BLOG INI SAYA BUATKAN KHAS UNTUK PELAJAR KELAS 3 AMANAH 2009 SMK SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA.SEMOGA LAMAN INI AKAN MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA. BUAT PARA PELAJAR CUBALAH JAWAB CONTOH SOALAN YANG SAYA LINKKAN DI SINI. SEMOGA CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT.
Tuesday, May 17, 2011
SALAM RINDU BUAT MU
Dah lama tak update blog 3 amanah ni, terkadang rasa rindu pada anak2 murid 3 amanah 2009. kenakalan, kemesraan...iya..masih dalam ingatan..nama2 yang tak akan padam dari ingatan. Tahun ini mereka akan mengadapi peperiksaan yg besar..SPM..harap2 semuanya akan berjaya dengan cemerlang...memang bunyi agak mustahil kalau aku sebut nak 10 A semuanya, sebab usaha masing..tak sama. yang mana berusaha lebih akan dpat lebih..insyaAllah akan ku doakan kejayaan mereka di hadapan kaabah nanti. Apapun kalian haruslah ingat usaha saja tak cukup, kena taat perintah Allah..jaga solat, berdoalah kepadaNYA....tanpa rahmatnya tak mungkin kejayaan dapat kita kecapi. best of luck to all of you. love you all.
Saturday, March 5, 2011
Tuesday, March 1, 2011
FREEDOM (MAHER ZAIN)
Maher Zain - Freedom ( Official Lyric )
Gathered here with my family
...My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, women or man
We're here for the same reason; we want to take back our land
Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together
Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us
No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there
Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together
Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us
I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we're not backing of
Oh God we know you hear our call
And we're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us
Friday, February 11, 2011
MENCORET KATA
Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh,
Dah lama benar saya tak update blog 3 amanah nih...bukan tak ada cerita cuma tak ada mood ..hehe sebab geng 3 amanah 2009 dah tak bersama lagi semuanya...Apa pun masih ramai juga yang saya masih ajar..yang belajar di kelas 5 aktif dan 4 bakti...Syey, luqman, Asyraf, anita, Firdaus, Tehah, Rashdan, Zufar, Ismail, Adam, Izzat, Fikry,hafizi., Ayut..tu je la rasanya...kalau ada yg tertinggal minta maaf yer...
Buat yg saya tak ajar tu coz dok kelas lain..saya tetap rindukan awak semua..Wan dengan lawaknya, Farah yang rajin gak ikut aktiviti reunion...YB, Nadhir yg comel,Fareez yg committed, Aiman yang semakin slim, n firdauz yg tak tetap ngan gaya chief inspectornya...sheera, fika,Syafiq,Anas, Ridzuan mmmm sapa lagi ek..
Buat yang ikut reunion kat D curve main bowling tu..terima kasih banyak2 walaupun yang boleh main separuh jer coz lane tak de kosong. Saya nak booking awal2 coz tak ada yg confirmkan ngan berapa orang...tapi saya seronok coz ramai yang hadir n yang dari bukan ex 3 amanah pun ada...Muiz..thanx for join the club n asyraf...Really love n miss u all guys. saya main ngan hubby n my kids...Anyway big thanx to Anas yg tunggu saya kat d curve..rasanya kalau saya pergi sendiri tak sampai kut kat CC tu.. haha coz saya bukan tahu sangat jalan kat situ. boleh sesat dalam bangunan...terserempak lak ngan budak kelas C...apa ka nama budak tu..hmmm dating ngan makwe..mak aih...sekolah tak lulus sibuk dok bawa anak dara orang kesana kemari...tak suka ..tak suka...yg pompuan lak senangnya la nak dibawa ke hulu ke hilir...rasa seronok tapi lupa rendahnya nilai harga diri...fikir2 kan ya anak2ku sayang.
Yang tak ikut ..tak apa lah..InsyaAllah lainkali kalau ada rezeki..jumpa lagi.
Ada sapa 2 yg confirm pegi rumah dayah tak ??? mak dia buat akikah adik dia kat saujana utama...saya tak tahu lagi coz esok ada majlis jamuan perpisahan utk guru yg berpindah tahun lepas..majlis tu buat kat sekolah gak dari pukul 3.00 petang...kalau sempat InsyaAllah saya pergi lah...
Anyway ..ada lagi berita tertinggal..nak ucap terimakasih kat luqman coz jemput saya masa perasmian restoran mak dia kat Shah Alam. Sedaaappp nasi berianinya. Ayamnya memang menyelerakan. Tak ada kesempatan lagi nak bawa family saya pegi makan kat sana...InsyaAllah Luqman ya..tgk la kalau hari minggu time bawa anak jalan2 saya singgah kat restoran tu. Rasa kelakar bila ingat peristiwa Acap n Zuraidie sesat, ingatkan naik kete..rupanya kapcai,,,he he...jangan marah ha Zuraidie...:) smile...
Sebelum saya tangguhkan update untuk kali ni saya doakan semoga awak semua belajar bersungguh-sungguh dan semuanya berjaya dalam SPM nanti..kalau boleh biar semuanya dapat 10A...tak mustahil kalau Allah kehendakkan..tapi dengan usaha dan doa awak semua lah. Saya dan guru2 lain hanya membantu awak semua agar lebih faham tentang apa yg dipelajari.
Seperti biasa..pesanan saya..JAGA SOLAT LIMA WAKTU...BACA AL_QURAN, DOA banyak2...Taat perintah Allah dan Rasul, Taat perintah Ibu Bapa selagi perintah mereka tidak bertentangan dgn syariat, taat dan hormati para guru...Doa mereka sama seperti doa ibu...berkat mereka kerana menyampaikan ilmu...
BE SOLEH N SOLEHAH students...
I LOVE YOU ALL..,
IsnyaAllah will see u all again on wednesday
coz pagi isnin sekolah off utk pelajar pagi..MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH n On tuesday CUTI SEMPENA MAULIDURRASUL SAW
SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL 1432H..MAY ALLAH BLESS US ALL

Wednesday, December 15, 2010
Doa
أللهم إني أسألك خشيتك في الغيب والشهادة ، وأسألك كلمة الحق في الغضب والرضى ، اوأسألك القصد في الغنى والفقر ، وأسألك نعيماً لا ينفد ، وقرة عين لا تنقطع ، وأسألك الرضى
بعد القضاء ، وأسألك برد العيش بعد الموت ، وأسألك لذة النظر إِلَى وجهك الكريم ، والشوق إِلَى لقائك في غير ضراء مضرة ، ولا فتنة مضلة ، اللهم
...زينا بزينة الإيمان
بعد القضاء ، وأسألك برد العيش بعد الموت ، وأسألك لذة النظر إِلَى وجهك الكريم ، والشوق إِلَى لقائك في غير ضراء مضرة ، ولا فتنة مضلة ، اللهم
...زينا بزينة الإيمان
quotation
Dua Hal Yang Mesti di lupakan : 1. Kesalahan Orang Lain pada ku 2. Kebaikan ku pada Orang lain &… Dua Hal yang Mesti di Ingat : 1. Kesalahan ku pada Orang lain 2. Kebaikan Orang lain pada ku.
Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat) – Surah Al-Hajj,77
Allah menyembunyikan wali-wali-Nya di kalangan hamba-hamba-Nya. Maka janganlah kamu menghina seorang pun dari kalangan hamba-hamba Allah. Boleh jadi wali Allah terdapat di kalangan mereka.
Tiada perbezaan antara datuk, sultan, mufti, ustaz, imam dan orang biasa. Tuhan tidak pernah menilai insan dengan gelaran-gelaran yang diberikan oleh sesama manusia. Dia melihat keluhuran jiwa dan kesahihan amalan. Entah berapa ramai orang biasa lebih mulia di sisi Tuhan dibandingkan mereka yang bersandar dengan berbagai-bagai gelaran dan pangkat. Jalan pulang ke pangkuan Tuhan tidak pernah mendiskriminasikan manusia.
“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah seolat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang amat besar dan penting untuk dilakukan” [Luqman 31: 17]
Ibnu Abbas ra. berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta’ala berfirman: “Sesungguhnya Aku hanya menerima salat dari orang yang merendahkan diri karena keagungan-Ku dan tiada menyombongkan dirinya di atas makhluk-Ku, tiada terus menerus bermaksiat pada-Ku, menghabiskan masa harinya berdzikir kepada-Ku, berbalas kasih kepada orang miskin, orang musafir-ibnussabil- perempuan janda dan orang yang terkena mushibah. Ia bercahaya laksana matahari. Aku lindungi ia dengan kesabaran-Ku dan memerintahkan malaikat-Ku menjaganya. Aku berinya cahaya dalam kegelapan dan kesabaran dalam kesukaran. Ia di antara makhluk-makhluk-Ku laksana “firdaus” diantara barisan surga”. (Hadis Riwayat Al-Bazzar dari Ibnu Abbas)
Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila telah mati anak Adam itu maka terputuslah semua amal ibadatnya kecuali 3 perkara iaitu:1.Sedekah jariah.2.Ilmu yang berguna dan dimanfaatkan oleh pengamalnya.3.Anak yang soleh yang tidak melupakan mendoakan ibu bapanya.
Monday, November 1, 2010
Thursday, October 14, 2010
hukum nyanyian dan hiburan
Hukum Nyanyian Dan Hiburan
Disiarkan pada Aug 02, 2010 dalam kategori Hadith |
Soalan: Assalamualaikum Dr Asri, saya kebelakangan ini mula minat dengan agama. Saya teringin menjadi seorang muslim yang baik. Cumanya masalah saya ialah saya terlalu gemar menyanyi. Kawan saya seorang yang kuat agama selalu menegur saya, katanya nyanyian adalah muzik syaitan. Saya cuba mengubah, tetapi kadang-kala saya menyanyi juga sebab terbiasa. Saya rasa susah nak buang tabiat ini, apa nasihat Dr kepada saya?
Roslee, Kuala Muda, Kedah.
Jawapan Dr MAZA: Saudara, Islam bukanlah satu agama yang mengharamkan segala bentuk kegembiraan dan hiburan dalam hidup manusia. Allah Yang Maha Mencipta mengetahui bahawa manusia melalui dalam hidup mereka berbagai suasana dan keadaan. Ada kala manusia perlukan hiburan atau perlu dihiburkan. Hiburan wujud dalam berbagai bentuk. Islam datang bukan untuk mengharamkan, tetapi untuk member garis panduan. Untuk soalan saudara, saya sentuh perkara-perkara berikut;
2. Dalam hadis Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:
bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka. Hadis ini menunjukkan sikap lunak Nabi s.a.w yang tidak melarang hiburan dalam bentuk nyanyian sekalipun berlaku dalam rumah baginda. Nabi s.a.w tidak bersikap keras mengenai hiburan seperti sesetengah mereka yang menggunakan nama agama untuk membenteras hiburan habis-habisan. Bantahan Abu Bakr ditolak oleh Nabi s.a.w secara berhikmah.
Ada sesetengah pandangan yang cuba menyatakan bahawa Nabi s.a.w tidak menolak dakwaan Abu Bakr bahawa nyanyian suara syaitan, cumanya hanya diizinkan disebabkan hari raya. Penghujahan seperti ini tidak kukuh. Sebabnya, apakah jika nyanyian suara syaitan maka pada hari raya ia tidak menjadi suara syaitan lagi dan selepas itu kembali menjadi suara syaitan semula?! Atau apakah pada hari raya maka suara syaitan dibenarkan? Cukuplah dengan teguran Nabi s.a.w itu sebagai satu bantahan umum atas kenyataan Abu Bakr. Suara syaitan sepatutnya bukan dikaitkan dengan hari dan waktu, tetapi dengan isi kandungan!.
3. Dalam riwayat al-Bukhari, juga dari ‘Aisyah r.a. bahawa
“Seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda: Wahai ‘Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan”. Maka, dalam hadis ini menunjukkan Nabi s.a.w prihatin dengan kecenderungan hiburan sesuatu kaum dalam majlis-majlis yang bertujuan untuk kegembiraan dan kesukaan seperti majlis perkahwinan. Mungkin hal ini boleh diluaskan kepada majlis sambutan kesukaan yang lain seperti majlis keluarga atau pejabat dan seumpamanya. Bahkan mengenai majlis perkahwinan Nabi s.a.w pernah bersabda: “Perbezaan antara yang haram dan yang halal adalah kompang dan suara dalam perkahwinan”. (Riwayat al-Nasai dan al-Tirmizi, hadis ini bernilai ‘hasan’).Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diistiharkan. Berbeza dengan perzinaan yang biasanya dilakukan secara senyap-senyap. Kegembiraan pada hari perkahwinan dizahirkan secara nyata dengan hiburan kompang atau alatan yang lain dan suara. Suara di sini ada yang menafsirkannya sebagai iklan pernikahan. Juga boleh ditafsirkan sebagai nyanyian.
Maka menjadi sunnah ketika majlis perkahwinan adanya hiburan seperti pukulan kompang dan suara nyanyian. Maka apa yang diamalkan dalam tradisi melayu ketika perkahwinan diadakan pukulan kompang dan nyanyian adalah tidak becanggah dengan ajaran Nabi s.a.w.
4. Dalam riwayat Muslim, Anas bin Malik menceritakan bahawa Nabi s.a.w mempunyai seorang pemandu unta yang akan menyanyi ketika dalam dalam perjalanan. Nama beliau Anjasyah. Kata Anas:
“Bahawa Rasulullah s.a.w mempunyai seorang pemandu unta yang mempunyai suara yang lunak. Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: “Perlahan wahai Anjasyah! Jangan pecahkan kaca (wanita-wanita)” (Riwayat Muslim).Ulama hadis berbeza pendapat tentang maksud Nabi s.a.w dalam hadis ini. Namun, maksud yang dipaling dapat difahami ialah baginda meminta agar Anjasyah memperlahan lagunya kerana ia telah menyebabkan unta semakin pantas, sedangkan wanita-wanita iaitu isteri-isteri baginda mungkin tidak termampu bergerak sepantas itu. Ini menunjukkan bagaimana baginda tidak melarang nyanyian, sebaliknya menggunakannya untuk menggalakkan perjalanan. Cumanya, apabila menyebabkan kesusahan wanita, baginda meminta agar ia diperlahankan.
5. Dalam hadis lain, ‘Aishah menceritakan
:“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).Demikian Nabi s.a.w member ruang untuk isterinya menikmati hiburan.
6. Ada sesetengah pandangan yang agak ketat dan ‘tidak luas’ terutama sebahagian mereka yang beraliran salafis yang menghadkan hiburan hanya pada hari raya sahaja atau dengan bentuk kompang tertentu sahaja. Mereka memahami hadis-hadis ini secara literal.
Bagi saya, pandangan ini boleh menyempitkan urusan muamalat dan kehidupan yang diluaskan oleh Islam. Soal hiburan bukan seperti ibadah khusus yang memang tidak boleh ditokoh tambah. Hiburan adalah sesuatu yang bermula dari titik tolak ‘harus’ atau keizinan umum syarak yang tidak boleh diharamkan melainkan dengan dalil yang jelas.
Hiburan adalah hak inovasi dan kreativiti insan yang diizinkan secara luas selagi tidak menyanggahi prinsip dan hukum yang Islam tetapkan. Apatah lagi baginda Nabi s.a.w apabila mengizinkan hal-hal ini semua menyebut pada hari berkenaan:
“Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).Pada hari ini ramai yang rasa Islam itu sempit dan menyongkong. Nabi s.a.w membuka ruang kegembiraan dan hiburan, agar Islam tidak difitnah dan dituduh demikian rupa.
7. Namun, sudah pasti di sana ada batasan yang mesti dipatuhi dalam setiap perkara. Hiburan juga ada disiplin dan batasannya. Al-Rubaiyi’ binti Mu’awwiz menceritakan bahawa:
“RasululLah s.a.w datang ke majlis perkahwinanku, lalu baginda duduk di tempat tidurku seperti engkau duduk. Beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu kesedihan mengenang bapa mereka yang terbunuh semasa peperangan Badar sehingga salah seorang mereka berkata: “Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok”. Baginda bersabda: “Jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu” (Riwayat al-Bukhari).Dalam hadis ini Nabi s.a.w tidak melarang nyanyian gadis-gadis tersebut. Lagu-lagu berlirik sedih yang dinyanyikan mereka juga tidak dilarang oleh Nabi s.a.w. Cumanya apabila mereka menyebut lirik yang salah atau bercanggahan dengan kebenaran maka ia ditegur oleh Nabi s.a.w. Dalam hadis ini Nabi s.a.w menegur ungkapan yang menyatakan baginda tahu apa yang akan terjadi pada esok hari. Hal ini tidak benar. Hanya Allah sahaja yang mengetahui perkara yang bakal berlaku.
Maka, lirik-lirik nyanyian hendaklah dipastikan tidak menyanggahi syarak seperti bercanggah dengan akidah yang sahih, atau mengajak kepada maksiat, atau membohongi fakta dan seumpamanya. Demikian juga jika ia diiringi dengan perbuatan yang haram, maka hiburan dalam bentuk seperti itu diharamkan.
8. Seorang muslim hendaklah melihat keluasan syarak ini sekalipun dia secara individu mungkin tidak menggemarinya. Mungkin seseorang yang kuat agama itu tidak gemarkan nyanyian, tapi tidak bererti mesti diharamkan terhadap orang lain. Sebaliknya, hendaklah dia amanah dalam memberitahu keluasan syarak dalam hal ini.
9. Di samping tidak wajar hidup ini disibukkan dengan hiburan sehingga melupai tujuan hidup yang sebenar. Hiburan hanya diambil dengan kadarnya sahaja, jangan dijadikan tumpuan hidup. Jika dijadikan tumpuan sehingga melupai tanggungjawab Islam, maka hiburan itu akan membawa kepada dosa dan maksiat kepada Allah.
Labels:
hukum nyanyian dan hiburan
Wednesday, October 13, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)