN
ORANG BERIMAN YANG SENTIASA BERWUDHUK
ORANG BERIMAN YANG BANYAK BERSEDEKAH
ORANG BERIMAN YANG BAIK AKHLAKNYA
ORANG BERIMAN YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN
ORANG YANG MENGAMALKAN DAN TERUS MENERUS MEMBACA AL-QURAN
ORANG YANG MENEGAKKAN IBADAT PADA WAKTU MALAM SEDANG ORANG LAIN TIDUR DENGAN NYENYAKNYA

PENENANG JIWA YANG RESAH

Dikala ku berjabat tangan
terasa indah nikmat bersalaman

Dikala ku hulurkan tangan
terasa nikmat diberi balasan senyuman

Dikala ku menadahkan tangan
terasa nikmat memuja
KudratMU TUHAN

Saturday, June 27, 2009

Assalamualaikum semuanya!


Ustazah harap semuanya sihat walafiat. HAri ini sempena hari terbuka sekolah, nampaknya ramai juga yangdatang adalah lebih kurang 24 orang. Bagus la tu. Parent yang perihatin dengan anaknya-anaknya. Awak semua kan anak yang soleh dan solehah. InsyaAllah. Harapnya gitulah ye. Solat tu jgn tinggal. Puasa dah ganti ke belum. Tak lama lagi nak puasa dah. Elok qadha cepat2 jgn sampai berganda tahun berganda lah bayar fidyahnya.

Macam2 lah ragam tadi kan. Syasha jgn marah ye, mak nasihat tu utk kebaikan. Kurangkan merende' tu. Masih belum masanya untuk kome bercinta, ye anak-anak ye. tumpukan dulu sepenuhnya pada pelajaran. Tak de maknenye kome bercinta yangtak tahu hujung pangkalnya ni. Belum tentu le kahwin dgn pakwe ke makwe ke tu...Pikir panjang2 ye. jgn ikut perasaan. Jgn lupa syaitan yang selalu mencari jln merosakkan manusia.


bila mak dan ayah dah datang barulah ustazah kenal, Ayah YB...fuyooo mak aiih patutlah YB tu lurus je, ayahnya serius, tegas, kecik hati jugak ustazah bila dia kata ingatkan sekolah ni sekolah terbaik, tu la pasal htr YB kat sini, pas tu lak tanya nape YB tak dok kelas adil ke, aktif ke... bebenornya dah rezeki YB dok kelas amanah kan? terror macamana pun rezeki nak dok mana tu Allah yg tentukan. jgnlah pandang rendah... amanah ni kira baguih punye. Banyak cikgu2 yang mengajar awak semue puji kata awak semua ni lebih baik pencapaiannya dari kelas aktif. Tak caye? betulllll takkan ustz nak bohong lak.

Ayah fedoz pun serius gak. tak sangka lak fedoz kah kah kah....kelakar betul. Tapi bagus la dapat ayah yg macam tu , barulah anaknya tak macam-macam, kan?

luqman ...ooooo nak bet YB... camane nak bet YB ni..awak 7c dia ada 3A...awak satu A pun tak de...ok..kalau betul awak nak bet YB ustazah cabar awak, buat betul-betul ujian bulan ogos nanti ustazah nak tengok result, berapa A dapat. okey???

wan lak tak datang, rumah tepi sekolah je, nape tak datang ni???saya nak kenal gak la ngan mak dan ayah wan kan...

Afnan...ape citer??? dapat nombor last tu tak de la bermakna sangat bebenornya, coz yang penting berapa ABCDE nye tu. Tu la awak pulak ada E. Math lak tu. baiki lagi ok. usaha kena lebih. jgn nak relax je.

Erni kira okelah tu ye, mak dah datang ke sekolah tu kan. seronoklah ye tak. terus berusaha ok. Ustzah harap sgt awak dpt 8 A ni. Kalau boleh semua yang kat kelas 3 amanah tu dapat 8 A. Usahalah lebih sikit, kurangkan main tu. buang masa tak tentu pasal. banyakkan buat latihan dan baca buku. ye. ustazah sayang sangat kat awak semua. dah rasa macam...entahlah susah nak terangkan. dah macam anak, kawan. Ustazah rasa seronok bila mengajar awak semua.

Izzat tak datang hari ni, maknya ada datang jumpa saya, kata nak htr izzat pegi kursus motivasi anjuran MAP yg diuruskan oleh DR ISMADI tu..kursus tu mmg bagus. kalau awak semua nak ikut saya boleh uruskan tapi nak kena bayar yurannya. agak mahal dlm RM250 kut. kalau tak silap la.

Balqis, mak awak tak da lak ckp ayah awak cam garang sgt. sebenarnya, ayah awak tu macam ayah saya gak tak pandai nak tunjukkan kasih sayang pada anak. tebiat orang melayu bebenornya. bukan ayah awak je cam tu. boleh kata 90% lelaki melayu tak gheti nak tunjukkan kasih sayang pada anak dan isteri. Rasulullah ajar lain tapi depa buat lain. Romantik itu sunnah. Orang melayu susah nak romantik. malu tak kena tempat. tapi bila buat maksiat tak de lak malunya. Terlebih romantik lak. MAsalah problem tu. sabarlah ye. jgn risau la,, saya sayang kat awak ye, yang lebih penting lagi ALLAH sayang kan kita lebih dari segala-galanya. betul!!! perkara kecik je tu. Tak yah la dok pikir sgt. pikir belajar dulu biar berjaya dgn cemerlang.

okeylah, jumpa lagi nanti hari isnin. yang tak datang ambik buku report card tu, hari isnin nanti ustazah bagi, bwa balik bagi kat mak ayah suruh depa sain ye.

Salam sayang untuk semua. jgn lupa tidur awal dan baca doa ye...ingat tak doa tidur macamana. nak tau...tanya adik yangkat tadika tu, mesti dia tau..he he/ ok..bai bai. c u 2 more row InsyaAllah. Wassalamualaikum.

Thursday, June 25, 2009

SORRY TO DELETE THE OLD BLOG

Assalamaualaikum warahmatullahiwabarakatu, buat semua anak didik yang ustz sayang, saya terpaksa delete blog lama tu coz bercelaru dgn entah apa apa ntah. tapi ustz create blog baru dgn nama yang sama. so kalau awak semua buka blog ni dgn rupa yang baru lah. rasanya memang byk maklumat dalam blog lama tu dah di terdelete sama. tak pa lah nanti ustazah buat baru punya.

semua kena buat semula balik. nasib..nasib..