Pages

Wednesday, August 12, 2009

APC

Semalam hari Selasa ustazah pegi terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di bangunan PKNS Petaling jaya yg disampaikan oleh Dato Ramli setiusaha kerajaan negeri selangor. sekolah kita 11 org yg dpt Anugerah itu. Saya, Ustz Aezjah, cikgu Shanti, pn Tang, Pn Lim loo lee, Pn Wan Zainab Wan Derahman, Pn Siti HAnim, Pn Norhiyah, Pn Norhaslinda, Pn.Norazwani, Fiza kerani sekolah.

Apa yang menyebabkan saya rasa bersejarah dan kelakar sangat yang menyebabkan saya rasa nak ketawa saja semalam. Peristiwanya lucu sangat. saya sampai awal sikit dgn Ustz Aezjah, dgn Pn Siti Hanim. So dah daftar, ambik tempat duduk, tak lama kemudian yang lain tiba, tak disangka sangka Cikgu Wan Zainab Wan Derahman pakai baju sebiji serupa dengan saya, Ya Allah, dah la nama sama, nama bapa je lain, pakai baju serupa, nasib tudung tak serupa itu pun sebab tudung saya nak dijadikan cerita masa gosok malam tadi terbakar coz sterika panas sgt. Kalau tidak tudung pun memang sebijik serupa. dah la tu kami ni lahir tahun yangsama, then birthday lak saya 7 .10.1971, dia lak 10.7.1071. twist bulan je n hari. dah le tu lahir sama kat kelantan. Then bila selesai majlis, berlaku kesilapan yangsama pada sijil kami. ejaan nama kami salah pada BIN. Patut dieja binti, tapi di taip BIN saja. sama lagi. memang sejarah betul. Sampai ke hari ini saya masih lagi nak tersenyum teringat peristiwa semalam.

Dalam dewan tu dalam keriuhan penerima anugerah, saya teringatkanawak semua, rindu coz tak jumpa awak semua. Tak tengok kelas awak sehari rasa macam lama sangat. saya risau sebenarnya, risau bila melihat awak semua spt tak bersedia je p.islam utk exam. PMR dah tinggal 55 hari je lagi. Awak semua masih tergagap-gagap nak jawab soalan yg saya tanya. Ya Allah apa nak jadi ni saya pun tak tahu.

Hari ini Yb lak x dtg sekolah dia sms sy katanya demam sikit, Nisah pun sms saya ckp demam. Syarif sy call mak dia. mak dia ckp memang dia demam. tapi dah kurang, esok dia dtang. Aysha pun demam. Musim demam sekarang ni. awak semua kena berhati-hati. pakailah topeng kesihatan tu.

Kat library tadi saya cuma ajar Adam n Erni je ngaji. Nizam balik kut. Zul pun tak datang. Balqis...entahlah, rasanya dia tak akan datang dah lepas peristiwa tu. Lupakanlah. Saya kalau boleh tak nak ianya diungkit lagi, Biarlah segalanya berlalu dan keadaan kembali seperti biasa. Sy tak nak kemesraan kita semua menjadi seperti ada gap. Tak seronok.

saya nak biarlah tahun in berakhir dengan kegembiraan. Adam cakap tak sabar nak meraikan majlis perpisahan kat Pizza hut. Hai adam, PMR belum awak dah berseronok dah. Tunggu lah lepas PMR.

Saya ingin tinggalkan kenangan paling manis dalam hidup awak semua. kenangan yang awak tak akan jumpa lagi lepas ni. Tapi tak tahu, saya rasa saya yang akan kesedihan sebab awak semua akan tinggalkan saya. huah huah huah...please don't leave me. I'M gonna miss u a lot bebeh. kelas tiga amanah yang penuh kenangan. suka dan duka. sayang dan rindu... APO NAK DIKATO. KALAU BULEH NAK BERSAMA SELAMO-LAMO...mustahil la tu. saya memang dapat rasakan yang sebilangan besar ahli tiga amanah akan ke SPB. MRSM. kalau ada yangtak pegi dua tiga orang je. yang tak habis hafal ayat hafazan tu kut...hah hah ahha ahh sapa suruh tak hafal sampai habis. kan padan muka sendiri. Tak dengar cakap ustazah. jangan marah haaa..

Okeylah, dah melalut dah. nanti jumpa lagi esok. Main tumsei pyar karti hoon. Bohoth pyar hain. Main tumse yaadha ti hoon. Bohoth yadhati hain. kal fir milengei. Khuda Hafiz.mmmuaaahhhh!

No comments:

Post a Comment