Pages

Monday, December 7, 2009

MENNGIMBAU KENANGAN

teringat bila pertama kali menjejakkan kaki ke kelas tiga amanah, mata yang tertumpu nampak macam boringsaja. takut. seram tak kut.he he. coz mereka kenal aku dgn wataj yang garang selalu marah pelajar yang main-main semasa solat sewaktu di tingkatan dua. hmmm well u don't know me yet.

Selalu guru agama di cop tak syok lah. garang semacam. benci lah. tak best lah. Aku masuk kelas tu dalam bulan mac , dah tiga bulan diurus oleh org lain. well aku first time ajar form three, sebelum ni ajar form 1 n 2 je. tahun ni nak tukar selera. dapat ;ak jaga kelas tiga amanah. kelas A ni rasanya tak de la masalah sangat. kelas agak pandai la. selalu aku dapat kelas corot.kelas yang tak tahu membaca. so lega la sikit tahun ni.

38 orang. ramai gak tu. lelaki 22 org perempuan 16 org. well ramai lelaki dari perempuan, selalu kelas ramai perempuan dari lelaki. tak kisahlah.

so bila aku perkenalkan diri. muka2 yang memandang aku dah semacam. tak sukeeeeee. Aku buat biasa je.

seminggu je aku masuk, suasana mula berubah. jatuh cinta beb. sronok jaga kelas, kepala semua minda IT. boleh kata ramai yg ada myspace n facebook. fuyoo. anak zaman moden la katakan. so I love them very much. aku create blog special utk mereka. blog tiga amanah. first cikgu dalam smk seksyen 10 yg buat blog utk kelas. caya lah.

Semasa hari guru dapat banyak hadiah. penuh tangan. Thanx to those yang bagi saya hadiah. nita, tehah, syey, YB. semua lah ek.

Semasa sambutan kemerdekaan amik gambar kenangan. semua aku masukkan dalam blog tiga amanah. markah ujian segala. Cikgu ihanim puji melangit., jealous tengok gambar aku yg aku letak. actually gambar tu aku spesel buat kat studio spesel utk blog 3 amanah. kenangan buat anak-anak ku sayang. sori la hanim gurau je. nanti aku tolong kau buat blog untuk kaunseling sekolah k.

Then masa hari ko-kurikulum semua bagi sokongan. buka gerai jualan. yang membeli nya mereka juga. kah kah kah. itu yang seronok. apa pun terima kasih la yang bagi sponsor tu ye. yang datang tolong buat promosi. yg tolong jaga kedai, yg tolong beli, yang tolong macam-macam lah. dapat duit simpan utk jamuan kelas.

paling seronok masa jamuan kelas akhir tahun kat Pizza hut seksyen 6 kota damansara. itulah kenangan paling indah dalam sejarah aku kat sekolah ni. sedih gak bila nak berpisah ngan anak2 kesayangan aku ni. dah rasa macam ..entah lah tak tahu nak kata. souvebier aku belikan sejadah kecil kat depa. kenangan sepanjang hayat. cabutan bertuah semua dapat. yang tak datang pun dapat juga.

sebab dah close sangat. buat pula program ke wet world walaupun tak semua pegi tapi seronok. thanx syey. wan, Yb. luqman, nadhir, erra, dayah, Zufar. I MISS THAT MOMENT we were togather. main air sampai merah mata, letih.

Then PMR aku rasa teruja sangat. lepas mereka habis exam paper agama aku terus jumpa. walau tak jumpa semua. minta paper dari AIman. nampak soalan teramatlah mudah.Aiman jawab banyak betul. Einur lak yg banyak silap jawab. camana ni Einur. Harap semuanya berjaya dengan cemerlang. Aku target 18 org dapat 8 A. siapa th kehendak Allah. doa aku makbul. Aku nampak harapan pada Ridzuan dan YB. yg lain harapan positif juga. Erni, erra dan lain-lain. tak leh sebut semua. nanti tak suspen. tak sabar nak tahu result at the end of the year nanti. O my God.

Ada gak yang nakal. tapi aku tak amik kisah sangat. Kenangan bersama mereka akan tetap jadi kenangan dalam memori hidup ku.

I love u all, I miss u All. harap hubungan ini tak akan terputus. hantarlah message k! my beloved children. hantar email ke. semua tahu email saya kan. ada kat blog ni. harap kalian tak akan lupakan saya. kalau mengaji tu hadiahkanlah juga utk saya. Kalau saya dah tak ada hadiahkanlah alfatihah dan ya sin. itu sj yang saya harapkan hasil didikan saya pada awak semua. Doa saya semoga awak semua akan menjadi anak yang soleh., pelajar yang soleh. pekerja yang soleh suatu hari nanti. hamba yang taat mengerja kan solat. jagalah solat. itu amanat terakhir saya. jangan sekali-kali memandang remeh hal solat. kerana dia tiang agama kita. Tanda sayang saya pada awak adalah peringatan tentang solat. Permata yang paling berharga bagi orang yang beriman. Tidak ada gunanya kita menjadi hartwan. jutawan, terkenal andai solat kita tak sempurnakan.

Harap kita akan bertemu lagi suatu hari nanti seandainya ada antara kalian yang akan berpindah sekolah. Salam rindu teramat rindu dari saya untuk awak semua. Semoga Allah merahmati kita semua dan meletakkan kita dikalangan hambanya yang beriman dan beramal soleh. amin. jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment