Pages

Sunday, May 30, 2010

Tahlil 10 kali


Tazkirah: Cuma sepuluh kali...
« pada: Mei 16, 2010, 09:59:15 »
Bismillahir Rahmanir Rahim...

Kalau difikirkan apalah sangat membaca 10 kali tahlil selepas solat. Tapi jika kita lihat kepada hadith ini, mungkin kita tidak akan mahu meninggalkan beramal dengannya.

Daripada Abu Zar r.a.: Nabi Muhammad SAW bersabda: Barangsiapa membaca selepas solat Subuh (terlebih dahulu) sebelum ia berkata-kata: La ilaha illallahu wahdahu la syarikalah, lahulmulku walahulhamdu, yuhyi wayumit, wahuwa 'ala kulli syai in qadir, 10 kali, nescaya ditulis untuknya sepuluh kebajikan, dihapuskan sepuluh kejahatan (dosa), diangkat baginya sepuluh derajat, dan nescaya adalah dia sepanjang hari itu berada dalam pemeliharaan daripada segala perkara yang buruk dan dia akan dipelihara daripada syaitan dan tidak ada dusa yang akan menimpanya pada hari itu melainkan ia berlaku syirik.

(Hadith riwayat Al-Imam At-Tarmizi dalam kitab Ad-Da'awat- katanya hadith hasan gharib sahih; Diriwayatkan juga oleh Al-Imam At-Tabrani dalam kitab Al-Ausot - juga daripada Abu Zar r.a. dengan lafaz ini dan lafaz yang termasuk Maghrib dan Subuh. Diriwayatkan juga oleh Al-Imam Ahmad, Al-Imam An-Nasaie, Al-Imam Ibnu Majah, Al-Imam Ibnu Hibban, daripada hadith Abu Ayub r.a. - Ibnu Hibban mentashihkan hadith serupa ini yakni ia adalah juga sahih. Begitulah menurut pengarang2 kitab Az-Zawaid yang mengatakan perawi-perawinya thiqah)

Sebahagian Ulamak turut menggalakkan ia dibaca sepuluh kali setiap selepas solat kerana keberkatan dan fadhilatnya yang luas dan menekankan sekurang2nya ia dizikirkan (ditahlilkan) pada setiap selepas tiga solat iaitu subuh, asar dan maghrib. Sekurang-kurangnya begitulah yang biasa diamalkan oleh majoriti Imam-imam kita daripada dahulu sehingga ke hari ini menurut Al-Aurad Al-Madaniah 'alat-Tariq Al-Qasyasyiah. Allahu A'lam.

No comments:

Post a Comment