Pages

Friday, March 19, 2010

surat jemputan penceramah maulidurrasul 1431h

UNIT KEROHANIAN DAN BINA INSAN,
SMK SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA,
47810 PETALING JAYA ,
SELANGOR
TEL: 03-61568514
FAX 03-61563534

KEPADA:
USTAZ HJ ANN WAN SENG BIN ABDULLAH
SETIAUSAHA KEHORMAT,
MALAYSIAN CHINESE MUSLIM ASSOCIATION.

TUAN,
JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH PROGRAM SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1431H

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk:
02. Unit Kerohanian dan Bina Insan SMK Seksyen 10  Kota Damansara, dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan sambutan Maulidurrasul untuk para pelajar dari tingkatan 1 hingga 6 atas.

03. Sehubungan dengan itu pihak kami ingin menjemput tuan sebagai penceramah. Butir-buti program adalah seperti berikut:
Tarikh: 23hb Mac 2010
Masa: 8.30 pagi hingga 9.40 pagi
Tempat: Dewan terbuka SMK Seksyen 10 Kota Damansara
Tajuk: "Rasulullah! Sunnahmu ku junjung"
Tema: Memantap Ukhuwwah memperkasa Ummah.


04. Diharap pihak tuan dapat meluangkan  masa untuk berkongsi ilmu dengan para pelajar. Mudah-mudahan kita semua akan dirahmati Allah dengan berlansungnya  program ini. Sokongan dan kerjasama dari pihak tuan amat kami harapkan dan kami hargai. Dan diatas kerjasama dari pihak tuan kami ucapkan dengan jutaan terima kasih.

Sekian. Terima Kasih.

'MEMANTAP UKHUWWAH MEMPERKASA UMMAH"

Yang menjalankan tugas,

WAN ZAINAB BINTI WAN ABDULLAH
Setiausaha
Unit Kerohanian dan Bina Insan
SMK Seksyen 10 Kota Damansara

Thursday, March 18, 2010

mimpi bertemu Rasulullah SAW

Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W...
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam..(*_*)

Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i'tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini.
6 hours ago · Report

Wednesday, March 3, 2010

LEMBARAN SIRAH RASULULLAH

Lembaran SirahMu...


Sempena sambutan Maulidur Rasul SAW yang akan tiba pada hari Jumaat ini, 26 Februari 2010, bersamaan 12 Rabiulawal 1431H, di sini saya ingin menukilkan satu peristiwa yang menunjukkan kasih sayang luar biasa para sahabat terhadap Rasulullah SAW. Para sahabat begitu cinta dan sayang kepada Rasulullah SAW. Hasil daripada kesan kecintaan dan kasih sayang para sahabat terhadap Rasulullah SAW sehinggakan para sahabat tidak akan senang, sekalipun leher mereka patah, mereka tetap akan bertanyakan tentang Rasulullah SAW. Begitulah mendalamnya kasih sayang para sahabat terhadap Rasulullah SAW. Berikut salah satu kisahnya.

Pada suatu hari, Saidina Abu Bakar dipijak dan dipukul orang semasa di Mekah. 'Utbah bin Rabi'ah menghampirinya dan memukulnya dengan sepasang kasut yang bersalut besi sehingga mencederakan mukanya. Darah yang mengalir sehinggakan wajah Saidina Abu Bakar tidak dapat dibezakan daripada hidungnya.

Disebabkan keadaannya yang parah, maka Bani Tayyim mengusung Saidina Abu Bakar dengan berselimutkan sehelai kain sehingga mereka memasukkannya ke dalam rumahnya. Keadaannya yang parah itu menyebabkan mereka tidak ragu lagi yang dia akan mati. Tetapi pada sebelah petangnya dia mula berbicara, seraya berkata: "Apakah yang diperlakukan terhadap Rasulullah SAW?". Lalu mereka menutup mulutnya dan menegurnya.

Kemudian mereka bangun dan berkata pada ibunya Ummu al-Khayr. "Perhatikanlah dia, dan berikanlah dia sedikit makanan atau minuman". Setelah yang tinggal hanya dia dan ibunya, maka ibunya mendesak dia makan, tetapi Saidina Abu Bakar hanya berkata: "Apakah yang diperlakukan terhadap Rasulullah SAW?" Ibunya menjawab: "Demi Allah, aku tidak mengetahui apa yang terjadi kepada sahabatmu". Kata Saidina Abu Bakar: "Pergilah bertemu kepada Ummu Jamil binti Al-Khattab dan tanyakanlah dia tentang Rasulullah SAW".

Pergilah ibunya kepada Ummu Jamil seraya bertanya: "Abu Bakar bertanyakanmu tentang Muhammad bin Abdulullah". Jawab Ummu Jamil: "Aku tidak tahu hal Abu Bakar atau Muhammad bin Abdullah, kalau mahu biarlah aku pergi bersamamu untuk bertemu anakmu itu". Jawabnya: "Baiklah".

Lalu Ummu Jamil pun pergi bersama ibu Saidina Abu Bakar sehingga sampai dan didapatinya Saidina Abu Bakar dalam keadaan parah. Ummu Jamil menghampirinya seraya menjerit: "Demi Allah, sesungguhnya kaum itu memperlakukan begini terhadapmu bagaikan perlakuan orang fasik dan kufur. Demi Allah aku mengharapkan Allah akan membalas bagimu terhadap mereka".

Saidina Abu Bakar bertanya: "Apakah yang diperlakukan terhadap Rasulullah SAW?" Jawab Ummu Jamil: "Ini ibumu, dengarlah cakapnya". Jawab Abu Bakar: "Kamu tidak ada sebarang tanggungjawab terhadapnya". Kata ummu Jamil: "Dia (Muhammad) sihat sejahtera". Abu Bakar bertanya: "Di mana dia?" Jawab Ummu Jamil: "Di rumah Ibn al-Arqam". Kata Abu Bakar: "Sesungguhnya aku bernazar kepada Allah tidak akan merasai makanan atau minum sebarang minuman sehingga aku dapat bertemu Rasulullah SAW". Lalu mereka melambat-lambatkan urusannya, sehingga keadaan Abu Bakar beransur pulih dan keadaan di luar semakin tenang, mereka berdua keluar memapah Abu Bakar sehingga dibawanya bertemu Rasulullah SAW.
(Al-Bidayah Wa al-Nihayah, 3/30)

Semoga Allah SWT meletakkan hati kita mencintai Rasulullah SAW sepertimana para sahabat Rasulullah SAW.
---------------------------------------------------------------------------
Orang yang imannya paling menakjubkan adalah kaum yang akan datang sesudah kalian.
Mereka beriman kepadaku walaupun mereka tidak melihatku.
Mereka membenarkan aku tanpa pernah melihatku.
Mereka amalkan apa yang ada dalam tulisan itu (Quran dan Hadits).
Mereka bela aku seperti kalian membela aku.
Alangkah ingin berjumpanya aku dengan ikhwanku itu”.
(Petikan Hadis Rasulullah SAW)
-----------------------------------------------------------------------------
Semoga kita terdiri daripada salah seorang yang dimaksudkan dalam hadis diatas.
"Aku Redha Allah Tuhanku,
Islam Agamaku
dan Muhammad Nabi dan Rasulku".
Amin.
Anda mungkin juga meminati:

MENCUCI HATI

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar orang mengumpat.

"sampaikanlah pesanan ini walaupun 1"

Friday, February 26, 2010

SALAM MAULIDURRASUL

Ya Rasululullah SAW tarikh hari kelahiranmu mengingatkan aku akan segala sirah perjalanan hidupmu, segala ranjau onak dan duri perjuanganmu.
Ya Rasulullah! selawat dan salam untukmu dan ahli keluargamu. Sesungguhnya aku amat merinduimu. Rindunya untuk berkunjung ke masjidmu. Berdoa disampingmu. 
Ya Rasulullah SAW kau sentiasa hidup di dalam hatiku. Biar pun kau telah lama meninggalkan dunia fana ini namun ku setiasa merasakan kau begitu dekat denganmu.
InsyaAllah akan ku cuba mengamalkan sunnah mu apa yg terdaya olehku dan semoga Allah SWT akan memberikan aku kekuatan untuk beramal dan istiqamah dengannya.

Ya Rasulullah SAW!
Aku ingin meluahkan isi hatiku padamu kerna ku ingin kau tahu betapa aku sentiasa mencintaimu wahai kekasih Allah. sesungguhnya hati ini amat sedih bila melihat umat mu diakhir zaman ini tidak begitu mempedulikan segala sunnahmu. Betapa ramainya umatmu di akhir zaman ini yang mengucap dua kalimah syahadat tanpa mengetahui maksudnya, mereka meninggalkan solat sewenang-wenangnya tanpa merasa bersalah dan berdosa kepada Allah. 

Ya RasulullahSAW!
Seandainya kau melihat ini semua pasti kau akan menangis kerana kejahilan umatmu. Kasihmu kepada mereka , mereka sia-siakan.

Ya Rasulullah SAW!
aku cuba memberikan mereka peringatan, mengingatkan mereka tentang solat namun segalanya bagaikan mencurah air ke daun keladi. Aku amat sedih ya Rasulullah SAW. Aku tidak mampu menyedarkan mereka lantaran hidayah Allah jauh dari mereka. AKu hanya mampu berdoa agar Allah swt akan mencampakkan hidayah ke dalam hati mereka.

Ya RAsulullah saw !
Hati ini amat resah menanggung kerinduan padamu. Setiap kali ku meneliti sejarah perjuanganmu, sukarnya kau berjuang untuk menyampaikan Islam, apa yang diperjuangkan para ahli keluargamu, sahabat mu masyaAllah sesungguhnya teguhnya Iman mereka dan imanku tidak seteguh itu.

Ya Rasulullah SAW, betapa peristiwa berdarah yang terjadi ke atas cucumu hasan dan husin meremukkan jiwaku. Celaka lah tangan yang telah membunuh mereka. Walhal mereka juga mengucapkan dua kalimah syahadat. sampai hati mereka memperlakukan cucumu yang kau cintai sebegitu rupa.

Ya Rasulullah!
Hati ini akan sentiasa mengingatimu dan berselawat ke atasmu. Dan akan ku terus perjuangkan apa yangkau perjuangkan. Akan ku sampaikan apa yang kau sampaikan. APa yang terdaya olehku.

YA Rasulullah,
ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD WA 'ALA A LIHI WA SAHBIHI WASALLAM. SOLLU 'ALAIHI WASALLIMU TASLIMA.

Saturday, February 20, 2010

Sunday, February 7, 2010

lagi gambar celebrate besday ayu

celebrate birthday ayu, syey n sheera kat Pizza

jangan jeles ye yang lain, ni special celebration untuk ayu punya birthday, syey and sheera kat pizza hut 15 january yg lalu
 

Wednesday, February 3, 2010

LUASNYA NERAKA

-------------------
Subject: TAZKIRAH: Luasnya Neraka

Luasnya Neraka
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami &semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalahsegala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH……AMIN…..

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datangkepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaanberubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: “Mengapa aku melihat kau berubah muka?”

Jawabnya: “Ya Muhammad, akudatang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orangyg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itubenar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasaaman dari padanya.”

Lalu nabi s.a.w. bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam.”

Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakanselama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahunsehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitamgelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutusengkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakarpenduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahlineraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan matipenduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkaudengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalamAl-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawahbumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujungtimur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potonganapi. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannyayang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.”

Nabi s.a.w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pinturumah kami?”

Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.” (nota kefahaman:iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?”

Jawab Jibrail: “Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang ygkafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusibernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.”

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: “Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?”

Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.” Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar

nabi saw bersabda: “Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat kuyang akan masuk ke dalam neraka?” Jawabnya: “Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.”

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyangkemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab “PeringatanBagi Yg Lalai”)

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiatsedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kitasemua. Wallahua’lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kamiterangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Thursday, January 28, 2010

isu nama Allah (11)

Isu Nama Allah: Persoalan Aqidah Bukan Perebutan Nama (Bhg II)

To members of Tazkirah & Muhasabah
Abu Fahim Ibnu Ismail January 28 at 9:34pm Reply
Persoalan nama Allah tidak boleh dilihat dari sudut fiqh sahaja khususnya kerana ia menyangkut aqidah. Ia mesti melibatkan kepakaran dalam bidang falsafah Islam, dan lebih spesifik metafizik Islam dan epistemologi Islam. Dalam perbualan peribadi dengan seorang tokoh pemikiran Islam, Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, beliau memberitahu dan menyambung hujah Prof S.M.N al-Attas bahawa al-Qur’an telah merubah dan memperbaiki kekeliruan dan kerusakan yang telah terjadi kepada hakikat-hakikat penting yang berkisar di sekitar ketuhanan, kemanusiaan dan kejadian. Dalam hal ini yang terjadi ialah proses Islamisasi terutama tentang hakikat ketuhanan yang merupakan tiang seri agama Islam. Menurut beliau lagi sekarang ini yang kelihatan sedang berlaku ialah proses deislamisasi dengan membawa makna-makna yang asing dan berlawanan dengan aqidah dan pandangan alam Islam, samada aliran-aliran sekular atau dari agama-agama lain. Prof Wan Mohd Nor juga berkata setiap istilah dalam semua bahasa mempunyai batas-batas makna yang sah yang mencerminkan pandangan alam tertentu, dan yang membezakan sesuatu istilah itu dengan yang lain. Persamaan yang banyak pun masih memerlukan istilah atau nama yang berbeza jika terdapat hanya satu perbezaan yang penting. Sebab itulah semua bahasa-bahasa yang tinggi mempunyai kamus. Keldai, kuda, baghal banyak persamaan tetapi terdapat perbezaan; dua manusia kembar siam juga diberi nama yang berbeza. Orang bukan Islam boleh mempekayakan kamus peristilahan Bahasa Melayu dengan menggunakan nama lain bagi Tuhan mereka. Dalam konteks Kristian, mereka boleh gunakan Tuhan, Dewata, Deus, Theos, atau God. Selama ini gereja, kuil, sami, paderi, uskup dan lain telah memperkayakan Bahasa Melayu dan tidak menimbulkan kekeliruan dan kemarahan masyarakat yang beragama lain. Di sini jelaslah bahawa seseorang yang bercakap tentang persoalan aqidah mesti faham kaitannya dengan worldview, tasawur dan pemikiran Islam. Dalam hal ini, aqidah tidak hanya bermakna kepercayaan dan keimanan dalam ertikata yang sempit seperti biasa difahami oleh masyarakat umum, namun ia adalah satu set keyakinan yang dapat memberi kesan kepada cara berfikir (worldview) dan cara hidup (way of life) seseorang Muslim.

Kita juga perlu berfikir mengapa kaum Katolik ingin menggunakan nama Allah? Kita tidak boleh tertipu dengan hujah persamaan nama yang bagi sesetengah orang hanya bersifat luaran. Kita tahu pada hakikatnya nama Tuhan mereka bukan Allah. Nama Allah mungkin relevan bagi penganut Kristian di negeri-negeri Arab tetapi tidak di selain negeri Arab. Oleh itu jelas terdapat agenda yang tersembunyi yang tidak boleh luput dari perhatian umat Islam. Isu ini juga dibangkitkan dengan memanfaatkan toleransi dan dialog antara agama yang semakin mendesak ketika ini.

Tindakan membiarkan pihak Kristian menggunakan kalimat Allah bukan satu toleransi tetapi satu penggadaian hak dan kedaulatan. Ia adalah satu kerugian yang besar dan kelemahan yang nyata apabila umat Islam membiarkan penganut agama lain mendangkalkan konsep dan istilah penting dalam Islam. Perkataan Allah, solat, tawhid, rasul, bahkan istilah Islam itu sendiri membawa makna yang tersendiri setelah diislamisasikan. Kalimat-kalimat ini telah menjadi bahagian penting daripada pandangan sarwa Islam (Islamic worldview). Jika ia dikaburkan maka sudah tentu akan memberi kesan kepada pemikiran dan aqidah umat Islam. Sesiapa pun yang ingin memahami persoalan ini perlu sedar bahawa beberapa istilah keagamaan tertentu telah menjadi ‘milik’ umat Islam. Sebarang tindakan meng-‘import’nya boleh dianggap sebagai penyalahgunaan dan pencabulan terhadap agama Islam. Istilah-istilah keagamaan mesti dihormati, dari agama manapun ia datang, oleh penganut agama lain. Toleransi mungkin berlaku jika wujud penghormatan terhadap agama lain. Nama dan istilah tertentu seperti Pope, Paderi (priest), Sami (Monk) dalam agama-agama tertentu tidak boleh digunakan sewenang-wenang oleh penganut agama lain. Ini bukan sahaja kerana ia telah sinonim dengan agama penggunanya tetapi juga kerana kalimat ini telah diwarnai atau mengandungi pandangan sarwa penggunanya.

Oleh itu tindakan Kementerian Dalam Negeri pada 31 Disember 2007 melarang penggunaan nama Allah dalam surat khabar Herald adalah tindakan tepat dan positif yang bermakna bagi umat Islam. Ia perlu disokong dan orang-orang agama tidak sepatutnya mengeruhkan lagi keadaan. Umat Islam mesti mempertahankan nama Allah untuk tidak digunakan oleh orang bukan Islam selagi termampu. Masyarakat Islam di negeri-negeri Arab tidak mempunyai kemampuan untuk mempertahankan hal ini kerana ia berlaku secara halus dan di luar kawalan mereka. Kebelakangan ini tampaknya ketidaksepakatan orang Islam dalam hal ini telah membuka ruang kepada Herald Tribune untuk menggugat keputusan Kementerian tersebut.

Maka dapat disimpulkan bahawa jika dilihat dari sudut falsafah dan pemikiran, dan bukan hanya dari sudut fiqh, kita akan melihat bahawa nama memberikan seribu makna. Jauhnya perbezaan antara Allah dengan Tuhan ibarat langit dengan bumi. Jelaslah isu ini bukan isu perebutan nama tetapi isu yang menyangkut jantung aqidah. Ia juga berkaitrapat dengan pendangkalan makna Allah untuk menjustifikasikan pluralisme agama. Kita tidak boleh membiarkan pendangkalan makna tersebut berlaku tanpa penolakan umat Islam. Adalah menjadi tanggungjawab semua ilmuwan Islam untuk menentang segala usaha mendangkalkan makna dalam Islam.

*Penulis adalah Felo Penyelidik ATMA (Institut Alam dan Tamadun Melayu), UKM.

isu penggunaan nama Allah oleh kristian


Link Sumber: http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.776.2

Isu Nama Allah: Persoalan Aqidah Bukan Perebutan Nama

Isu Herald Tribune telah mengundang reaksi pelbagai pihak sejak awal tahun ini. Setelah Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk melarang penggunaan nama Allah oleh surat khabar tersebut, Dewan Ulama Pas (Harakah, 1 Januari 2008) menyatakan Islam tidak melarang penganut agama lain menggunakan kalimat Allah bagi Tuhan mereka. Sebagai reaksi saya juga telah membahas isu ini dalam artikel yang diterbitkan dalam laman web khairaummah.com pada 20 Januari 2008 dengan harapan ia dapat membantu umat Islam di negara ini memahami persoalan yang sebenar. Namun isu ini ternyata menjadi hangat kembali apabila Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin, menulis dalam Mingguan Malaysia pada 27 April 2008 bahawa Umat Islam tidak perlu berebut nama Allah dengan penganut Katolik. Mereka berhak menamakan Tuhan mereka dengan nama Allah kerana dalam al-Qur’an pun kaum Musyrikin menggunakan nama Allah. Mufti juga menegaskan bahawa yang menjadi permasalahan adalah bukan nama Tuhan tetapi kesyirikan penganutnya. Saya terpanggil untuk memberi tanggapan kerana hal ini akan mengundang kekeliruan jika tidak diperjelaskan dengan tuntas.

Yang paling penting kita perlu jelas bahawa nama Allah telah menjadi nama khas bagi Tuhan umat Islam. Perlu dibezakan antara kalimat Allah dari sudut bahasa yang telah wujud sejak zaman Jahiliyyah dengan kalimat Allah yang telah diIslamkan setelah menjadi istilah atau nama khas. Jika kita perhatikan kalimat tawhid: la ilaha illa Allah. Ia tidak bermakna tiada tuhan melainkan Tuhan, tetapi tiada tuhan melainkan Allah. Kerana jika ia bermakna tiada tuhan melainkan Tuhan maka tidak ada maknanya seseorang mengucapkan kalimat tawhid itu. Oleh kerana itu sarjana-sarjana Islam tidak bersetuju untuk menggantikan Allah dengan God dalam bahasa Inggeris. Pengislaman nama Allah ini juga jelas apabila kita lihat surah al-Ikhlas, antara surah terpenting dalam al-Qur’an, yang menjelaskan siapakah Allah dan apakah sifat-sifatnya: “Katakanlah: “Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia".”(al-Ikhlas: 1-4). Berdasarkan Surah dia atas, sebagai orang Islam kita mesti yakin bahawa yang bernama Allah adalah yang mempunyai sifat-sifat tersebut. Dalam erti kata lain kita tidak mengakui bahawa yang tidak mempunyai sifat-sifat tersebut juga adalah Allah.

Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Asri memang masyarakat Jahiliyyah menggunakan nama Allah, tetapi nama Allah di situ digunakan dari sudut bahasa sahaja dan sebelum perkataan itu diIslamisasikan. Ia kemudian menjadi nama khusus yang merujuk kepada sifat-sifat di atas. Kata-kata solat, contohnya, dari segi bahasa adalah doa dan telah digunakan oleh orang Arab sejak pra-Islam lagi, ia kemudian menjadi istilah yang merujuk khusus kepada apa yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w. Oleh itu kita tidak boleh mengatakan orang Katolik juga melakukan solat hanya kerana mereka berdoa di gereja.

Umat Islam perlu melihat apa yang berlaku di sebalik persoalan nama Allah ini. Jika kita lihat dengan teliti isu ini dengan isu-isu yang sebelumnya kita akan dapat melihat hubungannya. Contohnya isu pluralisme agama yang giat dipromosikan oleh orang bukan Islam dan sebahagian orang Islam sendiri iaitu Islam Liberal. Para pendukung pluralisme agama ini berusaha untuk mendangkalkan makna-makna atau kata kunci dalam agama. Mereka mengatakan bahawa Tuhan dalam agama manapun pada peringkat tertinggi (transcendental) adalah sama. Bagi umat Islam, konsep Tuhan kita jauh berbeza dengan konsep Tuhan dalam agama mana pun. Pendukung pluralisme agama juga menekankan wujudnya persamaan antara agama-agama dan perbezaan perlu diketepikan untuk kebaikan bersama. Padahal bagi kita perbezaan fundamental antara Islam dengan agama lain walaupun sedikit adalah sangat penting dan tidak boleh dipinggirkan. Sebahagian orang bukan Islam bahkan mengaku telah Islam tanpa perlu masuk Islam. Kerana mereka merasa telah ‘berserah diri’ kepada Tuhan. Di sini mereka merujuk perkataan Islam dari sudut bahasa ialah berserah diri. Jika Allah hanya bermakna Tuhan maka kini mereka akan mendakwa bahawa mereka juga telah beriman kepada Allah. Padahal mereka hanya percaya pada Tuhan.

Contohnya lagi kita tidak boleh menggunakan kata ‘liberal’ untuk makna terbuka kerana ia memberi konotasi yang dalam. Kita pun tidak akan mengatakan bahawa mereka telah memonopoli perkataan liberal. Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas adalah sarjana Islam yang paling tegas dalam hal pemberian nama atau istilah ini. Bagi beliau banyak kekeliruan berpunca daripada penamaan. Contohnya pelajaran berbeza dengan pendidikan dan ta’dib. Istilah moden dan klasik dalam pembahagian sejarah bagi beliau tidak relevan dengan sejarah Islam dan lain-lain lagi.

Sebenarnya tidak ada nas sorih dan qat’i dalam persoalan ini. Nas dan dalil yang dikemukakan oleh Dr. Asri hanya menunjukkan bahawa masyarakat Jahiliyyah telah menggunakan kalimat Allah untuk merujuk kepada Tuhan mereka. Kita perlu melihat ayat-ayat dan hadis-hadis seumpamanya dalam konteks penggunaannya dari sudut bahasa. Dari sudut bahasa Allah bermakna Tuhan. Ayat-ayat tersebut turun ketika Islam mula diperkenalkan sebagai proses berdialog dengan kaum musyrikin. Setelah konsep-konsep penting dalam Islam jelas dan worldview Islam terbentuk maka di sini proses Islamisasi berlaku baik terhadap bahasa, budaya dan pemikiran masyarakat Arab. Oleh kerana itu dengan mendangkalkan makna Allah maka kita telah menafikan proses Islamisasi tersebut dan kembali seolah-olah Islam belum bertapak. Memang kita boleh membuat kesimpulan tidak menjadi masalah orang bukan Islam menggunakan nama Allah kerana hal tersebut “tampak” secara literalnya wujud dalam al-Qur’an. Namun, dalam berijtihad seseorang ilmuwan tidak boleh hanya bersandarkan kepada makna literal teks atau nas tetapi perlu juga melihat kepada maqasid dan falsafah yang mendasarinya sebagaimana telah ditegaskan oleh al-Shatibi.

Wednesday, January 27, 2010

MasyaAllah, berita 27 jan 2010

Empat kepala babi diletak di dua masjid


KUALA LUMPUR: Empat kepala babi bersama wang tunai diletakkan di dua masjid di sini awal pagi tadi.

Masjid terbabit ialah Masjid Imam At-Tirmizi di Taman Seri Sentosa dan Masjid Jumkuriah Taman Dato' Haron di Petaling Jaya.

Masing-masing dua kepala dengan wang tunai RM35 dan RM40 diletakkan di setiap masjid berkenaan.

Makkah al_Mukarramah



Subhanallah, maha besar Allah. betapa indah nya pemandangan Makkatul Mukarramah

Adik ipar kawin



cantik tak adik ipar n biras saya? he he
Selamat pengantin baru buat keduanya. semoga berbahagia selamanya dan dirahmati Allah

Tuesday, January 26, 2010

New timE Table

Hari ni aku pakai baju biru labu dgn seluar. kira sepasang la, selalunya hari isnin aku pakai jubah putih, serasi dgn warna aura hari isnin. Hari ni nak tukar selera sikit tapi tetap pakai tudung putih selendang biru. Time perhimpunan , alamak kena depan sekali la pulak. tak kisahlah. duduk kat sebelah Pn. Aiza bekas PK kokurikulum sekolah. 


Time masa ketiga dengar pengumuman"kepada semua guru2 sila ambil jaduan terkini dengan segera di bilik mesyuarat!" Alamak. berdebarnya aku, kelas apa pulak yg aku nak kena ajar ni, kena tingkatan tiga je? Tak ajar ke tingkatan 4? Kepala aku penuh teka teki. kalau dah tak ajar 4 aktif nampak gayanya tak dapat jumpa lagi ngan ex 3 amanah. sedihnya. satzahu hu hu!!! sedih, sedih, agaknya kalau depa tahu aku tak ajar kelas depa apa reaksi mereka ye??? musykil juga tu. 


Tengoklah nanti macamana. takkeruan jugak aku dibuatnya. Semasa rehat tingktan 4 & 5 Adam and Izzat datang jumpa aku.
"Ustazah! ustazah ajar kelas 4 Bakti kan? tanya Adam.
"A ah, saya ajar kelas tu, campur dengan kelas 4 bestari dan bersih bersama dengan Ustazah Munirah.  Kelas bestari kena bahagi dua la. 
"YYYESSS!!! seronok belajar ngan ustazah" Kata Adam
"Tu la ustazah, kita orang rindu sangat kat ustazah! sampuk Izzat.
Aku cuma senyum saja dengan gelagat ex 3 amanah yg dua org ni. Bila rapat macam ni la jadinya. Aku pun rindukan mereka semua. Semuanya nak balik  ke 3 amanah semula. Alahai. masa mana boleh putar balik. 


4 AKtif??? kat situ ramai ex 3 amanah. Camana aku nak bagitau mereka yer? ni dah rasa sebak dah ni. rasa macam nak menitis je airmata aku time pegi amik jadual tadi. entahlahhhh. Aku rindu....huah huah huah.


Apa pun aku tetap jadi guru kelas 3 amanah 2010. Tak berubah. Nampak gayanya mereka juga mula rapat dengan aku. 3 amanah 2009 jgn jelos yer. Adik2 awak semua tu. 


jadual baru akan bermula esok. masa aku mengajar bertambah lagi 4 masa jadi 24 masa. kira standard la tu. byk tingkatan 4. tingkatan 3 dua kelas je. 


sebelum waktu rehat tadi aku pergi ke kelas 4 adil jumpa dgn Yb Luqmanul hakim minta dia datang ke meja aku mabilkan majalah sekolah 2009. untuk dibahagikan kepada 3 amanah 2009. Riuh kelas 4 aktif bila aku panggil Luqmanul dgn panggilan YB. Dah terbiasa dgn nama tu. Yb Angguk je. 
Selepas waktu rehat Yb datang. Nasib baik kebetulan Izzat dgn Abdullah syafiq lalu, so aku minta tolong mereka menolong Yb mengangkat majalah sebab berat juga dengan bilangan 3o buah, nak menganngkat sorang, nayaaaa.


Aku sempat tulis autograph di beberapa buah majalah tu dibahagian belakang. yang lain aku tak sempat. Ada lah dalam tujuh buah kut. Buat kenangan utk mereka.


sebelum balik Yb dtg mengembalikan majalah yang tak dapat diberikan kepada 3 amanah2009. sebab mereka dah berlainan kelas. sebahagiannya terpisah. Ada yang  duduk kat kelas Bakti, bersih, amanah, adil, aktif ikut kursus yg mmereka pilih.


aku tengok muka YB selamba je. Tak ceria. Susah nak tengok muka dia ceria. Tak tahu apa yang brmain difikirannya. Anyway YB if u have anything u want to share with me, I'm here. U r a good boy. Suka menolong. I miss the time when we were togather last year. tahun ni nak sambung mengaji quran lagi ke tak? kalau nak sambung, bagitau je. sebab sy memang ada buka kelas mengaji QURAN bersama dengan ahli kelab tahfiz.


well, tammaaaatttt kisah utk hari ini. Sekadar sebagai kenangan. Antara aku dan mereka dan dia dan dia dan dia dan dia dan dia dan dia. ramainya dia.

Saturday, January 23, 2010

subaidah

Assalamualaikum! aku memberi salam setelah kaki kananku melangkah masuk ke kelas 4 aktif. Pagi ni pagi jumaat, aku ada kelas dua masa dengan 4 aktif yang digabung dgn 4 amanah. Tak ramai pula bilangan yg ada hari ni. selalunya penuh sampai tak ada ruang. Ramai yang ponteng ke? aku tertanya sendiri. Malas pula nak tanyakan mereka. Ada yang dah dapat masuk ke sekolah Teknik, itu lah yang malas dah nak datang ke sekolah. Hmmm entahlah. Kadang aku tak faham dgn sikap segelintir pelajar ni.mereka tak sedar agaknya walaupun dah dapat ke Teknik mereka tetap kena belajar sebab di sekolah teknik nanti pun mereka wajib juga belajar subjek pendidikan Islam ni, kalau mereka tak belajar rugi lah. sebab guru disana tak akan mengulang balik mengajar dari mula tajuk sukatan. Suka hati lah mereka lah. Kadang aku malas nak ambil pusing  sangat. Buat apa nak peningkan kepala aku. Itu keputusan mereka. 


Raja! bagi salam" aku memberi arahan kepada Raja Arief" dia tak menyahut. Nadhir pula yang bangun.
"Assalamualaikum ustazah!" dan yang lain  pun ikut memberi salam.
"waalaikum salam, duduk ! baca doa" arah ku sekali lagi. Dan mereka pun mula membaca doa.
Anita datang ke mejaku, menghulurkan tangan untuk bersalam. 
"Ustazah! Subaidah, jom!" Dia mengajak aku ke restoran Subaidah. 
"Subaidah?" kataku
Bila?" 
Bila-bila lah" kata Anita
Ok, tengahari ni, lepas sekolah, okey?" tanya ku
"OKey" Ini kali kedua lah aku makan dengan anita di restoran Subaidah. Minggu lepas kami dah makan tengahari disana. Sememangnya aku memang rapat dengan pelajar kelas tiga amanah tahun lepas. Dan keintiman itu masih lagi berterusan. AKu seronok melayan mereka. 


15 januari baru2 ini syey, farah, Sheera dan ayut mengajak aku makan di Pizza hut untuk meraikan harilahir Ayut kebetulan jatuh pada 15 januari tu, hari lahir syey, sheera. Apa lagi makanlah. ada perkara melucukan, kami order hidangan untuk enam orang sahaja tetapi yang sampai unttuk tujuh orang, rupa-rupanya kakak yangambil order tu tersilap dengar. terpaksalah kami bayar. Pungut sepuluh ringgit seorang. Ayu sibuk mengambil gambar air asam boi yangaku tempah. memang cantik rupa air tu.


Sambil makan kami ketawa. ada saja perkara lucu yang dibualkan. Ayu pula sempat lagi ternampak tikus di luar Pizza hut tu. Kebetulan hari tu gerhana matahari. cuaca mendung saja. Tapi gerhana tu tak boleh dari situ, hanya tempat-tempat tertentu sahaja yangboleh nampak, seperti  dekat planetarium negara, kat masjid negara. pakai teropong. pukul 4 setengah petang baru kami habis makan. aku pula nak pergi mengambil anakku pulang dari sekolah intergrasi di seksyen tujuh dekat masjid As-sahabah. semasa kami nak keluar bertembung pula dengan cikgu saodah dengan anak bongsunya hakim datang nak makan pizza juga. Aku bersalaman dengannya. Syey, sheera, farah dan ayu ikut bersalam. Hakim cuma senyum je tengok gelagat budak berempat ni. Nakal.memang nakal. kemudian aku tinggalkan mereka berempat untuk mengambil anakku. Mereka bersalaman denganku sebelum aku pergi. 
"Bye ustazah! "suara mereka  saja yang kedengaran.
"Okey , saya pergi dulu, assalamualaikum!" dan aku pun berlalu.


"Ingat tak apa saya pesan hari rabu lepas? tanyaku kepada pelajar. 
"Ingat usatazah!: jawab beberapa orang daripada mereka.
"Okey saya akan panggil nama, baca ayat hafazan yang pertama dari tempat duduk awak, saya nak dengar dengan suara yang jelas ye!" kataku. 
"Firdaus! baca!" 
"Alamak, belum hafal lagi la ustazah," jawab Firdaus termanggu.
Takkan tak boleh nak ingat, itukan doa iftitah, " aku menegurnya. 
"Lupa lah ustazah".
"Awak berdiri kat situ hafaz sampai lancar baru duduk! Aku mengarahkan. 
"Erni! baca!" erni membaca ayat hafazan dengan lancar.  Begitulah seterusnya. Ada yang sempat baca aku tangguhkan ke minggu depan.


Baik! buka buku teks mukasurat 45, hari ni kita belajar hadis tajuk berkenaan memilih makanan yang baik. danaku punmula mengajar. Menerangkan satu persatu apa yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah s.a.w.  Ada pula yang tertidur.
"Luqman! o Luqman! dah sampai ke Jepun ke? aku bertanya, Nampaknya dia nyenyak sungguh tertidur. Aku panggil pun dia tak sedar. Berjaga malam ke malam tadi sampai tertidur dalam kelas. Tak pernah dia tertidur sebelum ni. nadhir mengejutkan Luqman dari tidurnya.Waktu aku sudah pun tamat. Aku ada kelas dengan tiga amanah pula selepas ini.
"Qiyaman! ujarku.
"Bangun semua, terima kasih ustazah!" nadhir mengakhiri kelas. disahut oleh pelajar yang lain. 
"sama-sama, Assalamaualaikum" aku memberi salam dan berlalu.

Saturday, January 16, 2010

gerhana matahari 15 jan 2010


29 jan 2009 = gerhana matahari

1 jan 2010 = gerhana bulan
15 jan 2010 =gerhana matahari separa


gerhana berturut2. adalah tanda2 kiamat semakin menghampiri kita. bersedialah dgn bekalan amal masing2. sebelum terlambat, sementara masih bernafas.

AURA JIWA





Kaulah Yang Maha Esa
Kaulah Yang Maha Pengasih
Kaulah Yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpaMu


Kaulah Yang Maha Agung
Kaulah Yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpaMu


Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
OH Tuhan yang satu
Engkaulah Tuhan yang satu


Segala puji-pujianku
Tujukan padaMU..padaMU
Dan hidup dan matiku hanyalah
UntukMu..untukMu...untukMU




 

Sunday, January 10, 2010

PESANAN IMAM AL-GHAZALI

PESANAN
Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU.. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat
kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
ajaran Agama.
Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah..
Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan
dunia, kita tinggalkan solat
Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri
Kartun Pokemon Sangat Merbahaya Akidah
Sebarkan kalu sayang pada islam>BAHAYANYA KARTUN POKEMONPOKEMON dan
BINATANG2 yang ade dalamnya??? POKEMON bermaksud saya yahudi,> PIKACHU
bermaksud jadilah seorang yahudi,>CHARMANDER bermaksud ALLAH itu
lemah(nauzubillah) ...... jadi.... tolonglah SEBARKAN kepada rakan2 chat
korang semua......> Protect Our Population Of Islam..... sumer org yg ade
yahoo messenger (ym), tolong jangan add org yg id die macam ni:
anamuslim_cute_ 97@yahoo. com die cuba nak murtadkan org Islam. tolong
forwardkan mesej ni kepada sumer org Islam!!! (kalau rase sayang ngan org
Islam la!!!!!!. kalau tak sayang, x payah forward!!!) Salam
AMARAN :
Berhati-hati, kalo ada sesapa nk jual perfume and suruh korang hidu bau
perfume, tolong jgn hidu..terdapat kes dimana seorg gadis didatangi 2 lelaki
yg mendakwa melakukan kajian psl myk wangi dan menyuruh gadis tersebut
menghidunya. .sejurus kemudian gadis itu
pengsan.sedar2 ia berada didpn sebuah bangunan,dan mendapati dirinya
dirogol.barang berharga, wallet,henpon semua dirompak..so beringat2 lah la
ni macam2 kes jenayah ada.......
AWAS! pemberian CD free bertajuk AHMAD'DREAM motifnya memurtadkan melayu
islam.watak lakonan oleh org melayu yg berjaya dimurtadkan.
Sebarkan kalu sayang pada islam!!
Aneh ya, ketika seseorang yang kita sayangi memanggil kita,serta-merta kita
datang untuk penuhi panggilannya. .. Tapi ketika ALLAH memanggil kita
(azan), biasanya kita akan malas dengan alasan waktunya masih panjang.
Heran ya..bagaimana ketika anda membaca pesanan ini, anda tidak akan
mengirim kepada beberapa orang yang ada di dalam messenger anda kerana anda
risau apakah mereka akan fikirkan tentang diri anda atas kiriman ini kepada
mereka.. Heran ya bagaimana kita lebih bimbang akan apa yang orang fikirkan
tentang kita...daripada apa yang ALLAH fikirkan
Kalau sudah dapat anggaplah ini rezeki...... .. Baca, sebut lepas tu
forward... Assalamu 'alaikum, Kubur itu gelap, cahayanya ialah "Laa Ilaaha
IllalLah". Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah
ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa
ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda
(mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti
berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!"
supaya ianya menjadi sebati dibibir kita.... ucapkanlah serentak dengan
denyutan nadi, biar ia mengalir bersama arus aliran darah dan degupan
jantung kita.