Pages

Friday, February 26, 2010

SALAM MAULIDURRASUL

Ya Rasululullah SAW tarikh hari kelahiranmu mengingatkan aku akan segala sirah perjalanan hidupmu, segala ranjau onak dan duri perjuanganmu.
Ya Rasulullah! selawat dan salam untukmu dan ahli keluargamu. Sesungguhnya aku amat merinduimu. Rindunya untuk berkunjung ke masjidmu. Berdoa disampingmu. 
Ya Rasulullah SAW kau sentiasa hidup di dalam hatiku. Biar pun kau telah lama meninggalkan dunia fana ini namun ku setiasa merasakan kau begitu dekat denganmu.
InsyaAllah akan ku cuba mengamalkan sunnah mu apa yg terdaya olehku dan semoga Allah SWT akan memberikan aku kekuatan untuk beramal dan istiqamah dengannya.

Ya Rasulullah SAW!
Aku ingin meluahkan isi hatiku padamu kerna ku ingin kau tahu betapa aku sentiasa mencintaimu wahai kekasih Allah. sesungguhnya hati ini amat sedih bila melihat umat mu diakhir zaman ini tidak begitu mempedulikan segala sunnahmu. Betapa ramainya umatmu di akhir zaman ini yang mengucap dua kalimah syahadat tanpa mengetahui maksudnya, mereka meninggalkan solat sewenang-wenangnya tanpa merasa bersalah dan berdosa kepada Allah. 

Ya RasulullahSAW!
Seandainya kau melihat ini semua pasti kau akan menangis kerana kejahilan umatmu. Kasihmu kepada mereka , mereka sia-siakan.

Ya Rasulullah SAW!
aku cuba memberikan mereka peringatan, mengingatkan mereka tentang solat namun segalanya bagaikan mencurah air ke daun keladi. Aku amat sedih ya Rasulullah SAW. Aku tidak mampu menyedarkan mereka lantaran hidayah Allah jauh dari mereka. AKu hanya mampu berdoa agar Allah swt akan mencampakkan hidayah ke dalam hati mereka.

Ya RAsulullah saw !
Hati ini amat resah menanggung kerinduan padamu. Setiap kali ku meneliti sejarah perjuanganmu, sukarnya kau berjuang untuk menyampaikan Islam, apa yang diperjuangkan para ahli keluargamu, sahabat mu masyaAllah sesungguhnya teguhnya Iman mereka dan imanku tidak seteguh itu.

Ya Rasulullah SAW, betapa peristiwa berdarah yang terjadi ke atas cucumu hasan dan husin meremukkan jiwaku. Celaka lah tangan yang telah membunuh mereka. Walhal mereka juga mengucapkan dua kalimah syahadat. sampai hati mereka memperlakukan cucumu yang kau cintai sebegitu rupa.

Ya Rasulullah!
Hati ini akan sentiasa mengingatimu dan berselawat ke atasmu. Dan akan ku terus perjuangkan apa yangkau perjuangkan. Akan ku sampaikan apa yang kau sampaikan. APa yang terdaya olehku.

YA Rasulullah,
ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD WA 'ALA A LIHI WA SAHBIHI WASALLAM. SOLLU 'ALAIHI WASALLIMU TASLIMA.

No comments:

Post a Comment